Coo.kies_dyana

Coo.kies_dyana Order, Eat, Repeat

COOKIES ROSEVELVET 400G 35-40 PIECES🍀Ready Stock🍀Tahan 2 bulbs🍀Harga : RM 18🍀Cod : Area Bangi💕 Size kecil muda dibawa💕10...
09/10/2023

COOKIES ROSEVELVET 400G
35-40 PIECES

🍀Ready Stock
🍀Tahan 2 bulbs
🍀Harga : RM 18
🍀Cod : Area Bangi

💕 Size kecil muda dibawa
💕100% produk original

👉Untuk pembelian dila dm

*manis semanis senyuman anda*

COOKIES CHOCOCHIP 400G 35-40 PIECES🦋 Ready Stock🦋 Tahan 2 bulan🦋 Harga: RM 17🦋 Cod: Area Bangi  🤍 Size kecil mudah untuk...
04/10/2023

COOKIES CHOCOCHIP 400G
35-40 PIECES

🦋 Ready Stock
🦋 Tahan 2 bulan
🦋 Harga: RM 17
🦋 Cod: Area Bangi


🤍 Size kecil mudah untuk dibawa
🤍100% produk original

👉Untuk pembelian sil dm

*manis semanis senyuman anda*

🍪

~MULAKAN HARI ANDA DENGAN KEMANISAN~BUY 3 GET 10% DISCOUNT, KHAS BUAT COOKIESLOVER, LIMITED UNTUK 10 ORANG JER TAU NI!!M...
23/09/2023

~MULAKAN HARI ANDA DENGAN KEMANISAN~

BUY 3 GET 10% DISCOUNT, KHAS BUAT COOKIESLOVER, LIMITED UNTUK 10 ORANG JER TAU NI!!

Mesti ramai yang terkejutkan? HEHEEHEHEH memang saya saja jer nak bagi korang terkejut tapi sy tetap nak bagi korang special promo. Korang nk tk?

"BESTNYAA...TK SABAR NK DENGAR LAA !"

Kita malas la nk cetir panjang. Tapi nk korang tau beberapa sebab cookies ni sedap dan ramai buat orang rse nk beli :

1) Cookies disaluputi dengan sos white chocolate. Jgn risau semua sos white chocolate yang dia bagi banyak tauu.

2) Dalam 1 balang tu terdapat 35 hingga 40 kepingan cookies. Banyak kan korangg!!

3) Size dia senang nk bawa kemana-mana. Sesuai untuk travel dan berkhemah jugak tapi sesuai jugak untuk bagi someone special hehehehe

4) Cookies ni halal sbb dia buat sendiri dan bahan-bahan yang digunakan jugak seperti tepung, telur, garam, gula dan mentega. Boleh dikatan bahan yang high quality.

5) Cookies ni tahan 2 bulan. tapi percayalah bila beli cookies ni tk akan tahan 2 bln laa...mungkin seminggu jer hehehhhehe

YANG PALING BEST KAN KORANG COOKIES NI GABUNGAN ANTARA REDVELVET DAN ROSEPETAL . ROSE AKN DIBAGI ASING UNTUK DITABUR KELOPAK ROSE DIATAS COOKIES SEBELUM MAKAN.

KORANG TK TERLIUR KE TU? MESTI TERLIUR KAN

okay, baca sampai abes tau! sbb kita nk bagi something special ni..

kalau nk tau harga :

RM 18/sebalang

tapi sesiapa yang beli 3 balang akan dapat 10% discount tau!!

So, tunggu apa lagi nii grab cepatt tau!! cookies ni cepat licin ye

WhatApps coo.kies_dyana ke 014-350 2972
WhatApps coo.kies_dyana ke https://wa.me/60143502972
Instagram coo.kies_dyana http://surl.li/lijnt

Tip Kenali 3 Jenis Tekstur Cookies Sebelum Baking.Tahukah  anda bahawa cookies yang bermacam jenis dan rasa sebenarnya i...
23/09/2023

Tip Kenali 3 Jenis Tekstur Cookies Sebelum Baking.

Tahukah anda bahawa cookies yang bermacam jenis dan rasa sebenarnya ia terbahagi kepada tiga jenis tekstur yang berbeza. Tiga tekstur itu adalah soft anda chewy (lembut dan sedikit liat), thin and crispy (nipis dan rangup) dan light and cakey (lembut dan tekstur seperti kek). Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenainya, anda boleh baca info berikut:-

Cookies jenis ini, teksturnya lembut tetapi sedikit liat, tetapi ia bukan ‘Lemau’ seperti sesetengah sangaan orang ye. Tekstur yang sedikit chewy atau liat itu disebabkan oleh pengembangan glutien dalam adunan. Kalau korang s**a tekstur sedemikian, ini cara untuk mendapat tekstur sedemikian:-

- Banyakkan kadar cecair dalam adunan dengan mencairkan mentega. Rahsia tekstur chewy adalah kelembapan dan mentega mengandungi kandungan air sebanyak 20 %. Jika ia dicairkan membantu adunan menjadi lembab, selain dilembabkan oleh susu dan air.

- Lebihkan gula perang kerana kandungan ini menjadikan cookies lebih chewy, disebabkan kandungan molase di dalam gula perang.

- Kurangkan tepung dan putih telur, dan lebihkan sebiji kuning telur dalam setiap kali memasukkan sebiji telur. Ini kerana kuning telur mengandungi protein tinggu yang maampu mencipta glutien.

Tekstor cookies yang nipis dan rangup ini biasanya akan dibakar hingga bertukar warna kecoklatana. Namun untuk mendapatkan tekstur sedemikian ini infonya:

-Lebihkan mentega, inilah yang menjadikan cookies menjadi rangup. Anda disarankan menggunakan mentega berwarna kuning berbanding mentega putih atau menggunakan margarin mengandungi protein tinggi bagi memudahkan proses garing dan rangup.

-Lebihkan gula, sama seperti mentega rasa fungsinya untuk merangupkan cookies. Disarankan anda menggunakan dua jenis gula (perah dan putih) dengan nisbah sama banyak.

-Kurangkan telur terutama kuningnya. Ia akan menjadikan cookies lebih rangup dan nipis.

-Campurkan semua bahan cookies dalam suhu bilik supaya bahan diadun rata, sekata dan tidak mudah pecah.

Cookies jenis ini adalah lembut teksturnya dan sedikit tebal. Jadi adunannya juga agak lembut dan sebab itu ia menggunakan skop ais krim sebagai acuan untuk meletakkannya dalam dulang pembakar. Namun untuk mendapatkan tekstur lembut dan tebal sebegini, korang boleh ikut tip berikut:

-Lebihkan telur, kuinng telur memberikan rasa dan putih telur membantukan tekstur lebih kering dan fuffy. Namun pastikan jumlah telur yang digunakan, kerana jika terlebih telur cookies mungkin rasa telur.

- Tukar baking soda dengan baking powder untuk menjadikan cookies lebih mengembang.
Dari ketiga-tiga tekstur ini mana satu pilihan korang.

CREDIT TO : Norasida Myasin
ARTICLE LINK : https://www.rasa.my/tip-kenali-3-jenis-tekstur-cookies-sebelum-baking/
VISIT OUR PAGE : https://www.facebook.com/profile.php?id=61550672858392

"Sesuai Untuk Diet" - Ini Antara Kebaikan Oatmeal Cookies PremiumTidak dinafikan, kepada sesiapa yang sedang mengamalkan...
22/09/2023

"Sesuai Untuk Diet" - Ini Antara Kebaikan Oatmeal Cookies Premium

Tidak dinafikan, kepada sesiapa yang sedang mengamalkan diet seimbang perlu menjaga portion makanan betul tak?

Bukan terus tak makan, cuma kurangkan pengambilan nasi atau makanan tertentu. Tetapi sudah tentu, jika kita kurang makan, pasti sudah cepat lapar.

Oleh sebab itu, kita disarankan untuk mengambil makanan yang boleh kenyang dalam jangka masa yang lama. Kalau nak snacking atau mengunyah pun digalakkan makan buah-buahan atau salad.

Jangan risau, kini Myziff Bakers hadir dengan pelbagai oatmeal cookies yang sesuai untuk orang yang aktif bers**an dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Oats merupakan contoh makanan bijirin penuh dan mengandungi fiber yang tinggi. Oleh itu, biskut oatmeal boleh membekalkan nutrien penting di samping memberikan lebih banyak manfaat pemakanan berbanding kebanyakan biskut lain. Nak tahu apa kebaikan oatmeal cookies? Jom lihat di bawah!

Kebaikan pemakanan oatmeal cookies:

1. Oatmeal kaya dengan nutrien

Oat mempunyai nilai pemakanan yang hebat. Oat adalah sumber serat dan karbohidrat yang penting, juga mengandungi sejumlah besar protein dan lemak jika dibandingkan dengan bijirin lain. Oat juga kaya dengan vitamin dan mineral penting dalam amalan gaya hidup sihat.

2. Oatmeal baik untuk kecergasan atau fitness dan otot

Oat merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat. Karbohidrat penting dan bermanfaat sebagai sumber tenaga yang diperlukan oleh otot ketika melakukan senaman. Selain itu, oat dihadam pada kadar yang perlahan dan ini membolehkan mereka yang memakannya sebelum bersenam akan bertenaga dengan lebih lama.

3. Oat bagus untuk mengawal berat badan anda

Selain itu, oat juga membantu mengawal pencernaan dan penyerapan nutrien, boleh membantu dan bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan atau mengekalkan berat badan. Oat secara amnya boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang dan sekaligus mengurangkan pengambilan snek.

4. Oat mengandungi protein yang tinggi berbanding dengan bijirin lain

Oat juga berfaedah kepada mereka yang mengamalkan rejim kecergasan (fitness regime) atau mereka yang bersenam dengan mengangkat berat kerana oat mempunyai protein yang tinggi, iaitu 40 gram oat akan memberikan anda sekitar 7 gram protein.

Walaupun kualiti protein di dalam oat tidak sama seperti protein di dalam daging atau ayam, menambahkan oat pada diet anda merupakan salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan protein dengan mudah

Biskut Oatmeal keluaran Myziff Bakers adalah snek sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif sepanjang masa!

CREADIT TO : Myziff Bakers
ARTICLE LINK : https://says.com/my/seismik/kebaikan-oatmeal-cookies-premium-daripada-myziff-bakers
VISIT OUR PAGE : https://www.facebook.com/profile.php?id=61550672858392

ADA KE KEBAIKAN MAKAN COOKIES NI ?🤔😱Ye banyak sangat kebaikan makan cookies ni tau. Ramai yang salah anggap kononnya mak...
22/09/2023

ADA KE KEBAIKAN MAKAN COOKIES NI ?🤔😱

Ye banyak sangat kebaikan makan cookies ni tau. Ramai yang salah anggap kononnya makan cookies ataupon makan makanan yang manis-manis ni boleh menggemukkan atau menaikkan berat badan.

Bukan tu je, kalau dimakan terlalu kerap kemungkinan besar akan menghidap diabetes atau bahasa mudahnya kencing manis.
Tapi tak ramai juga yang tahu bahawa cookies ni boleh mendatangkan banyak kebaikan untuk kesihatan juga tau.

Jangan asyik ingat makan cookies ni bagi kesan buruk je, kesan baik pon ada tau 😎

Menurut kajian, cookies yang mengandungi 70% koko mampu memberi kesan yang baik kepada kesihatan. Antara kebaikan makan cookies ialah :

✅ Meningkat semangat
✅ Merendahkan tekanan darah
✅ Mengawal selera makan
✅ Membaiki pengaliran darah
✅ Menajamkan akal fikiran
✅ Melancarkan darah
✅ Menyihatkan jantung

See ? banyak je sebenarnya kebaikan makan cookies ni tau. Kalau awak-awak semua stress belajar atau stress di tempat kerja boleh lah grab dan makan cookies dari AS Kitchen ni sebab cookies kami jual ni 100% boleh meningkatkan kembali mood kerja dan belajar anda 😎

Kalau nak hilangkan stress tu mai order cookies dengan AS Kitchen‼ Mai whatsapp kami laju laju lekaih❗

CREDIT TO : https://www.facebook.com/askitchennn/posts/ada-ke-kebaikan-makan-cookies-ni-ye-banyak-sangat-kebaikan-makan-cookies-ni-tau-/429049541075778/
VISIT OUR PAGE : https://www.facebook.com/profile.php?id=61550672858392

~ RASA NAK MAKAN BENDA MANIS~"KAWAN SY KAT HOSTEL PESAN SURUH BAWA BANYAK COOKIES CHOCOCHIP FRESHLY BAKED NI, CEPAT SNGT...
10/09/2023

~ RASA NAK MAKAN BENDA MANIS~

"KAWAN SY KAT HOSTEL PESAN SURUH BAWA BANYAK COOKIES CHOCOCHIP FRESHLY BAKED NI, CEPAT SNGT HABIS KATANYA.."

"WOO WOO WOO .... APE YG BEST SNGT COOKIES CHOCOCHIP FRESHLY BAKED NII? "🧐

Korang nak tau tak? knp cookies chocochip dari FRESHLY BAKED ni sedap:

1) Cookies dia disaluputi dengan sos chocolate. Jgn risau sos chocolate yang dia bagi banyak tauu

2) Dalam 1 balang tu terdapat 35 hingga 40 kepingan cookies.

3) Size dia senang nk bawa kemana-mana. Sesuai untk travel jugak tauu

4) Cookies ni halal sbb dia buat oleh sendiri dan bahan-bahan yang digunakan seperti tepung, telur, garam, gula dan mentega

5) Tahan sehingga 2 bln. Tapi bila dh rse cookies ni percaya la tak akan tahan 2 bln, seminggu jer dh habis hehehehehe🫣🫢...

"ERRMMM.....TERLIUR TK KORANGG🤤? MESTI NK KAN!!"

EHHH belum habis lagi tauu koraang !!! ...Saya belum bagitau harga lagi laaa hehehhehhe🤭

RM17/ sebalang

TAPI KAMI ADA BUAT SPECIAL OFFER.....SESIAPA BELI 3 COOKIES KAMI BERI FREE COD AREA BANGI.

so korang apa tunggu lagi nii.. CEPAT GRAB COOKIES CHOCOCHIP NII!!! NANTI HABIS SIAPA YANG RIGU!!!

WhatApps coo.kies_dyana ke 014-350 2972
WhatApps coo.kies_dyana ke https://wa.me/60143502972

COOKIES CELUP VIRALhi guys,mulakan hari anda dengan senyuman manis. Keistimewaan cookies celup viral adalah Cookies with...
07/09/2023

COOKIES CELUP VIRAL
hi guys,mulakan hari anda dengan senyuman manis. Keistimewaan cookies celup viral adalah Cookies with free chocolate sauce 🍪🍫
Chocolate chip cookies rangup dilimpahkan dengan chocolate leleh superrrrrr sedap 😍😍😍.

Yang penting:
🍪Murah
🍪 Boleh terus dimakan
🍪 Cookies yang rangup & tak lemau
🍪 Tak kedekut coklat
🍪 Limpahan coklat premium
🍪 Penuh coklat didalam dan di luar
🍪 Rasa coklat yang premium dan tidak terasa pahit. Manis just nice
​🍪 Sekali rasa konfem repeat lagi.
Bahan-bahan yang diguankan untuk membuat cookies adalah 3/4 buku marjerin (250 gram marjerin jenama Farmcow),1/2 gula kastor,1 1/4 cawan gula merah, 1 sudu teh esen vanila,1 biji telur,
2 1/2 cawan tepung gandum,1/2 cawan tepung jagung, 1 sudu teh serbuk penaik, 1 sudu teh soda bikarbonat,6 sudu minyak,2 cawan cip coklat (akhirnya).

Cara memasak p**a dengan mulakan :
1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga sebati.
2. Kemudian masukkan telur, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati dengan bahan-bahan tadi.
4. Akhir sekali.masukkan chip coklat.
5. Sudukan doh di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit. Masa memasak mungkin berbeza kerana mengikut ketuhar yang kita gunakan.
6. Sejukkan cookies dan simpan kedalam balang yang kedap udara supaya tidak masuk angin/lemau.

CREDIT TO : Nur Lyana Nasuha
ARTICLE LINK : https://lyanacookiescelupviral.weebly.com/
VISIT OUR PAGE : https://www.facebook.com/profile.php?id=61550672858392
VISIT OUR INSTAGRAM : https://instagram.com/coo.kies_dyana?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==

Hi, guys for those who loves cookies! stay turned
07/09/2023

Hi, guys for those who loves cookies! stay turned

01/09/2023

OrDer,EaT, RePeaT

Address

NO 21 , LORONG DAMAI 5, TAMAN PD DAMAI 2 KG PAY
Port Dickson
71000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Coo.kies_dyana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Coo.kies_dyana:

Share

Category