Kikins Delight

Kikins Delight Daily baked Homemade Bakery and Pastry

Permanently closed.
21/04/2026

IKHLASLAH DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Ibu bapa yang ikhlas dalam mendidik anak-anak akan merasakan Allah sentiasa bersama mereka dalam jatuh bangun mendidik anak-anak. Seketika diuji dengan kerenah dan ragam anak-anak, jiwa mereka ada tempat mengadu dan merintih.

Kepada siapa lagi? Tentulah kepada Allah. Apabila segalanya
diadukan kepada Allah, jiwa mereka akan kembali kuat dan bertenaga kerana yakin Allah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana dan Maha segala-galanya mahu dan mampu membantu mereka.

Mereka tahu hakikatnya amanah yang mereka laksanakan itu datang daripada Allah jua, maka tentu Allah tidak akan mengecewakan apabila mereka mengadu dan berdoa atas ketidakupayaan mendidik anak-anak itu.

Hati orang yang ikhlas sentiasa terhubung dengan Allah. Hati yang sebegini akan mempunyai satu kekuatan yang luar biasa. Umpama alat elektrik yang terhubung dengan satu jana kuasa yang tersangat hebat tenaganya.

Atau umpama satu aliran air yang bersumberkan suatu mata air yang sangat bersih dan jernih airnya.

Maka hati ibu bapa yang sedemikian akan turut memindahkan kekuatan kepada pemikiran, jiwa dan perasaannya semasa mendidik anak-anak. Ibu bapa yang sedemikian akan kreatif, tabah dan gigih dengan pelbagai kaedah dalam mendidik anak-anak.

Kebuntuan, kerunsingan dan kejemuan akan terhapus dengan sendirinya.

Mereka sentiasa mempunyai misi dan visi yang jelas tentang “siapa” yang ingin mereka bentukkan dalam diri anak-anak mereka. Ibu bapa yang ikhlas tidak mengharap apa-apa balasan kecuali keredaan Allah.

Tidak kiralah anak itu masih kecil atau sudah meningkat dewasa, ibu bapa yang ikhlas sentiasa memberi tanpa mengharap dibalas. Mereka memberi semata-mata kerana Allah perintahkan mereka memberi dan hanya mengharapkan balasan daripada-Nya.

Takdirnya, andai anak lupa akan jasa dan budi baik mereka, mereka tidak akan hampa, kecewa atau mengungkit-ungkit. Jauh sekali untuk mengecam dan mengutuk.

“Kalau aku tahu begini balasannya, tak akan aku bersusah-susah semasa kau kecil dulu.” “Aku takkan halalkan air susuku.”
“Isy, kalau macam inilah sombongnya dia padaku, sejak kecil dulu aku dah picit-picit.”

Pernah kita terdengar keluhan, bentakan dan kecaman semacam itu lahir daripada mulut ibu bapa? Ya, selalu. Itu petanda tidak ikhlas! Memberi jangan mengharap untuk menerima. Lebih-lebih lagi apabila kita memberi kepada anak-anak.

Membesarkan anak-anak bukanlah satu perniagaan yang kita mengeluarkan modal dan kemudian ingin mengutip pulangannya. Hubungan kasih sayang diikat oleh rasa fitrah dan keimanan yang paling suci.

Sanggupkah kita menganggap anak-anak sebagai “barang komoditi” yang dinilai sama seperti wang ringgit dan harta benda?

Jangan sekali-kali menganggap bahawa kita telah berjasa apabila mendidik anak-anak. Anggaplah itu satu amanah Allah yang kita perlu laksanakan, tidak kira sama ada dibalas baik atau sebaliknya.

Ibu bapa yang mempunyai keikhlasan yang tinggi akan dapat menampung kekurangan mereka pada aspek-aspek yang lain.

Mungkin mereka miskin harta, jadi mereka ada kekurangan dalam memenuhi keperluan fizikal meliputi makan minum, pakaian, rumah dan kenderaan untuk kemudahan membesarkan anak-anak.

Tetapi jika mereka ikhlas, kekurangan ini akan dapat ditampung oleh keikhlasan mereka. Keikhlasan akan mengundang keberkatan dalam mendidik. Sedikit bercakap, kesannya banyak.

Sedikit berbuat, teladannya melimpah. Ini menjelaskan mengapa kadangkala ada ibu bapa yang miskin tetapi mampu membesarkan anak-anak yang baik dan berkualiti berbanding ibu bapa yang lebih kaya.

Mungkin yang miskin hanya hartanya, tetapi mereka memiliki kekayaan hati. Apakah yang dimaksudkan dengan kekayaan hati ini? Ya, tentu sahaja hati yang ikhlas!

Dari Buku Terbaru - https://ezy.la/wahai-ibu-jadilah-madrasah-anakmu

PROMO SAH DARI 9/10 - 10/10/2020 SAHAJA ! PJJ ASSORTED KRUPKRAP COOKIES! Ramai yang dah join, ramai yang dah mengutip ha...
08/10/2020

PROMO SAH DARI 9/10 - 10/10/2020 SAHAJA !

PJJ ASSORTED KRUPKRAP COOKIES!

Ramai yang dah join, ramai yang dah mengutip hasil dari jualan krupkrap cookies!

12 resepi kukis2 rangup yang sangat sedap, makan sebiji tak nak berhenti! Beli sekali pasti repeat berulangkali.

- red velvet cookies
- cornflakes crunchy
- double dark choc chips
- double trouble choc chips
- butterscotch choc chips
- almond crunchy
- mint choc chips
- oreo crunchy
- peanut butter choc chips
- bubble rice choc chips
- nutella choc chips
- neapolitan

BONUS ! Ada bonus tauuu... tak sah kalau takda bonus . Bonus bukan cikai2... bonus pun resepi best!

Bonus resepi :
1) BANANA CHOC MOIST CAKE
2) MELTED COOKIES CHOC
3) MELTED COOKIES SALTED EGG

Siapa yang wajib join?
- orang yang tak berkira untuk membayar yuran yang ditawarkan
- orang yang tak minta diskaun untuk BELI ILMU
- orang yang rasa berbaloi bila beli pjj KD
- orang yang tahu bagaimana nak gandakan yuran yang dibayar
- orang otak biz
- orang yang memang s**a membeli pjj dan peram resepi 🤣
- wajib ada basic baking
- WAJIB RAJIN MEMBACA.

YURAN PROMO : RM50 dapat 12 resepi tambah lagi bonus resepi !

Semuanya yang sedap-sedap je!

Wasap untuk keterangan lanjut.
http://www.wasap.my/60137513171
http://www.wasap.my/60137513171
http://www.wasap.my/60137513171


NEW PJJ !!PJJ ASSORTED PUDING EKONOMI1) PUDING KELADI 2) PUDING BUBUR PULUT HITAM3) PUDING BUBUR KACANG HIJAU4) PUDING G...
01/08/2020

NEW PJJ !!

PJJ ASSORTED PUDING EKONOMI

1) PUDING KELADI
2) PUDING BUBUR PULUT HITAM
3) PUDING BUBUR KACANG HIJAU
4) PUDING GULA MERAH
5) PUDING PANDAN
6) PUDING OCEAN BLUE
7) PUDING SIRAP BANDUNG / SIRAP BANDUNG CINCAU / SIRAP BANDUNG LAICI
8)PUDING RED BEAN
9)PUDING BOBA MILK TEA
10)PUDING CHA-CHA
11)PUDING NAGASARI
12) PUDING BUKO PANDAN
13) PUDING PANDAN GULA MERAH
14) PUDING KOPI CINCAU
15) PUDING RED BEAN
16) PUDING BOBA MILK TEA
17) PUDING KURMA SUSU
17) PUDING SIRAP LIMAU
18) PUDING PANDAN GULA MERAH
19) PUDING TRIPLE BERRY
20) PUDING TEMBIKAI SUSU
21) PUDING MANGGA SUSU
22) PUDING TEH BUNGA
23) PUDING MARKISA
24) PUDING OREO
25) PUDING RED VELVET OREO TRUFFLE
26) PUDING SOYA CINCAU
27) PUDING SIRAP BANDUNG CINCAU
28) PUDING SIRAP LAICI
29) PUDING SIRAP BANDUNG
30) PUDING SIRAP SELASIH
31) PUDING SANTAN BLUEBERRY
32) PUDING SANTAN PANDAN
33) PUDING ABC

YURAN PROMO : RM40 untuk 33 resepi ( untuk 50 peserta terawal)

Berminat untuk join, wasap laju-laju :
http://www.wasap.my/60137513171
http://www.wasap.my/60137513171
http://www.wasap.my/60137513171


NAK BELAJAR TAK RESEPI SLICES CAKES? KEK NI,  MEMANG SENTIASA MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI. HARGA KELAS NI RM200... N...
14/06/2020

NAK BELAJAR TAK RESEPI SLICES CAKES? KEK NI, MEMANG SENTIASA MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI. HARGA KELAS NI RM200... NI KALAU KELAS DEMO LAH, DAN PERLU DATANG KELAS.... TAPI UNTUK ANDA SEMUA, KD KASI HARGA KAWAN², RM50 SAHAJA. YEEEE... RM50 SAHAJA....
Banyak beza tu, kalau kelas demo RM200. Sekarang, harga kawan², PJJ, KD kenakan RM50 sahaja... Jimat masa, jimat tenaga. Takde expired masa. Duk lah dalam grup PJJ tu sampai bebila.. Ada tips baru, KD akan update dalam grup tu...
Apa yang KD ajar dalam pjj ni?
- dua jenis basic cake ( vanila n choc cake)
- tiga jenis basic cream
Dengan basic2 di atas, anda boleh pelbagaikan flavour kek. Memang jualan slice cake ni, sentiasa mendapat permintaan tinggi. 🤗. KD cakap atas pengalaman KD. Dan KD hanya akan ajar resepi² yang hot saja... Tak hot, KD tak mau ajar... 🤣
Yuran : RM50

Berminat? Wasap laju-laju.
http://www.wasap.my/60137513171
http://www.wasap.my/60137513171




Alhamdulillah.Kek hari ibu.Chocolate indulgence 5”.
10/05/2020

Alhamdulillah.

Kek hari ibu.

Chocolate indulgence 5”.

TART NENAS BLUEBERRY CHEESE BHN A 250g  butter 1tbsp gula icing3tbsp susu pekatBHN B1bj kuning telur 2tsp blueberry emul...
19/04/2020

TART NENAS BLUEBERRY CHEESE

BHN A
250g butter
1tbsp gula icing
3tbsp susu pekat

BHN B
1bj kuning telur
2tsp blueberry emulco
1tsp pewarna ungu

BHN C
50g cheddar cheese (parut halus)
440- 460g tepung gandum

CARA:
1. Campur semua bhn A. Sekadar sebati.
2. Masukkan bhn B, pukul sebati.
3. Masukkan bhn C, uli jadi doh.
4. Canai dan terap dengan acuan kes**aan.
5. Acuan celup tepung sebelum terap utk elak melekat atau doh boleh disimpan 1/2 jam dalam chiller sebelum diterap.
6. Letak inti nenas bluberry. Tabur parutan cheese cheddar.
7. Bakar suhu 160’c . 20-25 min atau hingga masak. (Suhu dan masa bergantung pd oven masing2).

Selamat mencuba! Malas buat boleh order dengan KD! 😆

Doakan saya diberikan kesihatan berpanjangan dan dilimpah2kan rezeki . Moga doa2 yang baik kembali pada kalian juga 😘

Nota kaki : boleh menjual guna resepi ini. Tidak dibenarkan menggunakan resepi ini untuk membuat kelas pjj atau kelas demo.






Dari sehari ke sehari nak buat, tak terbuat2. Hari ni terrrbuattt.. kihkih.. sedap terokkk! Nahh resepi... PUDING CENDOL...
08/04/2020

Dari sehari ke sehari nak buat, tak terbuat2. Hari ni terrrbuattt.. kihkih.. sedap terokkk!

Nahh resepi...

PUDING CENDOL GULA MERAH

Bahan2 puding :
700gm air paip
100gm gula pasir
100gm santan ( saya guna santan kotak Kara)
1/4tsp garam
7gm serbuk agar2 (saya guna agar2 Jepun )
150gm cendol

Cara:
Campur semua bahan kecuali cendol. Masak atas api sederhana hingga betul2 mendidih. Tutup api. Masukkan cendol, kacau2. Dan tuang dalam acuan/loyang kes**aan. Biarkan hingga puding mengeras.

Bahan sos gula merah :
80gm gula merah
50gm air paip
Daun pandan

Cara:
Campur semua bahan, masak hingga mendidih.

*gula merah boleh juga tukar pada gula melaka. Puding cendol ini boleh juga dicampurkan dengan cincau. Enak dimakan bila sejuk-sejuk 😋😋

All the best gaiiss!


Kek Butter OrenBahan A 200gm butter ( saya guna anchor salted ) 250g gula castor15g ovelet Bahan B 4 bj telur A /AA (say...
08/04/2020

Kek Butter Oren

Bahan A
200gm butter ( saya guna anchor salted )
250g gula castor
15g ovelet

Bahan B
4 bj telur A /AA (saya guna AA)
5tsp oren sunquick

Bahan C (ayak)
250g tepung gandum / Superfine
2tsp baking powder

Bahan D
50g minyak masak (any brand)

Cara :
1 . Butter + gula kastor + ovelet , pukul hingga kembang ( memutih )

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan oren sunquick. Pukul sebati.

3. Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit.

4. Akhir sekali masukkan minyak. Kaup balik.

5. Masukkan ke dalam loyang 8” yang telah dioles minyak/butter dan dialas kertas.

6. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar suhu 160’c . 45 min atau hingga masak. (Suhu dan masa masak bergantung pada oven masing2 )

All the best!



Address

Jalan Dato' Ali
Pontian
82000

Telephone

60137513171

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kikins Delight posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share