PorengKertas Publication

PorengKertas Publication Ratu Urban (HA), Ratu Aksi (DZ) dan Ratu Komedi (LD) berganding bahu dan siku menjadi PorengKertas Publication. PorengKertas. DBP kata poreng tu maknanya comot.

Dari kertas yang putih, kami lakarkan menjadi hasil karya yang cantik. Berinspirasikan idea kebabom yang berbeza genre tapi tinggi kualitinya...

Sempena raya yang semakin mendekat. Kami PorengKertas akan ada di Dewan Merdeka. Tingkat 4. Ada 2 novel. Ada 5 ebook bar...
22/04/2026

Sempena raya yang semakin mendekat. Kami PorengKertas akan ada di Dewan Merdeka. Tingkat 4.

Ada 2 novel. Ada 5 ebook baru.
Bersemangat kami nak jumpa para pembaca dan tamu yang dihormati.

Akan datang. Ebook. September.
14/09/2025

Akan datang. Ebook. September.

Dapatkan. Ebook Lynn Dayana.
23/07/2025

Dapatkan. Ebook Lynn Dayana.

Ready stocks. Harga promo.
25/02/2025

Ready stocks. Harga promo.

“Siapa lelaki tu, Zara?” Tegas dan tanpa kompromi.Rahangnya berdetap kuat. Cuba menahan perasaan.Terpegun Zara bila dise...
11/02/2025

“Siapa lelaki tu, Zara?” Tegas dan tanpa kompromi.
Rahangnya berdetap kuat. Cuba menahan perasaan.

Terpegun Zara bila diserang tiba-tiba. Tersentak dia dengan soalan itu. Mac... macam mana Za’im tahu tentang Nasrul? Adakah dalam diam Nasrul berjumpa Za’im di
belakangnya? Dan maklumat dalam sampul itu, apa isi kandungannya?

“Abang tak percayakan Zara? Abang fikir Zara curang? Keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan abang?
Macam tu? Abang upah orang ikut Zara?” Dia bangun membela diri. Tidak rela dituduh curang dengan lelakiyang paling dia benci di dunia ini. Dia lebih rela mati dari menyimpan perasaan terhadap Nasrul.

Za’im turut sama bangun. “Abang tak perlu upah orang, Zara. Abang nampak dengan mata abang sendiri.
Isteri abang dengan lelaki lain. Itu belum lagi cakap fasal duit seratus ribu yang sayang keluarkan hari tu.
Abang tak kisah dengan semua duit tu, sayang. Nak keluarkan semua? Ambillah. Tapi yang paling sakit,
sayang buat semua ni di belakang abang. Do you have any idea what I’m going through, Nur Zara Amna?”

Dia membuka ruang dan peluang untuk Zara berterus-terang. Dia yakin ini bukan tentang curang. Dia tahu Zara tidak akan buat begitu. Ini juga bukan tentang ada lelaki lain yang mungkin pernah menghuni hati isterinya.

Bukan... dia yakin sekali, bukan sebab itu. Ini tentang kepayahan Zara untuk bercakap tentang masa silamnya. Dan tentu sekali, bukan tentang soal
kepercayaan dia terhadap Zara.
Tetapi ini tentang kepercayaan Zara terhadapnya.

Dia memegang kedua-dua belah bahu Zara. Macam mana lagi dia mahu meyakinkan Zara?

“If you tell me... maybe I can help. If... you tell me, sayang.”

BismillahSempena mengambil keberkatan hari Jumaat, kami buka tempahan awal untuk karya pertama PorengKertas bagi tahun 2...
07/02/2025

Bismillah

Sempena mengambil keberkatan hari Jumaat, kami buka tempahan awal untuk karya pertama PorengKertas bagi tahun 2025 ini.

Kerjasama tiga Pokers setelah hampir 10 tahun kami tidak bergabung karya. Gabungan pertama kali kami adalah dalam novel Antologi Cinta Dia, di mana tertubuhnya PorengKertas Publication pada 2016.

Harapnya kisah-kisah yang kami garap dengan penuh drama air mata ni 🤭🤭🤭mampu menceriakan hari-hari anda semua.

23/8 mula dijual. Ebook Ogos. Ebook Merdeka.
20/08/2024

23/8 mula dijual. Ebook Ogos. Ebook Merdeka.

Masih berlangsung Kombo jodoh. Ha mari!
27/06/2024

Masih berlangsung Kombo jodoh. Ha mari!

Pengumuman!!!Buku2 PorengKertas dah ada di Book Capital ye. Kepada anda yg ada voucher buku Madani, marilah tebus vouche...
18/06/2024

Pengumuman!!!

Buku2 PorengKertas dah ada di Book Capital ye.

Kepada anda yg ada voucher buku Madani, marilah tebus voucher anda dgn membeli novel2 kami 😁. Yg takde voucher pun takpe… pun dialu2kan beli juga 😃.

Terima kasih byk2 kpd yang dah buat pesanan. Sokongan uolls mmg awesome laa 🫶

Tapi, kami mohon tempoh masa sikit utk uruskan pesanan ya. (Penat smlm melapah daging korban tak hilang lagi 🤭😂) InsyaAllah kami akan proses mengikut giliran. Soon it will reach you 😍

Review daripada Intan yang diambil dari Goodreads. Tq Intan...CSE. 5*****Penulisan Kak DZ kali ni lebih kemas, santai, n...
14/06/2024

Review daripada Intan yang diambil dari Goodreads.
Tq Intan...

CSE. 5*****

Penulisan Kak DZ kali ni lebih kemas, santai, natural & NAKAL.😁
Susunan plot kemas. ada tag throwback & current situation at the same time supaya readers tak lost bila beralih ke plot seterusnya dan xperlu nak selak belakang balik utk fahamkan story.
Elemen persahabatan dan kekeluargaan ni memang identiti penulisan Kak DZ. Part romantis dalam CSE kali ni memang amat menggetarkan jiwa ye. 🥰

Mungkin kerana Luke ni jumpa cinta di usia yang matang, jadi percintaan yg digambarkan adalah percintaan yg matang. Kak DZ berjaya buat reader mcm aku ni bygkan Luke ni lelaki perfect 10. sebab apa perfect 10, sebab dia anak yg baik buat ibu dia. abang yg baik, protective dan bertanggungjawab buat adik2. dan sudah semestinya bakal suami yg kuat, berani (wlu takut kucing) dan sweet. Luke digambarkan dgn baik sebagai man of words.
plot2 scene Luke dgn AJ terlalu manis, sampai letih nk tersenyum.

ada baris ayat yg aku terpaksa repeat 2,3x sebab terlalu bergetar tulang rusuk ni. hahaha. baca sampai blushing. dah kalau aku blushing dgn Luke, apa lagi AJ yg mmg dgn Luke tu😅. YES he’s charming.

AJ, dia ni aku rasa he**in yg kuat sebab dia digambarkan seorang yg well educated, tabah, berani, smart & FUN of course. sbb berjaya keluarkan sisi comel Luke.

konflik2 yg x terlalu komplikated, jadi hati readers pun x libang libu nak geram dgn watak antagonis. plot twist pun blh tahan. sbb aku hampir2 fikir PS Seroja komplot dengan PS Marina dalang segala konflik. (spoiler sikit)

wlupun ending utk konflik aku rasa mcm rush tapi xpelah. sbb hakikat sebenar kita nk baca pasal Luke dan AJ je kan.😁
Last but not least, yang buat aku rasa CSE ni special n kenapa dia kena muncul pada PBAKL24 ni, sebab kak DZ bt reunion semua hero2 charming dia dlm ni. selain 4 lagi komando yg mmg pendokong utama dlm semua siri komando yg lain kak DZ buat kemunculan istimewa Haq, Sid dan pastinya Hayat Zidni yg xpernah x muncul dalam setiap cerita kak DZ. how i think he’s so special + mysteri actually😆

Actually, aku jarang review buku ni. kali ni aku buat. even aku rasa buku Kak DZ which is CTK & NBF was the best. aku rasa aku terpaksa ltk CSE on top among buku2 kak DZ sbb penceritaan yg kemas dan matang seiring dengan kematangan yg digambarkan buat Luke tu sendiri.😉

Alhamdulillah...CALLSIGN ENIGMA Versi paperback dah siap ...😃😃😃Kita tunggu versi hardcover p**a lepas ni
03/05/2024

Alhamdulillah...
CALLSIGN ENIGMA Versi paperback dah siap ...😃😃😃
Kita tunggu versi hardcover p**a lepas ni

Address

602 Kelana Business Centre
Petaling Jaya
47301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PorengKertas Publication posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PorengKertas Publication:

Share