Dapo_kokya

Dapo_kokya homemade cake, cookies & dessert diperlukan 48jam bagi kami sediakan tempahan anda. akan berubah apabila ada ketetapan baru dikeluarkan.

penghantaran hanya dilakukan di dalam kawasan Damansara Perdana, Taman Tun sahaja setakat ini, mematuhi peraturan 10km radius seperti yang ditetapkan oleh MKN.

Lama tak buat kuih yang satu ini..cuti2 ni dia mai mood rajin sikit,maka terhasillah Kuih Bakar Pandan untuk minum petan...
21/10/2025

Lama tak buat kuih yang satu ini..cuti2 ni dia mai mood rajin sikit,maka terhasillah Kuih Bakar Pandan untuk minum petang.

Yang nak mencuba, boleh ikut resepi di bawah ye.

๐ŸŒน KUIH BAKAR PANDAN ๐ŸŒน
Sumber: Dapo_kokya

BAHAN-BAHAN:

2 cawan Santan
1 cawan Air Pandan
3/4 cawan Gula (nak manis guna 1 cawan)
4 Biji Telur gred A
2 cawan Tepung gandum
2 sdb Butter (dicairkan)
1 sdk Esen pandan @ Esen vanilla
1 sdk Garam
Pewarna hijau (Optional)
Bijan

CARA-CARA:

** Panaskan oven pada suhu 170ยฐยฉ selama 10 minit.

** Blend 5@6 helai daun pandan dengan 1 cawan air kemudian tapis.

** Satukan semua bahan kecuali bijan,blend hingga sebati.

** Sapu loyang saiz 7 dengan sedikit minyak @ butter kemudian tabur bijan. Masukkan loyang ke dalam oven sekejap saja sehingga bijan kelihatan kekuningan.

** Keluarkan loyang, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian masukkan loyang ke dalam oven.

** Bakar pada suhu 170ยฐยฉ selama 50minit @ hingga masak bergantung pada oven masing2.

** Selamat mencuba ๐Ÿ˜

Permudahkanlah setiap urusan kami Ya Allah... Aamiin ๐Ÿคฒ
11/05/2025

Permudahkanlah setiap urusan kami Ya Allah... Aamiin ๐Ÿคฒ

Share dulu ye...mana tahu ada menu Yang herkenan di hati boleh dicuba๐Ÿฅฐ
24/12/2024

Share dulu ye...mana tahu ada menu Yang herkenan di hati boleh dicuba๐Ÿฅฐ

24/12/2024
24/12/2024
24/12/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Ucapan Boleh Mendatangkan Pahala Atau Dosa*

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏูŽ ู„ูŽูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ู ุจูุงู„ู’ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุฑูุถู’ูˆูŽุงู†ู ุงู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ู‰ ู…ูŽุง ูŠูู„ู’ู‚ููŠ ู„ูŽู‡ูŽุง ุจูŽุงู„ุงู‹ ูŠูŽุฑู’ููŽุนูู‡ู ุงู„ู„ู‡ู ุจูู‡ูŽุง ุฏูŽุฑูŽุฌูŽุงุชู ุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ุนุจู’ุฏูŽ ู„ูŽูŠูŽุชูŽูƒู„ู‘ูŽู…ู ุจุงู„ู’ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุณูŽุฎูŽุทู ุงู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ู„ุงูŽ ูŠูู„ู’ู‚ููŠ ู„ูŽู‡ูŽุง ุจูŽุงู„ุงู‹ ูŠูŽู‡ู’ูˆููŠู’ ุจูู‡ูŽุง ูููŠู’ ุฌูŽู‡ูŽู†ู‘ูŽู…ูŽ

Daripada Abรป Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: โ€œ *Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata dari keredhaan Allรขh tanpa ia menaruh perhatian padanya, maka Allรขh akan mengangkatnya lantaran (ucapannya) beberapa darjat, dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang mengandung kemurkaan Allรขh tanpa memikirkannya maka ia menjerumuskannya ke dalam neraka jahannam.* (HR Bukhari No: 6478) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hadis ini menunjukkan bahawa ucapan seseorang boleh menjadi sebab kenaikan darjat atau kehinaan dirinya. Hal ini kerana Allah memberikan perhatian kepada apa yang kita katakan dan akan menilai setiap perkataan kita.

2. Kita perlu sentiasa menjaga lisan agar tidak mengeluarkan perkataan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah seperti menghina, memfitnah juga menyakiti orang lain.
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Qaf ayat 18:

ู…ู‘ุง ูŠูŽู„ููุธู ู…ูู† ู‚ูŽูˆู„ู ุฅูู„ู‘ุง ู„ูŽุฏูŽูŠู‡ู ุฑูŽู‚ูŠุจูŒ ุนูŽุชูŠุฏูŒ
Maksudnya: Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

3. Berhati-hatilah dengan dosa yang dianggap remeh seperti memandang ringan kata-kata buruk terhadap orang lain seperti umpatan, senda gurau yang melukai hati orang lain kerana ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

4. Ucapkanlah kata-kata yang mendatangkan pahala dan kebaikan seperti memberi salam, memberi nasihat, ucapan yang menggembirakan dan memberi semangat, kata-kata memuji Allah, zikir dan doa.

5. Kata-kata boleh menjadi sebab untuk seseorang mendapat keredhaan atau kemurkaan Allah. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan apa yang diucapkan dan berusaha menggunakan lisan untuk kebaikan. Dengan menjaga kata-kata, kita bukan sahaja memperbaiki hubungan dengan sesama manusia tetapi juga meraih ganjaran besar di sisi Allah SWT.






22hb Jamadil Akhir 1446H
24hb Disember 2024

24/12/2024

Berhati-Hati Bila Nak Bersihkan Makanan Laut

Mohon ambil perhatian! Kejadian ini berlaku akibat tercucuk udang mentah yang dibeli dari pasar. Semasa mencuci dan membersihkan udang, saya tercucuk berkali-kali tetapi anggap perkara itu biasa sahaja.

Keesokan harinya, jari saya menjadi hitam, dan saya mula mengalami demam ringan. Saya pergi ke klinik 24 jam dan terus dinasihatkan untuk ke hospital segera. Malam itu juga saya menjalani pembedahan dan terlantar di hospital selama 7 hari, termasuk 2 hari di ICU.

Doktor memaklumkan saya diserang bakteria "pemakan daging hidup." Menurut mereka, jika saya terlambat satu hari sahaja, kemungkinan besar saya akan kehilangan lengan. Bakteria tersebut telah merebak hingga ke bahagian ketiak dan hampir menjangkiti bahagian tubuh lain.

Pesanan penting: Berhati-hatilah semasa membersihkan udang mentah atau makanan laut. Maklumkan kepada mak, adik, dan kakak yang selalu ke dapur memasak agar sentiasa berhati-hati!

๐Ÿ–‹๐Ÿ“ท Sufi Firdausi

KEK COKLAT KARAMELBahan-bahan karamel :2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg slow . ratakan dan sejukkan-Pud...
27/03/2024

KEK COKLAT KARAMEL

Bahan-bahan karamel :

2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg slow . ratakan dan sejukkan
-
Puding :

1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...

kacau sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang karamel tadi pastu kukus..
-
Kek Coklat :

1/2 cawan susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
2sudu besar gula kastor
1 cawan serbuk koko..
-
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

4 biji telur di kacau
ayak -1 cwn tepung gandum
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil baking powder
-
Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...tuang perlahan2 atas puding tadi....kukus 45minit atau sehingga masak . cucuk dgn lidi kalau keluar bersih maknanya dah masak..

keluarkan loyang dari periuk kukus , biar dlm 3-4minit pastu terbalik kan loyang atas pinggan atau bekas . jgn tunggu sejuk baru terbalikkan sbb bila sejuk takut karamel melekat kt loyang ..berhati2 takut puding pecah..

sapa setuju nie part paling mndebarkan sbb takut bila terbalik kek coklat karamel nie x mnjadi .. hehe ๐Ÿ˜…
-
Kredit: Yuyi Nur Iman
Kredit empunya resepi

Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..500gm Kacang tanah5 Ulas bawang putih (ditumbuk)1 sb serbuk cili2 ...
25/03/2024

Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..

500gm Kacang tanah
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil

Cara-caranya :
โ— Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat
โ— Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
โ— Gaul smpai sebati
โ— Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
โ— Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
โ— Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.

Kredit : Siti Azura

aisehmen, no tepung no kek laa...how laikdet?
15/05/2022

aisehmen, no tepung no kek laa...how laikdet?

Alhamdulillah, di Syawal ini masih diberikan kesempatan menunaikan permintaan untuk   bagi jamuan   mereka...setakat ini...
14/05/2022

Alhamdulillah, di Syawal ini masih diberikan kesempatan menunaikan permintaan untuk bagi jamuan mereka...setakat ini, kami masih lagi mengekalkan harganya sebiji RM 35 sahaja dengan beberapa perisa pilihan seperti,
- Butter Vanilla
- Chocolate Red Velvet
- Pandan
- Orange
- dan lain-lain
kalau ada sesapa yang teringin tu, kasi helo la... InsyaAllah, akan diusahakan ๐Ÿค˜๐Ÿผ

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin

maaf ler lama tak bersiaran...Dapo_kokya masih ada, masih aktif, masih menerima tempahan so sila la kemukakan tempahan s...
30/01/2022

maaf ler lama tak bersiaran...
Dapo_kokya masih ada, masih aktif, masih menerima tempahan so sila la kemukakan tempahan sekiranya ada.
yang mana2 nak kemukakan 'review' pun dialu-alukan...sila ler ๐Ÿค˜๐Ÿผ

Address

Damansara Perdana
Petaling Jaya
47820

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapo_kokya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share