Resepi Juadah Seminggu

Resepi Juadah Seminggu InsyaAllah kami akan berkongsi resepi-resepi menarik bagi menambah kandungan buku resepi anda. Anda boleh mencubanya bersama keluarga.

[ Tips Goreng Ayam Moist & Juicy }Kredit : JimmyAda yang tanya macam mana saya goreng ayam jadi moist dan juicy. Ni cara...
01/08/2024

[ Tips Goreng Ayam Moist & Juicy }
Kredit : Jimmy

Ada yang tanya macam mana saya goreng ayam jadi moist dan juicy. Ni caranya, rendam ayam dalam air garam sejam, lepas tu toskan . Pastu letak kunyit, aji, garam dan sedap rasa. Marinate la sejam.

Baru goreng dengan api sederhana. Siap.

Selamat Mencuba !

[ Resepi Pucuk Ubi ]Pucuk ubi garing pedas cili api.Bahan-bahan:A.Goreng daun pucuk ubi sampai garing -  asikan Tos miny...
31/07/2024

[ Resepi Pucuk Ubi ]

Pucuk ubi garing pedas cili api.

Bahan-bahan:

A.
Goreng daun pucuk ubi sampai garing - asikan
Tos minyak nya.

B.
Cili api , ikan bilis, bawang putih -kisar kering
Tumis dgn sedikit minyak sampai garing
Jgn lupa Garam dan msg

C.
Bawang goreng sedikit

Cara-cara:

Caranya mudah saja, gaul-gaul semuanya lepas tu boleh makan πŸ˜‰

Selamat Mencuba!

[ Resipi Somtam Mangga ]Sumber: Ameera (Facebook)Bahan-bahan- 4 Biji Mangga - Udang kering- Bawang merah 1 biji- Cili pa...
31/07/2024

[ Resipi Somtam Mangga ]
Sumber: Ameera (Facebook)

Bahan-bahan

- 4 Biji Mangga
- Udang kering
- Bawang merah 1 biji
- Cili padi 5 biji
- Sos Cili Thailand

Cara Penyediaan

1. Mula sagat mangga terlebih dahulu dan masukkan udang kering.
2. Campurkan bawang merah yang dipotong nipis nipis dan cili padi.
3. Letakkan sos Thail ni. Lepastu gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa dah.
4. Siap di gaul. Selamat mencuba semua.
Simple kan☺️

Selamat Mencuba!

30/07/2024

Maaf kawan-kawan, lama kita tak bersua kan? Admin busy sikit πŸ˜‚

[ Resepi Kek Pisang Sedap ]Option : Bakar / KukusBahan A:1 cwn pisang dilecek 1 cwn gula 1 cwn minyak jagung/minyak masa...
30/07/2024

[ Resepi Kek Pisang Sedap ]

Option : Bakar / Kukus

Bahan A:

1 cwn pisang dilecek
1 cwn gula
1 cwn minyak jagung/minyak masak atau majerine yg di cair kan
3 biji telur gred A
3 sdb susu pekat
1 sdk esen vanilla

Bahan B:

2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Cara cara:

Putar gula, telur, esen vanila, susu pekat dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
Masukkan p**a tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. dan kacau rata
Tuang dalam bekas dan kukus selama sehingga masak.

Selamat Mencuba!

[ Kuih Limas Perak ]Kuih Limas ni kuih lejen bagi orang Perak...  Nampak lebih kurang sme dengan kuih Tepung Pelita... T...
11/09/2023

[ Kuih Limas Perak ]

Kuih Limas ni kuih lejen bagi orang Perak... Nampak lebih kurang sme dengan kuih Tepung Pelita... Tapi ada sikit perbezaan pada bahan dan cara pembuatannya... Bila bahan dan cara pembuatannya ada sikit perbezaan...dah tentu laa rse nya pn berbeza kan...

Kuih Limas dibuat menggunakan tepung gandum tapi Tepung Pelita dibuat menggunakan tepung beras... Betul tak?? Sye tak pandai buat kuih tepung pelita....hihihi 😁😁
Kat sini sye sertakan sekali resepi kuih limas ni ye.. Resepi ni sye ambk dr Cik google sebenarnya.. Tapi bagi sye resepi ni memang sedap... Dah banyak kali sye gnekan resepi ni... Terima kasih sangat2 pada yg empunya resepi.. Semoga rezeki tuan resepi makin melimpah ruah serta sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah swt...
Ini resepinya ye...

Resepi kuih limas s**atan cawan...

LAPISAN BAWAH :

🌸 2 cawan santan cair
🌸 1 1/2 cawan jus air pandan
🌸 4 sudu makan gula pasir
🌸 1 1/4 cawan tepung gandum ... Kemudian tambah lagi 1 sudu makan tepung gandum
🌸 sedikit pewarna hijau jika perlu
Jus pandan dihasilkn dgn kisar 8 -10 helai daun pandan dan 1 1/2 cawan air. Kisar dan tapis ambk airnya... Kemudian campurkan semua bahan dan tapis....

BAHAN RESEPI LAPISAN ATAS KUIH LIMAS :

🌸 2 1/2 cawan santan pekat
🌸 3/4 cawan tepung gandum
🌸 1 sudu teh garam
Campurkan semua bahan dan kacau rata.. tapiskan dan ketepikan.. Jika santan agak pekat..kurangkan s**atan tepung jadikan 1/2 cawan sahaja.... Ianya bergantung kepada kepekatan santan yang perlu diubah..... Kepala santan untuk kuih ni agak lembut...

BAHAN LAIN :
🌸 kelongsong daun pisang / bekas plastik
🌸 gula

CARA BUAT RESEPI KUIH LIMAS TRADISIONAL :

1) Panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu kecil gula ...lau nak manis lg...boleh lebihkan gula ye...
2) Bila air dah mendidih... Masukkn lapisan bawah yang hijau dan kukus selama 12 min dengan api sederhana...Bila dah masak sejukkan sebentar supaya bila letak yang lapisan atas ianya takkan bercampur...
3) Dah sejuk sikit masukkan p**a lapisan ats .. Kukus kali kedua selama 10 -12 min dengan api sederhana.. Dah masak tutup api.. Siap dihidangkan... Kuih ni lebih sedap dimakan bila dah sejuk..nyummmm...nyummmm... πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Selamat Mencuba!

[ SAMBAL TUMIS KERANG ]Bahan-bahan:3-4 kg kerang ~ direbus dan ambil isinya3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar2 biji ba...
19/08/2023

[ SAMBAL TUMIS KERANG ]

Bahan-bahan:

3-4 kg kerang ~ direbus dan ambil isinya
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar
3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar
2 biji bawang besar ~ dihiris
1 cm (sedikit saja) belacan(jika s**a) ~ kisar/tumbuk bersama bawang
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air ~ jika perlu.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

Selamat Mencuba!

[ Puding Roti Kukus dan Sos Kastard ]Kredit: Nurul ShafiraBahan-bahan puding roti:10 keping roti ( potong empat segi )1 ...
08/08/2023

[ Puding Roti Kukus dan Sos Kastard ]
Kredit: Nurul Shafira

Bahan-bahan puding roti:

10 keping roti ( potong empat segi )
1 tin susu cair
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar gula
Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)

Bahan-bahan sos kastard:

1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
4 1/2 sudu besar gula

Cara-cara:

Untuk bahan puding roti:

Kisarkan semua bahan kecuali roti.
Sapu mentega pada setiap keping roti dan pada loyang.
Susunkan roti di dalam loyang dan curahkan bahan kisar tadi. Tekan roti supaya bahan kisar meresap.
Taburkan buah kering dan kukus selama 20 minit.

Untuk sos kastard:

Campur tepung kastard bersama air dan kacau rata.
Campur semua bahan dan masak atas api perlahan.
Kacau sehingga mendapat tekstur yang pekat.

Siap.

Selamat Mencuba!

[ Donut Tanpa Telur ]Yang hijau tu kami tambah coconut emulco yaa 😁Bahan-bahan:1paket yis@mauripan 11gm2sudu makan gula2...
08/08/2023

[ Donut Tanpa Telur ]

Yang hijau tu kami tambah coconut emulco yaa 😁

Bahan-bahan:

1paket yis@mauripan 11gm
2sudu makan gula
2sudu makan susu pekat
1cawan air suam
*satukan semua bahan dan biarkan hingga berbuih
*kalau nak buat donut pandan tambahkan pewarna hijau&coconut emulco@esen pandan

4cawan tepung gandum
2sudu makan marjerin
2sudu makan minyak masak
1sudu teh baking powder
1/2sudu teh garam

Cara-cara:

Satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak, baking powder dan ramas ramas hingga sebati
Masukkan bancuhan yis yang berbuih dan uli hingga jadi doh lembut(uli manja manja sekadar sebati je)
Perap adunan lebih kurang 1jam
Bila dah kembang tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin
Bentukkan@terapkan donut(nina pakai gelas je lubang tu buat pakai penutup botol)
Biarkan donut naik kembang
Panaskan minyak dan goreng hingga perang

Selamat Mencuba!

[ Tips Pilih Bendi Muda ]Lepas ni mudah laa...tak perlu nak patahkan bendi kan? πŸ˜‰
08/08/2023

[ Tips Pilih Bendi Muda ]

Lepas ni mudah laa...tak perlu nak patahkan bendi kan? πŸ˜‰

[ Kuih Kaswi Gedik ]Bahan-bahan:** 1 cwn gula merah** 1/2 cwn gula putih** 2 cwn air** Sehelai daun pandan(Masak sehingg...
07/08/2023

[ Kuih Kaswi Gedik ]

Bahan-bahan:

** 1 cwn gula merah
** 1/2 cwn gula putih
** 2 cwn air
** Sehelai daun pandan
(Masak sehingga mendidih dan sejukkan....)

** 2 cwn tpg gndm
**1/2 cwn tpg ubi
** 2 cwn air lg
** 2 sudu besar air kapur
** Sedikit garam

Cara-cara:

- Masukkan bahan diatas didlm bekas/ mangkuk kemudian tuangkan air gula merah yg dh ditapis tadi.kalau nk warnanya hitam masukkan sedikit kicap pekat..kacau sebati..
- Pastikan air kukusan tu dh mendidih..
- Sapu loyang dgn sedikit minyak baru masukkan adunan tu..
- Kukus selama 45 minit atau pun sejam..
- Sejukkan dulu lepas tu boleh la potong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam....siappp

Selamat Mencuba!

[ DAGING GORENG THAI ]Bahan-bahan:- 800g daging. - 5 sudu biji ketumbar (dikisar/ditumbuk)- 4 ulas bawang putih (ditumbu...
07/08/2023

[ DAGING GORENG THAI ]

Bahan-bahan:

- 800g daging.
- 5 sudu biji ketumbar (dikisar/ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris halus)
- 1 sudu besaf lada hitam (dikisar/ditumbuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam
- Butter/majerin untuk menumis

Bahan (sos):

- Serbuk cili thai
- Gula kabung atau somtam jika tiada pakai 2 sudu gula putih
- 2 sudu beras digoreng/disangai (dikisar halus)
- 2 sudu air limau nipis
- 3 sudu air asam jawa
- Kicap sotong/sos ikan
- 3 ulas bawang kecik merah (dihiris nipis)
- Daun ketumbar
- Daun bawang

Cara-cara:

1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter & bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam
2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih.
3. Masukkan daging yang telah diperap. Kacau sebati.
4. Bila air mula kering, kacau hingga sebati.
5. Kecikkan api & masukkan bahan sos ke dalam daging & kacau rata.
6. Siap!

Selamat Mencuba!

Address

PULAU PINANG
Penang Island
11600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Juadah Seminggu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category