19/12/2023
Kali ni jom tengok Che Nom sediakan menu sarapan pagi yang cukup terbaik, menu nostalgia menu throwback iaitu lempeng lembut cicah sambal ikan bilis.
Che Nom memang pernah buat lempeng dulu, tapi tak selembut macam resepi ni, tepi-tepi garing bila makan panas-panas. Bahan-bahan nak buatnya tak susah nak cari, bahan basic je. Cuma cara bancuhan dan cara goreng tu Che Nom kongsi berdasarkan pengalaman sendiri.
Sambal bilis p**a tak ada yang berbeza sangat, cara masak sambal tumis yang biasa, cara orang dulu-dulu, takde letak sos bagai.
Bila bergabung lempeng yang lembut, dengan sambal bilis yang pedas, terbaik sangat kalau sarapan dengan kopi atau teh.
Bahan-bahan Lempeng
3 cwn tepung gandum
4 - 4 1/2 cwn air
1 sb gula
1/2 sk garam
2 sb minyak
Bahan-bahan Sambal Bilis:
150g-200g ikan bilis
1 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
15-20 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (pilihan)
1 keping kecil gula nisan
Sedikit jus asam jawa
Garam secukup rasa
Perasa jika s**a