Resepi nenek

Resepi nenek Bake with love..

Assorted creampuff.. lembut padu.. bersiaran di pasar dinda art street setiap jumaat dan sabtu.. mari datang beramai2 ke...
02/09/2023

Assorted creampuff.. lembut padu.. bersiaran di pasar dinda art street setiap jumaat dan sabtu.. mari datang beramai2 ke booth kami..

30/09/2022

Rimas Tengok Semut, Lipas Dan Cicak Di Rumah Ikut Cara Mudah Dan Mujarab Untuk Cegah Walaupun serangga ini tidak berbahaya namun ia masih lagi serangga perosak yang boleh memudaratkan kesihatan jika dibiarkan. Pasti ramai diantara kita mempunyai masalah serangga seperti semut, lipas dan cicak se

30/09/2022

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

29/09/2022

Resepi cucuq udang Krukk Kraakk

Jom kita buat minum petang.

Bahan-Bahan
4 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan air sejuk
6 ulas bawang merah racik
Daun bawang diracik
1 cawan lobak sagat
200 gram udang (ikut s**a kalau nak banyak)
5 pcs filet ketam
1 sudu teh garam

Campur dan gaul semua - pastikan adunan cair tidak pekat baru datang rangup tu.

Goreng guna senduk tau sebab dia cayaq sikit dari cucur biasa tu kan, pakai sudu tak jalan.

Resepi sos @ air lada
Bahan-Bahan
200gm Cili hidup
2 sudu besar Gula
Secubit Garam
1 sudu besar Sos cili
1 sudu kecil sos tomato
Sedikit air

- Blend cili hidup
- Masak atas api cili yang diblend bersama bahan-bahan lain.

kredit: asfieda impiana

Selamat mencuba!

29/09/2022

Lama tak post sini.. sekali buat laa shellout utk family
cukup laa 10-12org makan
Kerang ½kg
Udang ½kg
Ketam 1kg
Kepah ½kg
Sotong 1kg
Siput lala 1kg

Total MODAL RM110 termasuk jgung, brokoli dan siap masak
Puas hati. Kalau nak bawak semua p makan kat kedai.. demam 🤣

Bahan2
Bawang besar 5biji
Bawang putih 2labu
Serai 5biji
Blend semua bahan ni

2sendu nasi cili blend

Tumiskan bahan dia atas smpai pecah minyak

Masukkan
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
2ketul kiub pati ayam
Daun limau
Air secukupnya (ikut kepekatan mana kita nak)

Garam ,gula dan aji

Ikut laa tekak masing2 yaa nak masam, pedas n manis

Paling penting masak lama sikit baru ngam terok🤣

Credit : Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

DIBUKA.. kini berada di kompleks teruntum kuantan.. seberet dengan cimb.. kiosk che bee beroperasi pada hari isnin-jumaa...
22/06/2022

DIBUKA.. kini berada di kompleks teruntum kuantan.. seberet dengan cimb.. kiosk che bee beroperasi pada hari isnin-jumaat dari pukul 2ptg -5.30ptg.. sabtu & ahad untuk pick up order.. jemput datang beramai2... 🥰🥰

Selamat menjalani ibadah puasa dari kami team resepi nenek..
02/04/2022

Selamat menjalani ibadah puasa dari kami team resepi nenek..

Bermulanya tahun baru dengan baik..
02/01/2022

Bermulanya tahun baru dengan baik..

Sahabat kita ini kongsikan cara mudah buang air bertakung dalam rumah.Terima kasih atas perkongsian. Mungkin ada yang me...
21/12/2021

Sahabat kita ini kongsikan cara mudah buang air bertakung dalam rumah.

Terima kasih atas perkongsian. Mungkin ada yang memerlukan.


Address

Pekan
26600

Telephone

0109098230

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi nenek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share