Alumni SHAH Pekan - Official

Directions Website Contact the business

Alumni SHAH Pekan - Official Official page for Alumni SHAH Pekan

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan Pahang (SHAH Pekan) atau nama ringkasnya Alumni SHAH Pekan telah ditubuhkan pada 22/05/2014 dengan penglibatan seramai 24 orang AJK Penaja. Pada 11 April 2015, telah dijalankan Mesyuarat Agung buat kali pertama dan seramai 5 orang AJK Tertinggi telah dilantik bagi menguruskan alumni untuk sesi 2015-2017. Diharapkan agar penubuhan Alumni SHAH Pekan ini akan kekal dan terus aktif untuk mendokong matlamat-matlamat yang telah digariskan.

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗟𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲“𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔”Kita bakal bertemu di ODEON KL untuk sebuah malam istimew...
06/10/2026

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗟𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔
𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

“𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔”

Kita bakal bertemu di ODEON KL untuk sebuah malam istimewa bersama keluarga besar Alumni SHAH Pekan.

📆 14 November 2026
⏰ 8.00 malam
📍 ODEON KL
📌 Jalan Tuanku Abdul Rahman

Menampilkan persembahan khas Datuk Ramli Sarip bersama Badan Kesenian Tentera Darat.

Tempahan meja kini dibuka.
🔗 https://galashah2026.xyz/

Jumpa anda di ODEON KL.

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗟𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 ✨🌙“𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔”Sebuah malam istimewa untuk kita kembali berkumpul, be...
02/10/2026

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗟𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔
𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 ✨🌙

“𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔”

Sebuah malam istimewa untuk kita kembali berkumpul, bertemu sahabat lama dan bersama-sama menyumbang kepada keluarga besar Alumni SHAH Pekan.

📆 14 November 2026
⏰ 8.00 malam
📌 ODEON KL, Jln Tuanku Abdul Rahman

Menampilkan persembahan khas daripada
Datuk Ramli Sarip bersama Badan Kesenian Tentera Darat.

Terdapat tiga cara untuk anda bersama kami pada malam istimewa ini:

1️⃣ 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 & 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗝𝗔

Tempahan meja boleh dibuat melalui:
https://galashah2026.xyz

Selepas membuat tempahan, sila hubungi urusetia melalui WhatsApp, lengkapkan pembayaran melalui CHIP dan hantarkan bukti pembayaran untuk pengesahan tempahan.

2️⃣ 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗝𝗔

Kami turut mengalu-alukan syarikat dan organisasi yang ingin bersama-sama menjayakan Malam Gala Amal Diraja sebagai penaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej tajaan, sila hubungi:

• Dato’ Nor Azita (019-910 4245)
• Dato’ Muhamad Fairuz (019-932 6357)
• Abg Herman Syah (013-387 5999)
• Abg Ezhar Fahim (019-337 0282)

Urusan berkaitan surat rasmi, kertas kerja dan pembayaran akan dibantu oleh pihak urusetia.

3️⃣ 𝗛𝗨𝗟𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk hadir, anda masih boleh bersama-sama menyokong usaha kebajikan Alumni SHAH Pekan melalui sumbangan.

Sumbangan boleh dibuat di:
https://pay.chip-in.asia/sumbanganalumni

🤲🏼 Setiap kehadiran, tajaan dan sumbangan membawa makna yang besar dalam menjayakan malam ini.

Sebuah malam untuk kembali bertemu.
Sebuah malam untuk memberi makna.

Jumpa anda di ODEON KL, 14 November 2026.

Tahniah diucapkan kepada YH Dato' Mohd Farid bin Mohd Nor, Alumni Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (batch SPM ...
01/10/2026

Tahniah diucapkan kepada YH Dato' Mohd Farid bin Mohd Nor, Alumni Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (batch SPM 1998) atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

Alumni SHAH Pekan sangat berbangga dengan pencapaian ini yang mencerminkan jasa dan sumbangan besar YH Dato' kepada negeri Pahang.

Kejayaan ini turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Alumni SHAH Pekan untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

🏀 URGENT: PENCARIAN PEMAIN BASKETBALL ALUMNI SHAH PEKANAssalamualaikum dan salam sejahtera.Team Basketball Alumni SHAH P...
22/09/2026

🏀 URGENT: PENCARIAN PEMAIN BASKETBALL ALUMNI SHAH PEKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Team Basketball Alumni SHAH Pekan sedang mencari pemain berketinggian 175 cm ke atas, khususnya untuk posisi centre, bagi menyertai pasukan yang sedang bertanding dalam Tournament SBP.

Alumni yang berminat untuk join team atau WhatsApp group juga dialu-alukan, terutama yang masih aktif bermain basketball.

Boleh hubungi:

Saudara Hezal Othman (Team Manager)
📱 011-5555 8456

Sila perkenalkan diri dengan nama dan batch.

Mohon wakil setiap batch bantu sebarkan. Terima kasih.

Tahniah Pasukan Bahas SHAH Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
11/09/2026

Tahniah Pasukan Bahas SHAH Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan

Di sinilah segalanya bakal bermula.Sebuah detik untuk dikenang.ODEON KL14 November 2026
13/08/2026

Di sinilah segalanya bakal bermula.
Sebuah detik untuk dikenang.

ODEON KL
14 November 2026

Nantikan. Sebuah detik istimewa bakal tiba.
08/08/2026

Nantikan. Sebuah detik istimewa bakal tiba.

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mahadi Bahari (SPM Batch 2007), pensyarah kanan di Universiti Ma...
10/07/2026

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mahadi Bahari (SPM Batch 2007), pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas pengiktirafan sebagai antara 5% Saintis Terbaik Dunia dalam pangkalan data global SciRank 2025.

Pencapaian ini menjadi kebanggaan seluruh warga Alumni SHAH Pekan dan diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada generasi pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan untuk terus mengejar kecemerlangan.

Tahniah dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan di persada dunia.

SHAH Pekan Ulangi Kejayaan Cemerlang 18 tahun lalu di Bahas PPM SBP Kali Ke-51 2026Sekalung tahniah kepada Pasukan Bahas...
28/06/2026

SHAH Pekan Ulangi Kejayaan Cemerlang 18 tahun lalu di Bahas PPM SBP Kali Ke-51 2026

Sekalung tahniah kepada Pasukan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH Pekan) atas kejayaan mara ke peringkat Separuh Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Pusingan Akhir SBP Kali Ke-51 2026, yang berlangsung pada 22 hingga 25 Jun 2026 di SBPI Rawang.

Kejayaan ini meletakkan SHAH Pekan antara 4 sekolah terbaik SBP Malaysia dan mengulangi pencapaian 18 tahun lalu, apabila Pasukan Bahas SHAH kali terakhir mara ke peringkat Separuh Akhir pada tahun 2008.

Syabas kepada semua peserta, guru pengiring (Cikgu Hamad Karuding), jurulatih (Mohd Syukri), alumni, ibu bapa, Pihak Pentadbir SHAH, PIBG, Alumni SHAH Pekan serta semua pihak yang telah memberi sokongan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama SHAH Pekan pada edisi 2027, seterusnya mengulangi pencapaian mara ke peringkat akhir seperti pada edisi PPM 2005 dan 2006.

Seluruh warga Alumni SHAH Pekan dengan rasa dukacita merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Cikgu Syarifa...
30/05/2026

Seluruh warga Alumni SHAH Pekan dengan rasa dukacita merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Cikgu Syarifah Norulzalihan.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Seluruh warga Shah Pekan berduka. Dimaklumkan bahawa Cik Sharifah Norulzalihan Binti Syed Abdul Rahim yang bertugas sebagai Kaunselor Shah Pekan telah kembali ke Rahmatullah pada malam ini.

Justeru di malam yang penuh keberkatan pada hari Jumaat yang mulia, Mohon sedekahkan doa dan al-fatihah buat arwah, doakan roh arwah dicucuri Rahmat, InsyaAllah aaminn.

Address

Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SHAH Pekan - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alumni SHAH Pekan - Official:

Shortcuts

Share