RMS sweet bite

RMS sweet bite Home Made produk

25/01/2023

Resepi Kek Coklat Pisang Kayangan

Bahan A
150g pisang emas/berangan - dilecek halus bersama 1 sk esen creamy vanilla, biar seketika
2 biji telur gred B - whisk sebati
60ml buttermilk - 60ml susu segar + 1 sk cuka, biar 10 minit
115g Buttercup cair

Bahan B
170g tepung gandum*
40g serbuk koko*
1½ sk baking powder*
1 sk soda bikarbonat*
120g gula perang
Sedikit garam

Bahan C
60g coklat chips
Toppings:
30g kacang walnut (cincang)
30g Beryl's milk compound (cincang)
30g coklat chips

Cara2
1. Satukan bahan (A) & whisk hingga sebati, ketepikan.

2. Ayak bersama bahan (B) yang bertanda*, kemudian tambah gula + garam. Gaul sebati.

3. Masukkan adunan (A) tadi, kaup balik sebati dengan spatula.
Tambahkan bahan (C) & gaul lagi.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang 7x7 yang telah dilapik baking paper.

5. Tabur toppings secukupnya. Bakar pada suhu 160°c selama 45-50 minit (bergantung pada oven).

Selamat mencuba.

Sumber : Aida Zakaria

Resepi mudah dan sedap di t.me/MasakKeHariNi

25/01/2023

NOTA:

Resepi ini tidak guna bawang , tidak guna ayam.paling mudah dan modal rendah.Hanya perlu tumis REMPAH KARI DAGING sahaja dan tidak memerlukan isi ayam sebaliknya hanya guna KIUB AYAM MAGGI sahaja
( rempah kari tidak boleh ditukar kepada rempah ikan)

KUAH MEE KARI - resepi ini kuahnya untuk 2 bungkus kecil mee kuning. Kalau rajin @ nak special sikit makan dengan ayam goreng tepung

Saya buat kuah mee kari ni sangat mudah dan sengaja memudahkannya tapi rasanya sangat best…dialu alukan untuk mencubanya.. boleh buat jualan kepada siapa yang baru dok tengah fikir fikir nak jual apa ni? Modal sikit…

Yang ni boleh sangat sangat..tapi JANJI dengan saya yea..jangan jual mahal yea..sebab kesian kat orang..kita bantu ekonomi sesama kita..sebab modal sikit dan cara buatnya sangat mudah…

semua orang mampu buat dan boleh makan mee kari setiap hari kalau ikut resepi saya ni..kalau buat jualan satu mangkuk rm3 pun boleh.

Sengaja saya cipta resepi ini supaya semua mampu buat dan semua boleh makan sepuas puasnya malahan perbelanjaannya murah tapi sangat sangat sedap…yang malas pun akan jadi rajin sebab mudah dan sedap.
jangan bimbang pasti anda akan bertambah tambah dan akan selalu nak buat.
Anak anak pun akan dapat makan sepuas puasnya sebab ibu ibu selalu buat sebab mudah dan memudahkan…iklas dari saya idashahida- mencari pahala

CARA buat:

Resepi ini tidak guna bawang , tidak guna ayam.paling mudah dan modal rendah.Hanya perlu tumis REMPAH KARI DAGING sahaja dan tidak memerlukan isi ayam sebaliknya hanya guna KIUB AYAM MANGGI sahaja
( tidak boleh ditukar kepada rempah ikan)

Panaskan minyak 1 cawan dalam periuk
Masukkan 2 bungkus kecil serbuk kari DAGING dan 1 sudu besar serbuk cili
( saya guna rempah kari daging cap O dan serbuk cili Alagappa.tidak dibancuh dengan air.
NOTA: jangan guna rempah ikan

Gorenglah dalam 2 minit dengan api perlahan
Kemudian masukkan 5 cawan air . Masaklah sampai mendidih 3 kali
Kemudian masukkan 200 ml santan kental@ 1 kotak kecil santan ayam brand@ harmuni
Masukkan 3 ketul kiub ayam maggi
Gula 1 sudu besar
Garam tidak perlu sebab dah cukup masin
Masak lagi biarkan mendidih dengan api yang perlahan. Masak sampai kuah nampak kental maka ditutup api dapur.dah siap
Kena ditunggu dan sering dikacau sebab jangan sampai kuah mendidih dan melimpah keluar, sebab jika sudah begini jadinya maka kuah jadi tidak sedap lagi.
Nota:
Apabila kuah panas ia akan menjadi sedikit cair tapi bila kuah dah sejuk ia akan menjadi pekat, jadi elakkan maka mee curry dengan kuah yang sudah sejuk untuk rasa yang lebih sedap

Untuk penyediaan mee

Mee kuning ( tak perlu dicelur @ nak celur pun boleh janji kuah mestilah panas semasa nak makan barulah jadi sedap)
Bahan dicelur ialah:
Fish ball
Fish cake
Sayur sawi
Tauhu goreng

Sambal goreng
Bawang goreng
Telur rebus

Nota: jika malas…hanya guna telur rebus sahaja pun dah cukup sedap

RESEPI SAMBAL GORENG MEE KARI
IDASHAHIDA

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa mee curry ada sambalnya sendiri.
Letak sambal ke atas mee curry dan gaul sebatikan...sangat sedap tak terkata.

SAMBAL MEE KARI IDASHAHIDA
Sambal ini untuk siapa yang s**a pedas sahaja.tanpa sambal ni pun dah rasa sedap….

Resepi:
Bahan dikisar halus
Bawang merah 6
Bawang putih
Udang kering 1 sudu besar/ikan bilis 15 ekor

Panaskan secawan minyak dan tumis kesemuanya sampai garing.

Masukkan cili mesin 1 cawan. Kacau sampai pecah minyak.
Masukkan garam 1/2 sudu kecik.
Gula 4 sudu besar.
Belacan sikit (jika nak)
Ajinomoto/kiub ayam 1
Kacau sampai sebati. Kacau lagi sampai pecah minyak.
Biarkan dia didih... Masukkan santan pekat 1/3 cawan. Kacau pastu tutup api.

Jom follow telegram resepi best di
https://t.me/LimaMinitResepi

25/01/2023

AGAR-AGAR PANDAN

Bahan:

• 10gm agar-agar.
• 3 cawan santan pekat.
• 1 cawan air pandan.
• 2 cawan air.
• Setengah cawan gula. Gula tepulang jika nak manis boleh tambah.
• Sedikit garam.
• Sedikit perwarna hijau.

Caranya:

Masak agar-agar dengan 2 cawan air. Masak sampai hancur.

Bila dah hancur dah boleh tuang gula, air pandan, santan dan garam. Kacau sampai mendidih.

Bila dah mendidih tutup api, tapis tuang dalam acuan.

Jika nak kepala santan tak pecah lemak, masa kacau jangan tinggal. Kacau dengan api perlahan sampai mendidih.

Siap.

➖Masni Bahari.

Fambozen kenari Raya 2017
17/06/2017

Fambozen kenari Raya 2017



Selamat mensyukuri nikmat dipanjangkan usia....
27/10/2016

Selamat mensyukuri nikmat dipanjangkan usia....



Siap untuk temui peminatnya.....Happy Depavali....
24/10/2016

Siap untuk temui peminatnya.....Happy Depavali....



Open oder tuk raya haji.....    'ssouk
23/08/2016

Open oder tuk raya haji.....




'ssouk

Kek coklat comel-comel Siap untuk Teacher day esok.....
15/05/2016

Kek coklat comel-comel Siap untuk Teacher day esok.....


Kek buah untuk Teacher day......
15/05/2016

Kek buah untuk Teacher day......

Kek coklat moist n Kek buah moist....sedia menerima tempahan utk kenduri,birthday party Dan lain....boleh dijadikan seba...
10/05/2016

Kek coklat moist n Kek buah moist....sedia menerima tempahan utk kenduri,birthday party Dan lain....boleh dijadikan sebagai doorgift.....


Address

Taman Desa Mekar
Parit Buntar
34200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RMS sweet bite posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category