Mama Gee Homemade Cookies ORI.

Mama Gee Homemade Cookies ORI. Homemade Cookies.. Open For All Occasion, Festive Or None Festive.. Gebu, Crunchy, Cair Di Mulut...

19/02/2026

28/12/2025

27/12/2025

25/12/2025

Untuk semua sahabat ku, Muslimin dan Muslimah

💕Mama Gee Homemade Cookies ORI💕KUIH GETASBahan-bahan:2 cawan tepung pulut1/2 cawan tepung beras1 biji kelapa parutSecubi...
24/12/2025

💕Mama Gee Homemade Cookies ORI💕

KUIH GETAS

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1 biji kelapa parut
Secubit garam
1/2 cawan santan (untuk menguli, masukkan sedikit demi sedikit sehingga doh lembut dan tidak melekat)

Cara membuat:
1. Campurkan tepung pulut, tepung beras, kelapa parut dan garam di dalam satu bekas.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
3. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat kecil dan leperkan sedikit.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kuih sehingga keemasan.
5. Angkat dan toskan.

Bahan Sira:
1/2 cawan air
1/2 cawan gula

Cara membuat Sira:
1. Panaskan air di dalam kuali, kemudian masukkan gula.
2. Kacau dan biarkan sehingga gula menggelegak dan menjadi pekat.
3. Masukkan kuih getas yang telah digoreng tadi dan gaul cepat sehingga gula bersalut rata.
4. Perlu berhati-hati pada langkah ini kerana gula mudah mengeras jika terlalu lama dimasak.
5. Setelah siap, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba ☺️
Kredit Sumber: TQ Cornelia Agatha

💕Mama Gee Homemade Cookies ORI💕SUP AYAM TUMIS DARATBahan-bahan:½ ekor ayam (dipotong kecil)1-2 inci halia (diketuk)2-3 b...
24/12/2025

💕Mama Gee Homemade Cookies ORI💕

SUP AYAM TUMIS DARAT

Bahan-bahan:
½ ekor ayam (dipotong kecil)
1-2 inci halia (diketuk)
2-3 biji kentang (dipotong kiub)
1-2 batang carrot (dihiris)
1 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
½ sudu teh lada putih (ditumbuk)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun sup untuk hiasan.

Cara-cara memasak:
1. Rebus ayam bersama halia. Biarkan mendidih selama 10 minit. Selepas itu, kaup buih2 yang timbul di permukaan sup. Ini penting supaya sup tidak berbau hanyir.
2. Masukkan kentang dan carrot. Bila sayur sudah empuk, masukkan garam, serbuk perasa dan tomato.
3. Sementara itu, goreng bawang merah, bawang putih, 4 sekawan dan lada putih yang telah ditumbuk sehingga kekuningan dan sedikit garing. Lada putih ini memberi aroma yang luar biasa pada sup.
4. Tuang bahan tumisan yang telah digoreng ke atas sup bersama minyak tumisan. Taburkan daun sup, kacau perlahan dan sup sedia untuk dihidangkan.

TIPS:
1. Selain sedap, sup ini juga seimbang dari segi nutrisi. Ada protein daripada ayam, karbohidrat daripada kentang dan serat daripada lobak merah serta daun sup.
2. Ratah tanpa nasi pun dah cukup untuk makan tengah hari atau malam.

Selamat Mencuba ☺️
TQ, Kredit Sumber: Nor Farah Atika

💕 Ayam Masak Kicap Serai  💕- Small Kitchen Mama GeeKredit Sumber: Nur AmnaBahan-bahan:Ayam separuh ekor3 batang serai (d...
24/12/2025

💕 Ayam Masak Kicap Serai 💕
- Small Kitchen Mama Gee
Kredit Sumber: Nur Amna

Bahan-bahan:
Ayam separuh ekor
3 batang serai (diketuk)
2 sudu besar bawang besar (blend)
1 sudu besar bawang putih (blend)
1 sudu besar cili kering (blend)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji cili padi (dihiris)
1 biji tomato (dipotong 4)
2 sudu besar kicap lemak manis
Sos tiram secukupnya
Garam secukupnya (boleh dikecualikan jika kicap sudah masin)
Serbuk kunyit untuk menggoreng ayam

Cara-cara memasak:
1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan serai, tomato dan bahan2 yang telah di blend. Masukkan juga bawang bulat dan cili padi.
3. Tambahkan kicap manis dan sos tiram, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng separuh tadi. Gaul rata dan perasa kan mengikut citarasa.
4. Masak seketika sehingga ayam benar2 masak dan semua bahan sebati.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Dah siap untuk di makan dengan nasi panas 😊

Big thanks to Che Ros Shariffor all your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!
24/12/2025

Big thanks to Che Ros Sharif

for all your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!

Resipi kali ini memang sedap, Jom Masak☺️UDANG GORENG KAM HEONGBahan-bahan:Udang segar (dibersihkan)Garam secukup rasaSe...
23/12/2025

Resipi kali ini memang sedap, Jom Masak☺️

UDANG GORENG KAM HEONG

Bahan-bahan:
Udang segar (dibersihkan)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Bahan tumis (dicincang halus):

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili (ikut tahap kepedasan masing2)

Bahan perasa:
Sos cili
Sos tiram
Kicap manis
Serbuk kari ikan (lebih kurang 2 sudu)
Daun kari
Air secukupnya (jika mahu berkuah)

Cara-cara memasak:
1. Perap udang dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Gaul rata dan ketepikan seketika.
2. Goreng udang dalam minyak panas sehingga garing luar tetapi masih juicy di dalam. Angkat dan toskan.
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan serbuk kari ikan. Kacau rata dan masak sedikit lama.
5. Jika s**a berkuah, tambahkan sedikit air supaya tak terlalu kering.
6. Masukkan daun kari, kemudian udang goreng tadi. Gaul perlahan dan masak sekitar 5 minit saja.

TIPS:
Sebagai hidangan lauk utama, Kam Heong Udang memang serasi dimakan bersama nasi putih panas. Sekali cuba, besar kemungkinan ia akan jadi menu ulang2 di rumah.

Selamat mencuba!
Sumber: Hawa Mohd Amin

09/12/2025

Lepas Tour Sebelah Luar, Jom Kita Masuk Dalam HUITM p**a 😊 Cantik dan Selesa

07/12/2025

Jom Pekena Ubi Kayu Rebus + Kopi / Teh O Panas

Address

No. 589B, KAMPUNG MATANG KERIAN, BATU 17
Pantai Remis
34900

Telephone

+601155516131

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mama Gee Homemade Cookies ORI. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mama Gee Homemade Cookies ORI.:

Share