Ad'din Dessert:Anis moist cake COD Kuantan-Pekan

Ad'din Dessert:Anis moist cake COD Kuantan-Pekan Kepakaran kami adalah membekalkan anis choc moist cake yang terjamin sedap & berkualiti kepada semua peminat anis choc. moist cake di Kuantan & Pekan.

28/12/2016

Assalamualaikum...
Bagi peminat setia kek anis choc. Moist & kek adik anis...boleh dapatkan kek kegemaran anda di outlet2 berikut:
1) Wan sate house
2) Pasaraya pantai selamat kuantan
3) Cool station kuantan, terminal sentral
4) KMC serbanika
5) Pasar mini Along, mahkota aman
6) Stesen minyak Caltex, mahkota aman
7) Haji Herman mini market
8) Warung Pok su Mok su 1 & 2
9) Kiki mini market IM8
10) Kedai no.6 , TC
11) Pasaraya sinar kurnia, Sungai Karang
P/s: kalau kek habis, roger k....😉😉😉

Tq kak anis ♡ abg Junaidy Abu Bakar & kak iza Zaliza Binti Zakaria ♡ abg lan. Berkat ilmu dan tunjuk ajar sifu2 yg hebat...
21/02/2015

Tq kak anis ♡ abg Junaidy Abu Bakar & kak iza Zaliza Binti Zakaria ♡ abg lan. Berkat ilmu dan tunjuk ajar sifu2 yg hebat ni...moga kejayaan akan menjadi milik kami..aminn..

[ MUSIM ORANG NAIK PELAMIN ]Lamanya tak update page ni, penuh sarang labah-labah dah..hehehe..Promosi....promosi...Sempe...
15/09/2014

[ MUSIM ORANG NAIK PELAMIN ]

Lamanya tak update page ni, penuh sarang labah-labah dah..hehehe..

Promosi....promosi...
Sempena musim orang naik pelamin yang dah bermula ni, pihak Ad'Din Dessert ingin mengadakan promosi untuk tempahan Kek Anis Choc Moist Cake edisi super comel yang disediakan khas sebagai doorgift yang bakal menyerikan majlis anda dengan harga yang ISTIMEWA...dan yang pastinya bakal memberikan kegembiraan kepada bakal tetamu yang hadir.....

p/s: Hadiah misteri menanti pasangan pengantin yang bertuah......anda NAK..???

15/09/2014

[ KEK vs EKONOMI ]

Soalan: Adakah anda pakar ekonomi??
Jawapan: Tidak

Soalan: Adakah anda tahu tentang ekonomi??
Jawapan: Tidak

Soalan: Adakah anda pernah ambil tahu tentang ekonomi sebelum ini?
Jawapan: Tidak

Kita ni orang biasa-biasa, tidak pernah terlintas nak fikir tentang ekonomi dunia, jauh sekali nak buat analisa pasaran hari ini., untung atau rugi setiap hari....memang tak ambil tahu..

Istilah-istilah ekonomi??.. debit kreadit pun masih tertukar..heheh..(siapa setuju??)..

Tapi bila dah terlibat dengan Anis Choc Moist Cake ni, secara tidak langsung tetibe jer dah jadi penganalisa pasaran....percaya ke percaya..?? Mesti ramai rakan-rakan seperjuangan yang tanpa sedar sebenarnya dah jadi "terror" bab-bab menganalisa pasaran...setuju..??

Cuba test....sila jawab soalan dibawah:

Bila sale akan laju....? bila sale akan slow...? bila kena extra promosi....? Kenapa sale tempat ni slow...?? kenapa sale tempat ni tinggi...?? macam mana nak upsale..??

Confirm semua boleh jawabkan..kan..kan...

Kadang-kadang dah boleh jadi "Nujum pak belalang.." dah boleh jangka macam mana sale...terror kan...

Semua ni terjadi bukan sebab "membela", tetapi terjadi hasil dari pengalaman. Samaada pengalaman sendiri ataupun perkongsian pengalaman orang lain..(terutamanya family anis choc. moist cake)

So, jom ramai-ramai diluar sana, kita berkongsi pengalaman perniagaan masing-masing....dari pengalaman, barulah perniagaan kita menjadi lebih "dewasa".

**Salam isnin, semoga permulaan minggu ini memberikan kita rezeki yang menglimpah ruah..aminn..

AKTIVITI BULAN MEI 2014]Dulu malu..takut...sekarang macam dah "ketagih".....ketagih buka booth.....heheheheheh....dah ja...
23/05/2014

AKTIVITI BULAN MEI 2014]

Dulu malu..takut...sekarang macam dah "ketagih".....ketagih buka booth.....heheheheheh....dah jadi seronok pulak...
Yerlah kan, mau x seronok bila nampak sale ribu-ribu sehari....

Macam masa convo 2 hari lepas, beronok-ronok jumpa "direct" dengan customer, sembang-sembang... 2 hari jer, lepas untuk bayar installment D'max untuk bulan ni.... kui..kui....alhamdullilah....rezeki....

Apa yang penting, sentuhan bersama customer tu, masa ni lah nak cari "return customer" yang bagus. Bila hati pelanggan dah diberi sentuhan "kasih-sayang"....confirm akan terus melekat dengan kek "kasih sayang" kita.....walau dimana pun mereka berada.....(macam tag line pulak...)

Pengalaman buka "booth"..(betul ke eja tu) ni bermacam ragam, tapi yang penting, inilah masanya kita mengasah bakat untuk buat "upsale"...dari cari satu kek, last beli 4 kek....best kan..best kan....lagi best, lepas sejam datang beli lagi..........seronoknya....

Walaupun penat, tapi seronok....kita akan rasa puas bila customer gembira dengan kita & produk kita..

Bagi ahli keluarga ACMC yang masih belum berpeluang merasai pengalaman direct sale ni, cepat-cepat rebut peluang, tak perlu mula dengan aktiviti @ event yang besar-besar, cari yang biasa-biasa, jangka masa pendek & sewa pun tak mahal. Yang penting, kita kena tahu target customer kita untuk booth tu...

Summary aktiviti bulan ni:
1. Booth s**an tadika ikhtisas (3 jam) : sale RM6XX.00
- kadar sewa: s**a hati janji ikhlas + kek free
2. Booth s**an affan (3 jam) : sale RM 4XX.00
- kadar sewa: s**a hati janji ikhlas + kek free
3. Convo Poli (2 ari : 8-5pm) : sale RM2###.00
- kadar sewa: RM67.00 (share bertiga, business secara berjemaat lebih berkat)

**Database tadika seluruh kuantan dah lengkap ni, nak plan untuk convo tadika pulak lah pasni....heheheheh...sape nak joint???

**selamat bercuti di hujung minggu**

15/05/2014

[PERKONGSIAN--AGEN BARU BERJAYA BUAT SALE 300 BIJI DALAM MASA 10 HARI]

300 biji dalam 10 hari....pecaya ke pecaya..???
outlet 3 jer...tapi disebabkan "the power of relationship" yang tersangatlah baik antara agen ni dengan "tokey2" pasaraya utama di kawasannya, akhirnya kek anis berjaya dimasukkan ke pasaraya tersebut walaupun sebelum ni dah pernah ada dealer lain yang "propose" tempat tu....tu lah rezeki namanya...

dan yang bestnya, hari-hari pergi tengok kek & suruh anak die beli sebijik kek love & makan terus kat situ....waktu puncak pulak tu (balik sekolah)...& bila orang lain tengok, kan dah tau kek anis ader jual kat situ.....kecik-kecik dah pandai marketing....hasilnya, 2 hari dah kena tambah kek........good job...

[ FIKIR MASALAH SEBELUM MASALAH ITU WUJUD ]……baca dulu…..komen kemudian..Dulu, waktu zaman “kegelapan”, zaman tiada ment...
08/05/2014

[ FIKIR MASALAH SEBELUM MASALAH ITU WUJUD ]……baca dulu…..komen kemudian..

Dulu, waktu zaman “kegelapan”, zaman tiada mentor, tiada ELMU…klau nk buat ape-apa mesti slalu fikir, “ kalau tak jadi camne??”…”kalau jadi macam ni, camne???”…..tu jer lah yang slalu mula terlintas difikiran. Dalam situasi ape pun tetap sama. Itulah saya, orang lain no komen...

Nak dijadikan cerita, habis belajar dapat pulak kerja sebagai “Failure Mode & Effect Analysia” Engineer di sebuah kilang Jerman…banggalah sangat, Engineer tuuu…tapi nak tau tak sebenarnya ape kerja saya????......Skop kerja saya ialah “mencari masalah yang mungkin akan wujud pada produk sebelum masalah tu wujud & cari jalan penyelesaiannya”….aka bahasa mudahnya, kerja saya “cari masalah”…hebat..kan..kan…!! Masalah tak wujud pun lagi, tapi sibuk pergi fikirkan masalah tu, tak ke “bengong”. Seperti kata MENTOR, apa yang kita fikir tu DOA, dari tak wujud masalah tu, tapi disebabkan rajin sangat fikir malasah, so wujudlah malasah…..pastu mula lah lepak “main biola” dengan operator indon bila “stuck” tak jumpa penyelesaian.

Sekarang, bila dah berGURU, mula faham konsep “ apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa & apa yang kita buat, semuanya adalah DOA”….. Bila kita mula memahaminya & menghayatinya dalam kehidupan kita seharian, kita akan rasa lebih tenang sebenarnya dan hidup lebih positif.

Kalau waktu mula-mula business kek anis dulu, biasalah bila nampak ader kek rosak, hati risau, tertanya-tanya kenapa kek tak habis…why..?..why…?...pastu mulalah “tension”, biasalah saya budak baru belajar lagikan…pastu “next batch”, kek mesti ada rosak lagi (dah asyik fikir kek rosak jer)…bila direnung-renung kembali, en. Suami pesan kenapa nak fikir yang rosak, cuba fikir yang dah terjual...(positif sungguh en. Suami ku…TQ sayang….).

Sampai hari ni, tipulah klau saya kata tak de langsung kek yang rosak di outlet, setiap minggu ada jer, tapi kami tak pernah nak fikirpun, yang kami tahu kek yang rosak tu rezeki “Mr. Mick”, sebab tu tak habis, kalau tak kesian “Mr. Mick & family” lapar kek. So, bila kita tak fikir tentang masalah, sebenarnya takde masalah pun & kita akan “business” dengan “happynya”….bila kita melakukan sesuatu dengan gembira & ikhlas, insyallah rezeki akan gembira datang kepada kita. Allah swt dah memberikan kita ujian & kita berjaya mengatasinya maksudnya kita layak untuk mendapat lebih ladi dariNYA. Pecayalah.

So, lepas ni….jom sama-sama kita langcarkan kempen “SAY NO to FIKIR MASALAH ”…jom sama-sama kita fikir yang best-best jer contohnya 10000 biji kek habis terjual bulan MAY 2014….amin…..bestnya….visualize…visualize……

Salam SAYANG…
**Jangan lupa “ apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa & apa yang kita buat, semuanya adalah DOA”…..

05/05/2014

[MACAM MANA BOLEH TERJEBAK DENGAN ANIS CHOC. MOIST CAKE..???]

Ramai yang tanya soalan tu, so hari ni nak cerita sikit asal-usul boleh terjebak dengan anis choc. moist cake & kek & kek..., dah hampir 7 bulan pun.

Semuanya berpunca bila pergi kelas IMKK jun 2013. Sebelum tu, serius memang tak kenal, tak tahu & tak pernah rasa pun kek dalam bekas 'love' ni....serius tak tipu, x pecaya sudah....

Bila sesi sharing 'hot seat', Tn. CEO cite tentang kek anis ni....oooooo....baru tau, buat kek pun boleh jadi jutawan..memang kagum arr, tapi masa tu tak ambil apa-apa tindakanpun, sekadar tau jerr, rasa pun tak lagi. Tips "fast action, fast result" yang mentor ajar tak pandai lagi nak guna, orang baru belajor katekan.

Habis kursus, ku teruskan hidup cam biasa sambil pening-pening lalat fikir ngan en. suami business ape nak buat ni, kursus pergi dah, habis ribu-riban...tak kan nak dok diam jer. Mentor kate mulakan dengan produk orang...camne tu...nak jual ape????

Ntah macam mana, di satu petang yang hening...jeng..jeng..jeng..., hati boleh tergerak nak buka FB page anis choc. moist cake, kebetulan kak anis baru letak gambar senarai semua stokis mengikut negeri. Jumpa no. hp. kak zaliza, stokis kuantan & terus call. Tapi tak pergi lagi amik kek, hehehehhe.....sebab kebetulan dah nak masuk bulan ramadhan, bincang-bincang dengan en. suami kami putuskan lepas raya lah start amik kek.....(tangguh lagi...tak "fast action" sungguh).

Kalau tak silap bulan 10, 1st time pergi jumpa kak zaliza, stokis kuantan, daftar jadi dealer & amik kek anis 50 biji. Pesanan pertama kak iza, "jangan lupa bagi orang rasa, biar kek yang berbicara"...ok...dari 50 biji, separuh jadi tester niat sedekah...batch ke2, amik lagi 100 pcs kek anis, mula cari outlet & alhamdullilah sambutan sangat baik....hasilnya, bulan pertama rasanya kami dapat RM1k++, memang tak pecaya...outlet masa tu tak sampai 20 rasanya...

Kami jadi makin semangat bila dapat jumpa kak anis masa sesi sharing kat kuantan. ingat lagi masa tu baru ada 25 outlet. Pendapatan biasa-biasa. Tapi alhamdullilah, lepas lebih 6 bulan, KERANAMU anis choc moist cake, segalanya berubah....sale dah cecah 5 angka, maintain & terus meningkat...ALHAMDULLILAH....Hasilnya dah nampak walaupun kami masih business secara "part time" (insyallah pasni full time, doakan yer).

Terima kasih kak Anis Choc Moist Cake & tn.CEO, terima kasih kak zaliza zakaria & Abg Lan & terima kasih semua team ACMC. tanpa anda semua, mungkin kami masih "bermimpi".

Panjang pulak cerita sejarah ni. Moga ia mampu memberi sedikit semangat bagi sesiapa yang baru nak mula. "jangan fikir tentang macam mana nak mula, tapi fikir macam mana nak buat sampai habis". "try & adjust".

salam sayang..
**ceriakan kehidupan kita dengan selawat 1000x dan istifar 100x**

antara produk baru kami yang tengah meletop dipasaran, rainbow cheese cake & Done choc. cheese cake.....pengambilan agen...
23/04/2014

antara produk baru kami yang tengah meletop dipasaran, rainbow cheese cake & Done choc. cheese cake.....pengambilan agen dibuka sekarang, cepat-cepat rebut peluang ini....sama-sama kita letopkan pasaran pantai timur....

21/01/2014

[SWSWSWN]

Some want, some won't, so what??..next...

Itulah hakikat dlm business..tak semua orang s**a produk kita..dan tak semua orang tak s**a produk kita..." rejection" tu perkara lumrah, tak perlu nak sentap dengan " rejection", cuma perlu fikir tentang " penerimaan" barulah semangat utk teruskan lagi dan lagi dan lagi...

Hanya tindakan luar biasa mampu untuk menghasilkan keputusan yg luar biasa...insyallah...

Buah tangan untuk tengku puan pahang
05/01/2014

Buah tangan untuk tengku puan pahang

Address

Pahang Tua
26100

Telephone

0123790152

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ad'din Dessert:Anis moist cake COD Kuantan-Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share