Delicious Dessert

Delicious Dessert I am currently selling dessert which is cheesekut with varieties of topping. Thank you for your support.

Please visit my facebook and whatsapp me if you are interest to buy or have any question to ask.

Jom cuba cheesekut kami yang sedap ni, dah cuba sekali mesti nak lagi.Tempah cheesekut dengan kami sekarang. Hanya 6 rin...
31/12/2020

Jom cuba cheesekut kami yang sedap ni, dah cuba sekali mesti nak lagi.
Tempah cheesekut dengan kami sekarang. Hanya 6 ringgit untuk sebekas.

Cheesekut Milo
Cheesekut Oreo
Cheesekut Chipsmore
Cheesekut Chocolate Rice


Adakah Pencuci Mulut Baik Terhadap DietMenurut bakemag, kajian baru mendedahkan bahawa pelanggan mungkin tidak perlu ber...
30/12/2020

Adakah Pencuci Mulut Baik Terhadap Diet

Menurut bakemag, kajian baru mendedahkan bahawa pelanggan mungkin tidak perlu berasa bersalah untuk memakan potongan kek. Satu kajian baru oleh penyelidik di University of Arizona mendapati bahawa pengambilan pencuci mulut sebelum makan malam boleh memberi manfaat kepada diet.

Dalam satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Psychology: Applied, individu yang secara konsisten memilih makanan lebih sihat dan menggunakan kalori yang lebih sedikit apabila mereka mengambil pencuci mulut pada awal makan mereka.

Menurut pengarang kajian, Martin Reimann, jika memilih sesuatu yang sihat terlebih dahulu, maka ini memberi kami lesen untuk memilih sesuatu yang lebih besar pada kemudiannya. Jika anda menukarnya dan memilih sesuatu yang lebih berat pada awal, maka lesen ini sudah tamat tempoh.

Ini bermakna dengan memilih makanan kalori yang lebih besar pada awal makan, anda secara sedar memilih untuk membuat pilihan lebih sihat dengan pilihan makanan yang lain. Penyelidik dapat menentukan ini dengan meletakkan kek keju di kafeteria sebelum dan selepas hidangan utama pada hari yang berbeza.

Hasilnya, hampir 70 peratus orang yang terlebih dahulu memilih kek keju sebagai hidangan utama dan sampingan yang lebih sihat. Mereka terus makan kira-kira 250 kalori yang lebih sedikit sepanjang hidangan.

Walaupun kajian ini seolah-olah memberikan pencuci mulut beberapa kelonggaran, namun pakar memberi amaran mengenainya sebagai satu pilihan kekal sihat.

Sumber: https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/pemakanan/pencuci-mulut-adakah-ia-boleh-merosakkan-diet/?fbclid=IwAR1a4hzjK8U4atks9e-s7ma6Bw--Bfjv8FZwMQ24oTEAtf2pFt7Gtq0glqw

Jenis-jenis Pencuci MulutTerdapat banyak buku di pasaran menulis mengenai pencuci mulut, jadi ia sememangnya mungkin sud...
30/12/2020

Jenis-jenis Pencuci Mulut

Terdapat banyak buku di pasaran menulis mengenai pencuci mulut, jadi ia sememangnya mungkin sudah difahami. Subjenis hidagan enak ini dihidangkan secara berbeza, tekstur dan rasa, tetapi bagaimanapun ia berkongsi kualiti yang biasa iaitu kemanisan.

Berikut beberapa jenis pencuci mulut:

Kek

Kek bukan hanya untuk sambutan ulang tahun. Contoh kek termasuk kuih yang dibuat dengan putih telur, kuih sponge, kek tanpa tepung seperti sachertorte, kek coklat Jerman, kek pavlova yang dibuat dengan asas meringue, puding kek dan buah-buahan. Ia juga boleh termasuk hidangan tunggal sepeti kek cawan.

Coklat dan gula-gula

Coklat dan gula-gula melibatkan penghabluran gula. Saiz kristal gula menentukan tekstur gula-gula. Gula-gula keras mempunyai kristal gula yang besar dan tekstur yang renyah, tetapi fudge (pencuci mulut Inggeris yang biasanya daripada gula, susu, mentega dan coklat) mengandung gula kristal kecil, memberikan rasa yang halus. Pencuci mulut coklat dan gula-gula termasuk fudge, karamel, lollipop, taffy, marshmallow, fondant, pralines dan gula kapas (cotton candy).

Pastri

Kulit pastri yang sama yang sama digunakan untuk membuat pai digunakan untuk pencuci mulut lain seperti puffs krim, baklava, eclairs, pastri Denmark dan palmiers. Profiteroles terdiri daripada adunan tidak beragi dengan jumlah lemak yang tinggi. Semasa penyediaan, adunan pastri dikendalikan dengan ringan untuk memastikan pastri yang siap berekstur ringan dan berongga (airy).

Kastard dan puding

Kastard dan puding berkrim biasanya termasuk asas tenusu yang tenusu yang dipekatkan. Kepekatannya digunakan untuk menentukan sama ada ia adalah kastard atau puding. Secara amnya, kastard dimasak dan dipekatkan dengan telur. Crème brûlée and flan (pastri) adalah kedua-dua kastard bakar. Puding p**a dipekatkan dengan kanji. Dua jenis puding yang biasa adalah beras dan ubi. Variasi pada puding termasuk puding vegan dan puding segera.

Pencuci mulut sejuk beku

Tiada apa yang boleh menyegarkan dalam cuaca panas yang meletihkan seperti aiskrim. Aiskrim terdiri daripada krim yang perlahan-lahan dikacau untuk membekukannya secara konsisten berkrim. Gelato menggunakan asas susu bukan krim dan mempunyai kurang udara yang dicampur didalamnya berbanding aiskrim. Bagi kastard beku, ia menggunakan asas kuning telur yang dimasak. Selain itu, terdapat juga yang bebas susu seperti sorbet, yang mana diperbuat daripada puree buah. Yogurt beku menggunakan yogurt dan bukan asas krim yang lebih berat juga menjadikannya kalori yang lebih rendah.

Biskut (cookies)

Cookies berasal sebagai kek kecil. Nama cookies berasal daripada perkataan Belanda “koekje” yang bermaksud “kek kecil,” menurut laman web Nibble. Ia adalah satu sudu adunan kek yang dimasak untuk menguji suhu ketuhar sebelum ketuhar (oven) mempunyai termometer. Ia berbeza-beza mengikut saiz, bentuk dan tekstur, tetapi banyak variasi bahagian bahan asas seperti pemanis, telur, mentega dan tepung. Terdapat pelbagai cookies termasuk chocolate chip, sugar cookies, gingersnaps, tender shortbread, chewy oatmeal cookies, crispy meringues dan kek seperti bar cookies.

Pie

Bentuk pai yang paling sederhana melibatkan kerak dengan pengisian. Keraknya boleh berada di atas dan bawah atau hanya di bawah, yang diperbuat daripada pastri atau serbuk/hancuran biskut graham. Isi pie boleh termasuk kastard, puding, kacang dan buah-buahan. Chocolate cream pie, lemon meringue pie, shoo-fly pie, pecan pie, pai epal dan tat adalah beberapa variasi pai.

Sumber: https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/pemakanan/pencuci-mulut-adakah-ia-boleh-merosakkan-diet/?fbclid=IwAR1a4hzjK8U4atks9e-s7ma6Bw--Bfjv8FZwMQ24oTEAtf2pFt7Gtq0glqw

Cheesekut sebagai pencuci mulut.Cheesekut juga boleh dijadikan hidangan pencuci mulut kerana rasa cheesekut yang manis d...
30/12/2020

Cheesekut sebagai pencuci mulut.

Cheesekut juga boleh dijadikan hidangan pencuci mulut kerana rasa cheesekut yang manis dan cheesekut adalah hidangan ringan yang boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Pencuci mulut ini juga boleh dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda. Cheesekut juga dipilih sebagai hadiah atau cenderahati untuk diberi kepada rakan-rakan dan sedara-mara.

Jadi, jom tempah cheesekut dengan kami. Boleh pilih topping kegemaran anda. Hanya RM6 untuk sebekas.


Pencuci mulutPencuci mulut adalah bahagian terakhir makan, dan biasanya lazat. Setiap kali ke restoran mewah, mahupun ke...
28/12/2020

Pencuci mulut

Pencuci mulut adalah bahagian terakhir makan, dan biasanya lazat. Setiap kali ke restoran mewah, mahupun ke mana-mana acara, selain makanan utama anda pasti membayangkan hidangan terakhir iaitu pencuci mulut yang tidak mengecewakan. Seperti diketahui umum, pencuci mulut adalah makanan manis yang disajikan pada penghujung makan atau hidangan.

Makanan pencuci mulanya pada dasarnya adalah konsep Perancis. Orang Perancis pada tahun 1600-an, membahagi bahagian-bahagian makanan yang lazat dari bahagian masam dan tidak manis. Sehingga masakan Eropah telah mengikuti tradisi Rom yang tidak membuat perbezaan sedemikian. Masakan Cina dan beberapa masakan Timur Tengah masih tidak melakukan pembahagian itu. Oleh itu, terdapat hidangan “manis dan masam” yang terkenal dalam masakan Cina. Makanan Cina “secara asli” tidak mempunyai konsep kursus manis pada akhir makan.

Istilah “pencuci mulut” digunakan di Amerika, Australia, Kanada, Ireland dan Perancis. Di England, ada yang menganggap perkataan “pencuci mulut” menjadi kesat, dan sebaliknya memanggilnya “afters”, “sweet” atau “pudding”. Keutamaan kelas atasan adalah untuk “puding.” Tetapi mereka akan tetap memanggil sudu pencuci mulut. Walau bagaimanapun, dalam perniagaan makanan di England, pencuci mulut pastinya menjadi istilah yang digunakan oleh pemasar makanan dan sebagainya.

Pencuci mulut boleh dihidangkan pada suhu bilik, panas, sejuk atau beku. Ia biasanya makanan yang manis, tetapi kursus pencuci mulut boleh termasuk item yang tidak manis seperti keju atau kacang. Di Amerika, pencuci mulut tradisional adalah jeli, puding, pai, kek dan aiskrim. Jika keju dihidangkan, ia akan menjadi seperti kepingan cheddar di sisi pai epal.

Pencuci mulut biasanya dimakan sama ada menggunakan tangan, dengan garpu, atau dengan sudu. Terdapat makanan pencuci mulut yang boleh diminum dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Di Amerika Utara dan Britain, hidangan akhir ini secara tradisinya disertai dengan secawan kopi atau teh. Manakala di Itali atau Perancis, kopi jarang dihidangkan selepas makan bersama pencuci mulut.

Sumber: https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/pemakanan/pencuci-mulut-adakah-ia-boleh-merosakkan-diet/

Tempahan untuk cheesekut masih lagi dibuka, jangan lepaskan peluang untuk menikmati cheesekut kami yang sedap ni. Hanya ...
28/12/2020

Tempahan untuk cheesekut masih lagi dibuka, jangan lepaskan peluang untuk menikmati cheesekut kami yang sedap ni. Hanya 6 ringgit untuk sebekas dan anda boleh pilih topping yang menjadi pilihan anda.

Senarai topping:
Milo
Oreo
Chispmore
Chocolate rice

Hanya 6 ringgit sebekas dan tiada caj tambahan dikenakan.


Musim COVID-19 ni nak keluar rumah rasa takut jadi, kita berkelah di tepi rumah jer lah sambil makan cheesekut... Rasa l...
28/12/2020

Musim COVID-19 ni nak keluar rumah rasa takut jadi, kita berkelah di tepi rumah jer lah sambil makan cheesekut... Rasa lah jugak macam berkelah di tepi pantai😎 dan yang paling penting mesti kena ada cheesekut😍.

Tunggu apa lagi semua... Jom, tempah cheesekut dengan kami.

Kami membuka tempahan untuk hari ini dan jika berminat boleh terus hubungi kami melalui aplikasi whatsapp.


Cheesekut mudah dan sedap.Assalamualaikum. Cheesekut ni dessert @ pencuci mulut yang paling senang dan sedap untuk dibua...
27/12/2020

Cheesekut mudah dan sedap.

Assalamualaikum. Cheesekut ni dessert @ pencuci mulut yang paling senang dan sedap untuk dibuat dan dimakan. Hehe.. Resepi yang pernah jadi viral dulu. Siapa yang tak pernah rasa ni rugi la. Heh.. Nak buatnya senang sangat. Tak payah nak bakar-bakar. Cuma perlu mix cream cheese dan celup-celup biskut je. Yang tak ada mixer tu jangan risau. Nak mix guna blender pun boleh.

Untuk topping p**ak, boleh tambah @ tukar apa-apa topping kesukaan masing-masing. Nak tambah nestum ke oreo ke jem buah-buahan ke.. Letak hirisan buah segar pun sedap jugak macam strawberi ke kiwi ke.. So ada rasa masam-masam sikit. Tak muak sangat makan rasa cheese tu. Ikut la selera masing-masing ye. Biskut yang saya guna ni biskut kraker original. Dia lebih rangup berbanding biskut krim kraker. Atau pun boleh jugak ganti dengan biskut marie. Boleh la try n error kalau nak tau yang mana lebih sedap ok..

Sumber: Buat Orang Lapo
https://buatoranglapo.com/2017/03/15/cheesekut-mudah-dan-sedap/

Bagaimana untuk mengetahui Cream Cheese masih elok???Tidak terlihat bintik-bintik berwarna berwarna hijau, hitam atau ab...
26/12/2020

Bagaimana untuk mengetahui Cream Cheese masih elok???

Tidak terlihat bintik-bintik berwarna berwarna hijau, hitam atau abu-abu, yang menandakan telah tumbuh spora kulat.

Bahagian permukaan dan bahagian dalamnya masih berwarna memiliki tekstur yang sama.

Cream Cheese masih berbau normal, tidak tengik atau pun berbau terlalu masam.

Sumber: Tastilicious Bites
http://tastierich.blogspot.com/2014/12/cara-penyimpanan-creaam-cheese.html

Kalau anda nak tahu, cream cheese boleh digunakan untuk menu masakan lain selain daripada membuat  cheesekut. Berikut ka...
26/12/2020

Kalau anda nak tahu, cream cheese boleh digunakan untuk menu masakan lain selain daripada membuat cheesekut. Berikut kami akan kongsikan menu lain yang sesuai dimakan dengan cream cheese:

Blueberry cream cheese swirl bread
Korean cream cheese garlic bread
Hokaido chiffon filling cream cheese
Red velvet cream cheese bun
cranberry & cream cheese bun
Fruit & cream cheese passtries
Puff pastry cream cheese fruits tarts

Sumber: https://cookpad.com/my/search/krim%20cheese

24/12/2020

Anda boleh membuat krim cheese sendiri tanpa menggunakan krim cheese seperti tatura.

Resepi Cream Cheese

Bahan – bahan:
• 1 sb butter
• 1 cawan susu segar/susu cair/krim masakan (guna salah satu)
• 1 sk tepung gandum
• 1/3 cawan susu pekat
• 1 sk flavour cheese (penting!! ada jual di kedai bahan bakeri)
• 1 sb perahan lemon/limau nipis/cuka (guna salah satu dan sukatan ikut nak masam macam mana)
• Sedikit garam

Cara – cara memasak:
1. Cairkan butter. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan susu, susu pekat dan garam kacau hingga jadi pekat terus tutup api.
2. Masukkan perahan lemon dan esen cheese, kacau dan siap!

Sumber: SAJI.MY
https://saji.my/resepi-cream-cheese/

Jom beli cheesekut dengan kami... anda boleh makan cheesekut di rumah sambil tengok tv 🤩, makan cheesekut sambil siapkan...
24/12/2020

Jom beli cheesekut dengan kami... anda boleh makan cheesekut di rumah sambil tengok tv 🤩, makan cheesekut sambil siapkan assignment pun boleh 😘, sambil dengar lagu pun boleh 😌 sebab cheesekut kami ni boleh di makan pada bila-bila masa sahaja.😁

Jadi, tunggu apa lagi... jom tempah cheesekut dengan kami.🙂


Address

Mersing
86800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Delicious Dessert posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category