NC Choco's Homemade Bakery

NC Choco's Homemade Bakery LOKASI:BANDAR PUSAT JENGKA,PAHANG. Terms & condition:

1.Tempahan hendaklah dibuat seminggu sebelum tarikh penghantaran.Ini bagi tempahan dlm skala kecil.

Tempahan dlm skala besar hendaklah dibuat sebulan lebih awal.

2. Bayaran mestilah dilakukan sepenuhnya semasa tempahan dibuat.

3.Pembatalan tempahan pd saat akhir ada lah tidak dibenarkan sama sekali. Ini bermakna bayaran yg telah dibuat tidak akan dikembalikan.

4.Pelanggan menanggung sepenuhnya kos penghantaran. utk penghantaran menggunakan POSLAJU 500g ke bawah utk semenanjung (RM6), utk saba

h/sarawak (RM9)

5.Pihak kami tidak akan menanggung kerosakan yg berlaku semasa proses penghantaran.Oleh sebab itu kami akan memastikan barang yg di pos akan dibungkus dgn sebaik mungkin.

**Terima kasih kerana melanggan dgn NC CHOCO'S HOMEMADE BAKERY. Kami akan memastikan produk kami menepati citarasa anda..;)

**Pick up point di STESEN BAS SEMENTARA BANDAR PUSAT JENGKA

CHEESE CAKE UNBAKEDutk crust:200gm biskut marie100gm butter yg dicairkan*hancurkan biskut marie.gaulkan bersama butter y...
05/06/2013

CHEESE CAKE UNBAKED

utk crust:
200gm biskut marie
100gm butter yg dicairkan
*hancurkan biskut marie.gaulkan bersama butter yg telah dicairkan hingga menjadi spt serbuk roti.kemudian tuang ke dlm loyang spring foam.tekan hingga menjadi padat kemudian ketepikan.

utk adunan cheese:
2sdb gelatin
100ml air panas
250gm cream cheese
250ml whipping cream
*satukan gelatin & air panas.biarkan mengembang.pukul whipping cream hingga kental.ketepikan.putar cream cheese hingga lembut.masukkan whipping krim tadi & putar sebati.kemudian masukkan gelatin.kacau sebati.tuang adunan cheese ke dlm loyang yg ada crust td.masukkan dlm peti sejuk semalaman.bila da keras blh dihias ikut kreativiti masing2...

SELAMAT MENCUBA..;)

KEK COKLAT MOIST1cwn serbuk koko1cwn susu pekat1cwn gula1cwn susu cair1cwn minyak *campur semua bahan & gaul sebati dgn ...
05/06/2013

KEK COKLAT MOIST

1cwn serbuk koko
1cwn susu pekat
1cwn gula
1cwn susu cair
1cwn minyak
*campur semua bahan & gaul sebati dgn api perlahan.bila gula dah cair matikan api & sejukkan sebentar.

4bj telur
*pukul telur hingga kembang.masukkan adunan coklat yg dah sejuk tadi

1cwn tepung gandum
1sdt soda bikarbonat
1sdt baking powder
*ayak & masukkan dlm adunan sedikit demi sedikit.putar sebati.kukus dlm oyang 8 inci selama 45 minit.cucuk kek dgn lidi.jika masih melekat pada lidi tambahkan masa memasak...:)

SELAMAT MENCUBA... ;)

ok...kali ni NC nak kongsi resepi yg pling kebabommmm!!!!.....sbnrnya dr pemilik resepi ni la NC blajar wat kek dulu2..h...
05/06/2013

ok...kali ni NC nak kongsi resepi yg pling kebabommmm!!!!.....sbnrnya dr pemilik resepi ni la NC blajar wat kek dulu2..hihihi..yg ni pun copy paste je resepi dia sbb terlalu panjang..so u all yg nak cuba tu jgn malu2 yer....blh copy & paste jgk..;)


INDULGENT CAKE
Updated over a year ago ยท Taken at DAPUR KAKZU
CHOCLATE INDULGENT...

Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

TRIFFLElapisan pertama:-swiss roll @ biskut @ roti @ kek-air buahan koktel**susun swiss roll @ biskut @ roti @ kek di da...
05/06/2013

TRIFFLE

lapisan pertama:
-swiss roll @ biskut @ roti @ kek
-air buahan koktel
**susun swiss roll @ biskut @ roti @ kek di dasar bekas.susun rapat2.kemudian siram dgn air buahan koktel.siram sikit je.just nak bg basah.kemudian ketepikan sebentar.sediakan bhn utk lapisan kedua.

lapisan kedua:
-1 tin susu
-1 tin air
-7sdb gula
-4sdb tepung kastad yg di campur dgn 1/2 tin air.
**campur semua dan masak dgn api perlahan hingga ia meletup2.itu tandanya adunan da btl2 masak.kemudian tuang dia atas lapisan pertama.ketepikan & sediakan bhn utk lapisan ketiga.

lapisan ketiga
-buahan koktel
-1 paket serbuk agar2 (ikut s**a nak guna yg ada perisa @ clear)
**masak 1paket serbuk agar2 mengikut arahan yg tertulis di belakang.taburkan buah koktel di atas lapisan kedua.kemudian tuangkan agar2 yg sudah siap dimasak.masukkan ke dlm peti sejuk.bila da keras blh lah dinikmati bersama keluarga..:)

SELAMAT MENCUBA..;)

TIRAMITSU SIMPLE aka LAPIS CHEEZY250ml whipping cream*pukul kental...ketepikan sebentar250 ml cream cheese1/2 cwn gula h...
05/06/2013

TIRAMITSU SIMPLE aka LAPIS CHEEZY

250ml whipping cream
*pukul kental...ketepikan sebentar

250 ml cream cheese
1/2 cwn gula halus
*putar cream cheese hingga kembang.masukkan gula halus.putar sebati.

1cwn air panas
1sdb nescafe
2sdb gula
*campurkan semua & gaul sebati.

biskut marie secukupnya.boleh juga menggunakan biskut lain.ikut citarasa anda..:)

cara melapis:
*ambil biskut marie & letakkan di bahagian dasar.ambil sedikit air nescafe td & siram atas biskut marie.jgn terlalu byk.cukup sekadar basah permukaan shj.lepas tu letakkan adunan cheese.ulangi langkah yg sama mengikut paras yg dikehendaki.

p/s:jika tidak s**a perasa nescafe,air nescafe boleh digantikan dgn filling blueberry,strawberry,kiwi @ apa2 perasa yg dis**ai...

SELAMAT MENCUBA..;)

RAINBOW CAKE1cwn butter2 1/2 cwn gula castor*pukul butter & gula hingga putih5bj telur*masukkan telur sebji demi sebiji....
05/06/2013

RAINBOW CAKE

1cwn butter
2 1/2 cwn gula castor
*pukul butter & gula hingga putih

5bj telur
*masukkan telur sebji demi sebiji.putar kembang.

2sdt esen vanilla
*masukkan esen vanilla & putar sebati.

1 1/2 cwn susu segar
3cwn tepung gandum *diayak
4sdt baking powder *diayak
**masukkan tepung gandum berselang seli dgn susu segar.putar sebati & bahagikan adunan kpd 6 bahagian.

6 pewarna berlainan (ungu,biru,hijau,kuning,oren & merah)
*warnakan adunan mengikut warna pelangi. bakar selapis demi selapis. bakar dgn suhu 150 C selama 20 minit.

cara melapis:
*ambil sekeping kek bewarna merah..jadikan dasar kek.letakkan cream cheese frosting diatasnya. (resepi cream cheese frosting ada dlm album kek red velvet).
kemudian ratakan nipis.kemudian ambil lapisan kek seterusnya & ulangi langkah yg sama.sebaiknya susun kek mengikut warna pelangi.bila da siap blh lah melakukan proses melepa keseluruhan kek mengikut kreativiti masing2....

SELAMAT MENCUBA...;)

KEK RED VELVET250gm butter2 cwn gula castor*pukul kembang.5bj telur*masukkan telur sebiji demi sebiji.putar kembang.3cwn...
05/06/2013

KEK RED VELVET

250gm butter
2 cwn gula castor
*pukul kembang.

5bj telur
*masukkan telur sebiji demi sebiji.putar kembang.

3cwn tepung naik sendiri
3sdb serbuk koko
1sdt garam halus
1cwn buttermilk (1cwn susu segar campur dgn 2sdb cuka-biarkan 20 minit)
*ayak tepung,serbuk koko & garam halus.masukkan dlm adunan secara berselang seli dgn buttermilk.putar sebati.

1sdb soda bikarbonat
1sdb cuka
*campurkan & biarkan berbuih & masukkan ke dlm adunan semasa masih berbuih.putar sebati.

2sdb pewarna merah
*masukkan pewarna & putar sebati.kemudian masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah di gris minyak @ butter & tepung.bakar suhu 170 C selama 1 jam...cucuk dgn lidi utk periksa sama ada kek dah masak @ belum.jika belum tambahkan masa memasak....


CREAM CHEESE FROSTING

500gm cream cheese
240gm butter
240gm gula icing *diayak
*putar cream cheese & butter.putar sekejap shj.asalkan ia sebati.sbb klu putar lama ia akan jadi lembut & ssh utk dilepa pd kek.kemudian masukkan gula icing sedikit demi sedikit.putar hingga semua gula hancur.kemudian blh lah dilepa pada kek...

SELAMAT MENCUBA..;)

KEK BLACK FORESTutk kek:120gm gula castor100gm tepung gandum20gm serbuk koko4 bj telur10gm ovellette20gm air sejuk1sddt ...
05/06/2013

KEK BLACK FOREST

utk kek:

120gm gula castor
100gm tepung gandum
20gm serbuk koko
4 bj telur
10gm ovellette
20gm air sejuk
1sddt esen vanilla
20ml minyak jagung

*campur semua bahan kecuali minyak jagung.putar dgn kelajuan sederhana lebih kurang 15-20 minit.kemudian bolehlah masukkan minyak.masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah di gris.bakar pada suhu 150C lebih kurang 40 minit.jika masih blm masak tambahkan masa memasak.bila kek dah msk sejukkan.bila da sejuk potong kek menjadi 3 lapis.

250ml fresh cream (non dairy whipped topping)
filling blueberry secukupnya

*putar fresh cream hingga kental.ambil dasar kek & letakkan fresh cream.ratakan. letakkan filling blueberry & ratakan.ualngi langkah yg sama utk lapisan ke 2.tutup lapisan ke 2 dgn lapisan kek terakhir.kemudian bolehlah memulakan proses melepa keseluruhan kek mengikut kreativiti....

SELAMAT MENCUBA..;)

BUTTERCREAM 500gm cream well100gm butter250gm gula icing *diayak*putar cream well & butter hingga kembang.masukkan gula ...
05/06/2013

BUTTERCREAM

500gm cream well
100gm butter
250gm gula icing *diayak

*putar cream well & butter hingga kembang.masukkan gula icing & putar dgn kelajuan sederhana.putar lagi hingga gula betul2 hancur....jika nak gunakan pewarna anda blh letakkan warna kes**aan...dan boleh la dilepa pada kek...

SELAMAT MENCUBA..;)

APAM POLKA DOTBahan-bahan:220gm gula halus3bj telur1sdt ovellete150ml susu segar275gm tepung gandum3sdt baking powder1sd...
05/06/2013

APAM POLKA DOT

Bahan-bahan:
220gm gula halus
3bj telur
1sdt ovellete
150ml susu segar
275gm tepung gandum
3sdt baking powder
1sdt esen vanilla

Cara-cara:
-panaskan kukusan dgn api sederhana.
-pukul gula,telur & ovellete hingga btl2 kembang.
-masukkan susu segar & putar lg sampai adunn pekat.
-masukkan tepung bersama baking powder sedikit demi sedikit.
-masukkan esen vanilla.
-bahagi adunan kpd beberapa bahagian & warnakan mengikut warna yg dikehendaki.
-sudukan adunan ke dalam paper cup.
-buat corak dot2 dgn warna yg berlainan.
-kukus adunan lebih kurang 10 minit.
-siap dihidang...

***bagi u all yg s**a ltk inti blh la isi inti mengikut citarasa k...;)

KULIT TARTBahan-bahan:200gm butter100gm gula icing1bj telur + 1 bj kuning telur1sdt esen vanillaCara-cara:-pukul butter ...
05/06/2013

KULIT TART

Bahan-bahan:
200gm butter
100gm gula icing
1bj telur + 1 bj kuning telur
1sdt esen vanilla

Cara-cara:
-pukul butter & gula hingga kembang.
-masukkan telur & putar sebati.
-masukkan esen vanilla & tepung sedikit demi sedikit.
-uli adunan hingga x melekat di tepi mangkuk.
-panaskan oven suhu 150c.
-tekan adunan ke dalam acuan tart.
-bakar tart lebih kurang 15-20 minit.

CHEESE TARTutk resepi kulit tart sila refer album
05/06/2013

CHEESE TART

utk resepi kulit tart sila refer album

Address

BANDAR PUSAT JENGKA
Maran
26400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NC Choco's Homemade Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share