Sufieyana

Sufieyana Sufies fresyhs cookies
Follow me http://www.hrgroup2u.net/higoat

23/09/2022
20/08/2022

Resipi Kuih Keria s**atan cawan yang sangat mudah, sedap dan sangat sesuai cuba buat untuk hidangan keluarga.

Alhamdulillah❤️ siap dh apam gula hangus utk minum petang..belum ptg pun dh makan dulu.Nk buat mudah,bhn2 mudah.resepi p...
20/08/2022

Alhamdulillah❤️ siap dh apam gula hangus utk minum petang..belum ptg pun dh makan dulu.
Nk buat mudah,bhn2 mudah.resepi pun mudah.rasa pun sedap.

RESEPI APAM GULA HANGUS
https://t.me/MasakKeHariNi

Bhn-
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda
2 biji telur
2 sudu susu pekat manis
1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula -hanguskn dgn api perlahan kemudian, msukkn 1 cawan air panas.(berhati2 semasa menuangkan air pns tu)

Cara-
Bila air gula telah sejuk,
Satukan semua bhn2 di atas,kacau sebati guna whisk.tuang adunan dlm acuan.
Panas kan dulu air kukusan dan kukus selama 10 min (utk acuan kecil )
20 minit acuan besar atau sehingga masak.
Cucuk dgn lidi sate nk tau masak ke tidak lepas 20 min.siap

Gula-saya guna gula perang
Minyak-saya guna minyak jagung

Foto- Eniza M. Salim

RESEPI BOMBOLINIBahan bahan1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)2 sb gula1 sb yis1sb baking powde...
14/08/2022

RESEPI BOMBOLINI

Bahan bahan
1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)
2 sb gula
1 sb yis
1sb baking powder
2 cawan tepung gandum
1/2 sk garam
1 sk esen vanila
1 biji telur
2 sb mentega (sejuk)

Cara-cara
1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.

2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.

3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.

4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.

5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.

6. Setelah kembang, leperka. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.

7. Biarkan doh kembang seketika.

8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.

9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.

10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.

11. Bila donut dah suam boleh golek golekkan atas gula castor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu.

Siap 😋😋

Kredit : Nurah

Resepi Kek Santan Viralblh polah ng sedap.. lembut & kurang manis..tuk kmk sertakan resepi, anak2 s**a betul, klu berbuk...
11/08/2022

Resepi Kek Santan Viral

blh polah ng sedap.. lembut & kurang manis..tuk kmk sertakan resepi, anak2 s**a betul, klu berbuka licin satu loyang

BLEND :
4 biji telur
1 sudu besar ovellate
3 sudu besar susu pekat (asal 4 sudu)
1/2 cawan gula (asal 1 cawan)

Dah kembang, tuang dalam mangkuk.

CAMPUR YANG DAH DIBLEND TADI DENGAN:
1 sudu besar baking powder
2 cawan tepung gandum
1 kotak santan apa-apa brand (200ml)

Letak pewarna, ikut s**a.
Tuang dalam loyang saiz 8x8.
Lepas tu kukus selama 40 minit.

Sesuai sangat untuk sarapan or minum petang.
Selamat mencuba ya, kawan-kawan! 😄

Terima kasih untuk owner resepi. 😘



Kredit Resepi : aarillshah wonderglow

Penyaram saya. Disertakan dengan resepi.Bahan-Bahan:2 cawan tepung gandum1 cawan tepung beras1cawan gula apong1 1/2 cawa...
05/08/2022

Penyaram saya. Disertakan dengan resepi.

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1cawan gula apong
1 1/2 cawan @ 2 cawan air suam

cawan yang sama

Cara-cara:

1. Tpg gandum campur dgn tpg beras
2. Gula apong larutkan dengan air 1 1/2 cawan. 3. Tuang gula apong yang sudah dicampur air ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
4. Blend adunan sampai tidak berketul. (hand mixer, blender,whisk)
5. Tapis adunan. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sedang2.
6. Perap adunan semalam
7. Esoknya goreng.

Tips:

1. Guna kuali kecil
2. Kawal suhu api
3. Minyak untuk menggoreng jangan terlalu banyak.
4. Kacau semula adunan sebelum menggoreng supaya adunan sebati.

creadit : ween maureen

05/08/2022

Pau Goreng Inti Kacang Merah
************************************
📍Bahan-Bahan:

📍Bahan Pau:
250 gm tepung gandum
5 gm yis segera
20 gm shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gm gula halus
1 sdb susu tepung
110 gm air

📍Cara Membuat:

1. Untuk membuat kulit pau p**a, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.

2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 30 minit dlm breadmaker

3. Bentuk doh bulat2 setiap satu menjadi 40gm... Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.

4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.

5. Kemudian isikan intinya(inti tu saya beli dekat bakery)dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.

6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya. Goreng sehingga warna keperangan.

📸 FOTO DAN AIR TANGAN : Noor Baini Bakar

30/07/2022
Resepi apam susu gila lembut sedapBahan²4 bj telo gred A@B1 cwn gula1 sdt esen vanilla1 sdb ovelatte4 cwn susu pekat1½ c...
26/07/2022

Resepi apam susu gila lembut sedap

Bahan²

4 bj telo gred A@B
1 cwn gula
1 sdt esen vanilla
1 sdb ovelatte
4 cwn susu pekat
1½ cwn tepung gandum
Pewarna

Cara
Blend telo...susu..gula..esen...ovelatte sampai kembang (saya biasa blend 3 minit)
Masukkan dlm bekas n bubuh tepung
Gaul sebati n bahagikan kpd 2@3 bahagian dan ltk pewarna
Panaskan pengukus
Sapu majerin pada acuan dan masukkan adunan beselang warna mengikut citarasa
Kukus selama 40 minit
*** pastikan air betul2 mendidih n balut tutup periuk ngan kain...
Siapppp...

Kredit: Zueriati

Address

NO 374 LORONG DESA MAKMUR 11/3 TAMAN DESA MAKMUR
Lunas
09600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sufieyana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sufieyana:

Share