Snack Sunnah Pilihan Terbaik seisi keluarga

Snack Sunnah Pilihan Terbaik seisi keluarga snack sunnah pilihan terbaik untuk seisi keluarga.. katakan tidak kepada snack segera .. eyda 012-9896921

26/02/2019

Ketika orang yg kau s**a sakit, kau kata itu ujian.. Ketika orang yang kau benci sakit kau kata itu azab allah.. Ketika orang yang kau s**a kena musibah, kau kata sebab dia orang baik, ketika orang yang kau benci kena musibah kau kata kerana dia orang zalim.... Hati-hatilah jangan kau atur ketentuan tuhan berdasarkan hawa nafsu..

25/02/2019

HUKUM IBU MASUK BILIK ANAK LELAKI YANG DAH BERKAHWIN TANPA IZIN ANAK ATAU MENANTU PEREMPUANNYA

SUAMI JANGAN AMIK MUDOH MENDE GINI, -UAI-

SOALAN : Apakah hukum ibu masuk bilik anak lelaki yg dh berkahwin tanpa izin anak atau menantu perempuannya?

JAWAPAN UIA : Dia sebenornye ada hukum jugok. Jgn pakai modal syurga suami bwh mok, syurga isteri bwh suami. Klu gtu sapa ke tua bini tu seksa.

Uai ade jawab doh, klu bende yg mudaratkan isteri, masam muka dgn mok tua ke adik ipor ke kakok ipor ke abg ipor ke dan segala ipor yg ade tu suami haram kumpulkn isteri dlm umh tu.. dia wajib bwk isteri pindoh. Dlm bab kawen hati bini kena jaga jugkk. Kalu isteri dok bahagia sbb sikap keluarga suami kena pindoh. Nok nikoh kena bljor la mnde2 gni.. jgn sebab syurga suami bwh ibu dia, bini tu lokk seksa jiwa raga. Haram lah perbuatan gtu. Ade mnde kita tolok ansur, ade mnde dok leh. Jgn amik mudoh mnde gni.

JAWAPAN GROUP USRAH : Si anak kena bgtau mak. Sebab bilik ni privacy. Kalau btl mak dia bg guna bilik tu utk anak dan natu, jadi mak dia kena tahu jugak la adab. Bilik tido kan mmg privacy space.

Kalau mak dia kate umah aku ikut pandai aku la.

Maknanya si anak kena la pindah duk suku. Lagi pun anak anak yg dah berkahwin ni dokleh duk tinggal dgn mak ayah. Kena belajar hidup sendiri dah. Melainkan kalau mak ayah tu uzur. Anak anak duk skali sebab nak jaga mak ayah. Tu lain cite p**ak.

sebarkan walau hanya sepotong ayat..



31/12/2018

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut

30/12/2018

Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.

Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?

1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.

Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”

Tak tak.

Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan p**ak. No no 🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️

2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.

Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.

1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂
Selagi hang boleh ikut, ikut.

3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢

Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.

Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.

Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.

Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.

Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.

4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.

Kalau pasangan kita s**a sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.

Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :

•UJIAN
•TEGURAN
•BALA

Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.

Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.

Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.

Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.

Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.

Yang last p**ak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.

Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.

Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.

“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”

Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala ❤️

28/12/2018

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊.

19/09/2017

*_sekadar renungan_*
*_kita bersama_ .....*

😭😭😭😭😭😭😭
*SANGKAANKU*
*MELESET*


Aku sangka aku alim
warak solat saf depan
jadi orang masjid.
Istiqomah ibadah tapi
aku tak sedar anak anak
aku tak solat pun masa
aku solat..
*ALLAH HINA AKU...*

aku sangka akulah
orang yang paling
bagus siang malam
pergi masjid... tapi
bini/suami aku dok
mengumpat mengata
jaja cerita orang merata-
rata...
*ALLAH HINA AKU...*

aku sangka aku
hebat baca al-Quran
setiap hari.. khatam
tiap tiap bulan rupanya
anak pompuan aku dedah aurat slamber jaa..
belakang aku..
*ALLAH HINA AKU...*

aku sangka seronok
hari hari sedeqah... tapi
aku lupa ambik tau
sanak saudara aku
kesempitan dalam
hidup.. berhutang
meminjam merata-rata...
*ALLAH HINA AKU...*

😭😭 *"Ya ALLAH tutupilah*
*aibku,* *amankanlah ketakutanku, ampunilah kesalahanku.."* 😭😭

adakalanya kita tak
sedar yang *ALLAH HINA DIRI KITA* ..
dengan kekhilafan
isteri/suami kita, anak2
kita, saudara mara kita,
jiran tetangga kita
mahupun masyarakat
kita..
tanpa kita sedar..
melihat kejahilan orang
lain muhasabahlah...
jadikan ikhtibar buat diri
sendiri dan keluarga..
agar jadi pedoman
buat peringatan..
Sama samalah ingat...

Semoga Ada Manfaatnya

07/09/2017

'Abang ada tak duit seringgit? Sayang nak bersihkan rezeki abang'...

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa p**ang ke Negeri Kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajahnya yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak-gerinya dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.

"Abang, ada tak duit seringgit (RM1)?" soalnya.

"Ada. Nak buat apa sayang?" aku lihatnya makin kelu, tampak berkaca di ruangan kelopak matanya, tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.

"Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ini. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan hal diri sendiri.

"Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang," ujarnya perlahan.


"Kalau abang ada seringgit (RM1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang,"

Allah, sesungguhnya aku terkedu. Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa atau memang keadaan kita yang mendesak. Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha untuk tidak menyakiti hatinya.

Maafkan saya di atas perkongsian ini. Nampak ringkas, hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja, itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.

Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain, walaupun hanya seringgit.

06/09/2017

Ibu, jika anak-anakmu sering menyakiti hati mu, telitilah kembali ketaatan dirimu kepada suami mu. Boleh jadi anak-anak menyakiti hati mu kerana kau menyakiti hati suami mu.

Anak-anak, jika kehidupan mu sering terganggu, dan ada saja masalah yang melanda, teliti kembali ketaatan mu kepada ibu mu...kerana boleh jadi kederhakaan mu kepada ibu mu itulah penyebab hilang keharmonian dalam hidup mu.

Suami, jika kau sering disakiti oleh isteri mu maka muhasabahlah ketaatan mu kepada Allah, boleh jadi kederhakaan isteri mu terhadap mu disebabkan oleh kederhakaan mu kepada Allah.

Tegasnya, semua pihak perlu bermuhasabah.
Pahrol Mohamad Juoi

05/09/2017

Anak lelaki
Memang besar ujian mendidik mereka
Susah dengar kata
Tapi berbahaya jika mendidik mereka cara keras, bahasa sarkastik dan dengan pukulan.
Dia akan jadi seorang suami yang asyik memukul isterinya p**a.
Dia akan jadi seorang abang yang kasar dan memukul pada adik beradiknya p**a.
Dia akan jadi seorang bapa yang dijauhi anak-anaknya p**a masa depan.

Impaknya sungguh besar pada masa hadapan. Ketika harini, suami pukul isteri adalah budaya keluarga, yang mampu merubahnya adalah seorang ibu yang mendidik dengan kesabaran dan seorang isteri yang berdoa tanpa henti pada Allah untuk menyelamatkan keluarganya.
Kita mahu seorang isteri, ibu yang sesempurna seperti ummahatul Mukminin, tapi kita lupa suami mereka adalah baginda Nabi yang tidak pernah memukul ahli keluarganya dan banyak membantu urusan rumahtangga.

15/08/2017

Zaman dulu, *ibu bapa yang kurang berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan* melahirkan
🔹Doktor
🔹Jurutera
🔹 Saintis
🔹 Akauntan
🔹 Peguam
🔹 Arkitek
🔹 Profesor
yang dikategorikan sebagai *Group 'A'*.

Anak anak *Group 'A'* ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya.

Kebanyakan mereka
👉berkaki ayam ke sekolah
👉membantu ibu bapa di kebun
👉mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas)
👉membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
👉ada yang berniaga selepas waktu sekolah

Kini, Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak anak *Group B*.

Anak anak Group B adalah
🔹dimanjakan
🔹 dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
🔹dihantar ke sekolah sekolah mahal atau ke luar negara
🔹mereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
🔹 dilayan bagai raja dan permaisuri
🔹mereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
🔹Makanan dihidang untuk mereka
🔹Pinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ Bibik
🔹Mereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama
🔹Dan duit poket!
🔹Ibu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan

🤔 Sayangnya, cuma segelintir dari anak anak Group B ini yang boleh 'bertutur' atau 'menulis' dalam ertikata sebenar. 😏

🤔Ibu bapa Group 'A' mengambil berat tentang ibu bapa dan anak anak mereka.

TETAPI

Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an‼

🤔Anak anak ini s**ar untuk berdikari akibat terlalu banyak dimuakan dengan bantuan ibu bapa hatta ke tahap berfikir.

Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling.

Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.

😴 *Anda dalam Group mana*❓
🏮Kurangkan manjakan/ memberi bantuan yang kurang perlu pada anak anak.

🏮 Didik anak anak membesar dengan matang, bijak, yakin dan ada kekuatan kendiri.

🏮Didik anak anak hadapi kenyataan hidup dan menjadi insan bertanggungjawab.

Didik anak anak :-
👉agungkan kebesaran Allah
👉hormati diri sendiri dan orang lain
👉 bina keyakinan kendiri

Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita displinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG‼ Hidup jangan menyusahkan orang‼

Semoga kita semua dirahmatiNya.


14/08/2017

Rumahtangga memang akan berbahaya jika suami mengaibkan isteri apatah lagi awal-awal rumahtangga. Mudah mengadu emosi dan kesilapan isteri pada ibu bapa, pada kawan padahal suami itu juga ada banyak kelemahan yang dipendam isteri.

Berguru lah ilmu rumahtangga, baca buku banyak-banyak, baca bagaimana akhlak Nabi, baca bagaimana sikap para ulama salafussoleh yang mulia itu sendiri akan memberi berkah pada rumahtangga. Fatwa pun dah banyak bagaimana nak atasi konflik rumahtangga. Konflik rumahtangga perkara biasa, yang bezanya adakah kita MAHU bising sekampung dalam menghadapi konflik.

Sikap dan dosa sebelum nikah pun akan mempengaruhi Jalan rumahtangganya.
Dan sebelum aibkan pasangan, Cuba beriman baik - baik pada kalamullah, ini firman Allah sendiri 'lelaki baik untuk perempuan baik, perempuan baik untuk lelaki baik'.

Kalau beriman sungguh-sungguh, kita nak aibkan pasangan pun fikir 100kali sebab ia adalah CERMINAN DIRI SENDIRI. Tidak ada yang menghentikan sikap jaja keburukan pasangan melainkan MALU. Maruah pasangan adalah maruah diri kita.

Sepatutnya sebagai suami isteri bila berkonflik, berhadapan, luah terus terang dan semak adakah masalah itu melibatkan hak perlanggaran Allah Taala atau dosa. Jika salah seorang bersalah, minta maaf. Tutup cerita. Jumpa mak bapak sendiri, jumpa kawan, jangan buka cerita konflik itu walau SEDIKIT pun.

Sesungguhnya mulut telah banyak membinasakan hidup kita!

12/08/2017

Islam sangat memuliakan hak wanita begitu juga kaum janda.
Selepas bercerai, nafkah anak-anak adalah tanggungjawab bekas suaminya dan juga tanggungjawab datuk kepada budak tersebut walaupun hak jagaan diserahkan kepada ibu. Malah, agama memang mengutamakan anak dijaga ibu berbanding bapa.

Nafkah yer (KEPERLUAN PENUH sebagaimana dalam pernikahan) maksudnya keperluan kehidupan budak itu WAJIB ditanggung ayahnya dan datuknya sendiri dan jika tidak mampu, kena keluarga sebelah ayah tu p**a membantu menafkahi . Budaya kita beri nafkah anak mangsa cerai ni sekadar melepaskan batuk di tangga, melupakan tanggungjawab dengan anak.
Bezanya hubungan suami isteri terputus. Tu je.

Ini adalah termaktub hukum Allah dan mengikut Mazhab Iman Syafie. Seorang ayah dan datuk yang bertakwa tidak perlu tunggu perintah mahkamah untuk laksanakan tanggungjawab nafkah. Jangan ikut budaya manusia atas hak anak-anak, hak janda tapi bertakwalah sebagaimana Allah perintahkan.

Cukup perintah Allah. Dan perintah ini pasti akan dipersoal Allah kelak di akhirat.

Address

Limbang

Telephone

012-9896921

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Snack Sunnah Pilihan Terbaik seisi keluarga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category