12/01/2018
Apabila persoalan dan juga tekanan hidup tidak mampu dibendung oleh suara halus yg terngiang di dalam minda.
Di kala itu terputuslah sudah sebuah harapan, lalu tanpa sedar manusia sanggup untuk memutuskan nyawanya sendiri. Untuk apa hidup kalau sudah tidak bermakna lagi? Tidak sanggup lagi berdepan dengan segala ujian.
Sesungguhnya ujian hidup itu bukanlah terletak pada apa yg kita sedang hadapi, tetapi ujian kita ialah sejauh mana memahami bahawa apa pun yang terjadi mengandungi hikmah dari sang pencipta novel kita.
Ujian tentang kefahaman adalah soal ujian tentang sebuah kepercayaan dan pegangan. Bukankah hidup bermula dengan hayat yg diberikan oleh Allah?
Segala gerak dan diam adalah kudrat dan iradatNya...kita lupa bahawa kita sekadar hamba yg menurut perintahNya. Segalanya dari dia dan kembali balik kepadaNya. Merasai kesenangan diberikan Allah adalah nikmat. Merasai susah p**a adalah rahmat. Namun susah maupun senang adalah juga ujian darinya. Sewaktu berdepan dengan keadaan yang susah atau pun senang, kepada siapa kita iktikadkan kesenangan dan kesusahan yang kita lalui itu?
Jika asyik menyalahkan keadaan maka terperangkaplah kita dalam permainan duniawi. Tetapi kalau berani mengembalikan apa jua keadaan pada takluk Allah sudah tentu hatinya lapang serta tenang walaupun dalam keadaan susah mau pun senang.
Susah dan senang bukan lagi menjadi perkiraan tetapi menghayati rasa belaian kasih sayang Allah itulah yang utama. Merasai kewujudan mutlak Allah berdiri tegak di dalam diri sehingga terasalah getarannya ...itulah kemuncak dalam memahami bahawa kita hanya dilahirkan utk menjadi saksi kepada sang sakti jagad raya...
kalau bukan dia siapa lagi? Sabarlah dalam menempuh ujian hidup berupa persoalan tentang sebuah kefahaman..sebuah kepercayaan...sebuah pegangan...
di mana bumi dipijak di situ langit di junjung...tidak mungkin mampu kita berdiri tanpaNya..
faham itu kunci,
tindakan itu sinar
Credit to doc Ahmad Yusri