23/09/2019
RESEPI PUFF CHICKEN MUSHROOM*
Mari layan minum petang hari ini dengan hidangan pembuka selera puff chicken mushrooms. Sila cuba boleh puas makan satu keluarga.
Bahan-bahan :
• Puff pastry (jenama kawan),
• Lobak ½ batang*
• Sosej 3 batang*
• Isi ayam 1 ketul (bahagian dada)*
• Cendawan tin (guna separuh)*,
• Daun bawang (potong @ hiris),
• Susu segar 1 cawan (kalau tidak boleh ganti air biasa saja),
• Sup pekat campbell (guna separuh),
• Lada hitam 1 sudu kecil,
• Bawang putih 3 ulas (tumbuk).
Cara-cara :
1. Mula-mula potong dadu dan hiris bahan bertanda *.
2. Kemudian tumis bawang putih, lobak, sosej, ayam dan cendawan selama 4-5 minit.
3. Kemudian masukkan sup pekat dan susu segar. Kacau sebati.
4. Nanti jika sudah sebati biarkan sampai pekat.
5. Bila sudah pekat masukkan p**a lada hitam. Kacau lagi.
6. Ada 2 pilihan sama ada mahu kering atau basah. Bagi saya baik kering dan creamy senang mahu letak di atas puff nanti.
7. Akhir sekali bila sudah betul-betul pekat terus masukkan daun bawang, kacau terus dan tutup api.
8. Letak inti di atas puff (letak tengah-tengah supaya senang kelim nanti).
9. Lipat dan kelim tepi dia pakai garfu. Bahagian atas p**a lorek-lorek pakai pisau.
10. Jika sudah penuh loyang susun kemas-kemas sapukan kuning telur dan di atas itu taburkan oregano sebagai hiasan.
11. Panaskan oven dulu kemudian bakar pada suhu 160°C selama 20 minit.
12. Tunggu sejuk baru boleh dialihkan, kalau panas-panas dialihkan dikuatiri bahagian bawah melekat.
Nak lebih lagi resepi yg sedap2, bole klik link whatapp di bawah.
https://chat.whatsapp.com/CUa2wYxVNKj18fzf4IMi0k/groupsharerese