DKC Dapur Ummi

DKC Dapur Ummi hi assalamualaikum!! salam sayang dari ticer ummi

Resepi Mee Kari dengan sambal.KUAHBAHAN A (KISAR HALUS)Ikan bilis segenggam ( blend kering )Bawang merah 6 ulas sederhan...
02/01/2024

Resepi Mee Kari dengan sambal.

KUAH

BAHAN A (KISAR HALUS)

Ikan bilis segenggam ( blend kering )
Bawang merah 6 ulas sederhana
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Udang kering
2 batang serai
2 sudu serbuk cili

Bahan B ( tumis )

Rempas kari ikan & daging. Paket kecik
Bawang lawang
Kayu manis
Buah pelaga

Bahan C

Santan 2 kotak
1 kiub pati ayam
Kerang rebus
Isi ayam
Bebola ikan
Tauhu kering

Lain2 bahan ( celur )

Toge
Kacang panjang
Sawi

* Boleh ja tambah bahan lain kalau s**a 😬

Cara2 panaskan kuali tumis bahan2 B hingga naik bau masokkan isi ayam tgu masak sedikit masokkan bahan yg dikisar halus. Bancuh santan dengan 2 jug air agak2 nak pekat kurangkan sikit air. Lepas santan masokkan kerang rebus bebola ikan & tauhu kering , masokkan kiub pati ayam. Perasakan tgu mendidih tutup api.

SAMBAL UDANG.

10 tangkai cili kering
Udang kering segengam
Sedikit belacan
Bawang merah 2 bji kecik
Bawang putih 2 ulas
Air asam jawa
Gula melaka ikut selera

Cara2

Kisar semua bahan diatas kcuali gula melaka. Panaskn minyak masokkan bahan2 masak sehingga kering masokkan air asam. Last sekali baru perasakan dgn garam gula rasa dahulu sebelum tambah sbb udang dh masin & gula melaka dh manis πŸ˜… masak lama skit baru sedap sambal tu.

Selamat mencuba 😁

kredit: haura nur aisy

Popia & Tauhu SumbatBahan-bahan:* Kulit popia* Taugeh* Timun* LobakCara-cara:1. Ambil kulit popia dan letak sayur2 diata...
26/12/2023

Popia & Tauhu Sumbat

Bahan-bahan:
* Kulit popia
* Taugeh
* Timun
* Lobak

Cara-cara:
1. Ambil kulit popia dan letak sayur2 diatas
2. Gulungkan dan penghujung kulit nanti tacapkan dengan air sebagai gam kulit popia
3. Goreng, bila dah masak toskan minyak

Bahan Kuah:
* Cili kering, bawang putih, bawang besar (diblend)
* Sos cili
* Gula merah
* Gula pasir

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar
2. Bila cili dah agak masak, masukkan sedikit air, sos dan perasakan dengan garam, gula pasir dan gula merah. Pastikan secukup rasa.

Siap untuk dihidangkan

Nota: pesan arwah mak saya, lepas popia dah masak tegakkannya untuk toskan minyak supaya kekal ranggup bila dah sejuk. Boleh juga gunakan cara ini untuk buat Tauhu Sumbat

(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi - cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air Sungai Nil kpd Pemilik Resepi Amin. Mohon dihalal kan Resepi yg kami kongsi)

Resipi Roti Arab aka Roti Puri2 cwn tepung gandum3 sdb minyak masak/marjerin yg dicairkan1 sdb yis1 sdt gula1/2 sdt gara...
08/12/2023

Resipi Roti Arab aka Roti Puri

2 cwn tepung gandum
3 sdb minyak masak/marjerin yg dicairkan
1 sdb yis
1 sdt gula
1/2 sdt garam
1 cawan air panas

- Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm serbuk roti
- Masukkan air panas, uli smpi tak lekat ditangan & doh gebu
- Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong & rehatkan doh dlm 30min
- Leperkan doh. Goreng dlm minyak yang banyak & cukup panas. Api sederhana. Masa goreng curah minyak tanpa henti atas roti supaya roti kembung

Selamat mencuba 😊😊
Photos from Shahida Fariza

BURNT CHEESE CAKEkalau beli mahal. buat sendiri murah. kakak jual 7" rm35 🌼🌼ambik la resepi ni.Bahan-bahan :cream cheese...
30/11/2023

BURNT CHEESE CAKE

kalau beli mahal. buat sendiri murah. kakak jual 7" rm35 🌼🌼
ambik la resepi ni.

Bahan-bahan :
cream cheese 250gm
whipping cream 200ml
telur gred A 3 biji
essen vanilla 1 tsp
perahan lemon 1tsp
gula castor 1 cawan kecik
tepung gandum 2 sudu membukit

Cara-cara :
blend je semua sampai sebati.
bakar dlm oven suhu 200c 40 min api atas bawah lepastu tambah 10min api atas sahaja.
bakar airfryer suhu 170c 30min pastu suhu 200 10min.
sekian terima kasih 🌼🌼

Kredit : nor hidayu

KUAH ROJAK PEKAT LIKAT MEMIKAT 😁😁😁Bahan2...πŸ’š segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan d...
29/11/2023

KUAH ROJAK PEKAT LIKAT MEMIKAT 😁😁😁

Bahan2...
πŸ’š segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap ngan air panas yea dalam 5mnit je pas tu toskan)
πŸ’š Belacan(cikpooja guna belacan melaka dan cikpooja guna separuh dr dalam pic dibawah ye..rujuk pic)
πŸ’š 1cwn gula merah(bukan gula perang yea..)
πŸ’š 3cwn gula pasir
πŸ’š 1/2cwn kicap(kicap yg dok makan ngan nasi tu)
πŸ’š 5sb sos cili
πŸ’š 3sb tepung jagung(dibancuh dgn 1/2cwn air)
πŸ’š 2sb garam(bleh boh ckit2 kalau takut masin)
πŸ’š 2sb bijan
πŸ’š Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar

Cara2 masaknya....

πŸ‘‰ cili + belacan +secwn air diblande smpai halus(masukkan lam kuali)
πŸ‘‰ Gula merah dibancuh dgn secawan air dan ditapis(masukkan lam kuali)
πŸ‘‰ Masukkan gula pasir
πŸ‘‰ Masukkan kicap dan sos cili

πŸ‘‰ Masak dulu semua bahan2 td smpai mendidih...jaga2 sbb dia cepat meruap ..kang melimpah banjir plak dapo kome...selalu kacau2 kuah tu yea...
πŸ‘‰ Bila kuah dah mendidih... masukkan garam secukupnya.. supaya balance rasa dia...
πŸ‘‰ Pas tu masukkan air bancuhan tepung jagung td... kacau2 sebati...
πŸ‘‰Time nih mmg kene kacau selalu guna api slow yea.....
πŸ‘‰ Masak smpai kuahnya agak pekat...
πŸ‘‰ Barulah masukkan 2sb bijan dan 2sb kacang tanah yg di blande....kacang blande yg lebih tu bila time nak makan..baru ditabur lagi atas rojak na...
πŸ‘‰ Masak lagi smpai pekat hitam memikat...

Siap sudahhhh 😍...

Sekian ..

Kredit : cik pooja

*RESEPI PULUT INTI LEMAK MANIS* 🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼INTI KELAPA-½ biji kelapa inti-1 keping nisan kerek (Boleh ejas ikut manis...
28/11/2023

*RESEPI PULUT INTI LEMAK MANIS*
🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼🍁🌼

INTI KELAPA

-Β½ biji kelapa inti
-1 keping nisan kerek (Boleh ejas ikut manis masing2.
-2 sudu besar gula merah (Ni utk menaikkan seri warna inti)
-2 helai daun pandan
-1 cawan air
-Β½ sudu kecil garam

*Lebur je semua dlm kuali bukak api slow masak sampai sedikit kering.

Ketepikan.

PULUT

-3 pot beras pulut susu
-Santan cair
-Garam
-2 helai daun pandan

1) Basuh beras pulut pastu rendam dlm sejam pon takpe dah.
2) Bile pulut dh kembang, masukkan ke dalam loyang kemudian curahkan santan (santan tu tinggi sikit je dari aras beras pulut).
3) Masukkan garam & daun pandan. Kacau sebati.
4) Kukus dalam 15-20mnt.
5) Dah siap kukus, sejukkan.

Cara nak bungkus tu sama macam kita nak bungkus nasik lemak tu je. Cume kita guna daun pisang. Layur dulu daun pisang kejap.
Nak senang guna sarang lompang. Mula2 buh dulu inti kelapa kemudian tekan2 sikit bagi padat. Lepas tu buh pulak pulut tadi tekan2 bagi padat. Nanti telingkupkan sarang lompang tu atas daun pisang pastu bungkus mcm biasa.

Selamat mencuba 🌹

Kredit kpd empunya resepiπŸ’š

Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.Cuba lah, bau semerbak tak menahanRESEPI KEK OREN SEMPO...
24/11/2023

Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.

Cuba lah, bau semerbak tak menahan

RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA

1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam

Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan s**atan di atas.

Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor

Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.

Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.

Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.

Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang :)

Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.

Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍

Credit to Nieza Nor Hamira

Resepi Meatball Ala IkeaπŸ“Œ Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun yaπŸ“Œ Kentang Putar3 biji ubi kentang (kup...
18/09/2023

Resepi Meatball Ala Ikea

πŸ“Œ Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya
πŸ“Œ Kentang Putar
3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)
1 sudu besar butter
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu full krim
πŸ‘‰ Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.
πŸ‘‰ Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.
πŸ‘‰ Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.
πŸ“Œ Sos Gravy
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2ΒΉ/Β² cawan air
1 ketul kuib pati daging Knorr
1/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

πŸ‘‰ Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang
πŸ‘‰ Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.
πŸ‘‰ Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata
πŸ‘‰ Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.
Selamat Mencuba

Kredit: Nazri Ahmad

πŸ’œSARDIN HOMEMADE πŸ’œBAHAN-BAHAN:1 kilo ikan sardin4 biji bawang besar4 ulas bawang merah kecik4 ulas bawang putih1/2 inci ...
15/09/2023

πŸ’œSARDIN HOMEMADE πŸ’œ
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perap

CARA:
Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...

1. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
2. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
3. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...xyah banyak2 sangat...kacau sebati...masuk ikan
4. tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang.....tulang dah agak lembut
5. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...kaknon guna periuk ajaib tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...sedia di hidangkan

kredit:empunya resepi

Sambal Ayam PenyetBahan-bahan* 5 tangkai lada merah - potong* 20 tangkai cilipadi* 5 ulas bawang putih - hiris* 5 biji b...
09/09/2023

Sambal Ayam Penyet

Bahan-bahan

* 5 tangkai lada merah - potong
* 20 tangkai cilipadi
* 5 ulas bawang putih - hiris
* 5 biji bawang besar/10 biji bawang merah - hiris
* 5 biji tomato - potong 4
2 inci belacan
Ikan bilis - sikit je
Garam
Gula melaka
Minyak
Limau kasturi/limau nipis

Cara-cara

1. Bakar belacan dulu.
2. Masuk minyak 2-3 senduk dalam kuali. Goreng ikan bilis kejap, pastu masukkan sekali semua bahan bertanda * dan goreng sampai layu (termasuk belacan n ikan bilis td)
3. Blender tanpa air.
4. Masuk minyak sikit. Goreng balik semua sampai pecah minyak.
5. Masuk garam n gula merah (sy guna gula kabung).
6. Perah limau.

Siap! Sedap namatey weh

Dulu banyak kali buat tapi tak sedap. Sebabnya!
- goreng sekali je. Patut 2 step goreng.
- belacan terlampau banyak mcm buat sambal belacan, jadi tak sedap
- bawang putih banyak pun jd tak sedap.
- ikan bilis tak berapa garing
- garam dan gula melaka tak seimbang

Kredit Resepi : ana diana

RESEPI KUAH MEE HAILAM DAGINGBahan-bahan :2ulas bawang besar4ulas bawang putihsegemgam cili kering(di blender)1ulas b.me...
08/09/2023

RESEPI KUAH MEE HAILAM DAGING

Bahan-bahan :

2ulas bawang besar
4ulas bawang putih
segemgam cili kering(di blender)
1ulas b.merah dihiris
3ulas b.putih di ketuk2
Sawi,carot dan telur

Bahan-bahan :

Tumiskan bhn hirisan smpi naik bau dan bhn yg di blender,sesudu sos cili,sos tiram dan kicap pekat mudim tp blh jer pakai ikut kicap kegemaran masing2 ye..

bila kuah dah didih. masukkn daging dan sesudu lada hitam..mask sampi empuk..bila dah empuk letak pecahkan telur dlm 3,4 biji,

masukn sawi,carot sedikit bancuhan air tepung jagung tuk pekatkn sedikit kuah.. masa nk mkn blh la dihidang dgn mi atau ketiow dan taugeh serta cili padi potong ye..

selamat mencuba!

Kredit : Eddy Lela de Boom

"AIR BUNGA TELANG LEMON MADU"Cuaca panas petang ni..Apakata kita buat" Air Bunga Telang Lemon Madu " he3..Kak wati pun b...
05/09/2023

"AIR BUNGA TELANG LEMON MADU"

Cuaca panas petang ni..
Apakata kita buat" Air Bunga Telang Lemon Madu " he3..
Kak wati pun baru try buat air nie..campur Nata de Coco..hmm..boleh tahan rasanya..sedapp dan menyegarkan!
Mudah saje nk buat..😁

βœ…Bunga Telang
βœ…Lemon
βœ…Madu
βœ…Nata de Coco
βœ…Ketulan ais

Caranya :
Masak air dgn 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan. Kemudian sejukkan.
Masukkan dalam gelas , perah lemon sikit dan sedikit madu.
Hidangkan.
Manfaatkan apa yg kita tanam dan apa yang ada di sekeliling rumah kita.😊

Kredit : Wati Zali

Address

Taman Lembah Impiana
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DKC Dapur Ummi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category