Khairmah's kitchen

Khairmah's kitchen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Khairmah's kitchen, Bakery, BANDAR INDAHPURA, Kulai.

04/01/2023
01/11/2022
🌹  Ganache Cake.Salam Lebaran.🍰  Anda ingin menempah  untuk sebarang majlis keraian anda ?πŸ”–  Pastikan tempahan dibuat se...
16/05/2022

🌹 Ganache Cake.

Salam Lebaran.

🍰 Anda ingin menempah untuk sebarang majlis keraian anda ?

πŸ”– Pastikan tempahan dibuat sebaiknya 3-5 hari lebih awal bagi kami menyedia , menjamin kualiti kek terus kepada anda.

🎯. Buat masa ini kami menerima tempahan sekitar Senai Kulai Tenggara Sayong dan sekitarnya.

πŸ™‹πŸΌβ€β™€οΈπŸ™‹πŸ»Jangan lupa follow, like & share page kami https://www.facebook.com/Khairmahs-kitchen-112167647254768/

🌺   -Kek Lapis Biscoff Cheese-  πŸŒΊπŸ‘‰ Size  8 x 8 x 2πŸ“Œ 500gm Butter Golden Churn / Lurpak / AnchorπŸ‘‰ 40g Gula halus/gula isi...
12/04/2021

🌺 -Kek Lapis Biscoff Cheese- 🌺

πŸ‘‰ Size 8 x 8 x 2

πŸ“Œ 500gm Butter Golden Churn / Lurpak / Anchor

πŸ‘‰ 40g Gula halus/gula ising
πŸ‘‰ 40g Serbuk ais blend vanila
πŸ‘‰ 100g Tepung Susu (everyday or nespray)
πŸ‘‰ 250g Cream cheese tatura
πŸ‘‰ 320g Tepung Pau
πŸ‘‰ 350g Susu pekat
πŸ‘‰ 100g Spread biscoff
πŸ‘‰ 100g Seri Kaya
πŸ‘‰ Biskut Biscoff Secukupnya
(Kepingan dan Hancur)
πŸ‘‰ Telur Gred A 10 Biji.
πŸ‘‰ 1 Sudu Ovalate
πŸ‘‰ Emulco coklat dan Pewarna coklat.

πŸ“Œ Cara buat

🌺 Putar Butter + Ovalete + Gula + Serbuk ice vanila hingga kembang naik putih gebu.

🌷 Dah kembang masukkan p**a Cream Cheese putar hingga kembang dan sebati.

🌺 Masukan Kaya dan Spread Biscoff putar sebati..
🌷 Masukkan Susu pekat putar sebati..

🌺 Masukkan Telur satu-satu sehingga kembang dan sebati.

🌷 Masukkan Tepung Pau

πŸ“Œ Dah siap.

🌺 Timbang kesemua adunan tadi
Bahagikan dan ambik dalam 570g untuk dijadikan lapisan atas dan bawah..

🌷 570g tadi letak Emulco dan warna gelap sedikit dari adunan asal...

🌺 570g tu cukup utk 4 lapisan..
2 paling bawah
2 paling atas..

πŸ™‹πŸ»β€β™‚ Selebihnya letakkan Pewarna coklat bagi light-light.

🌷 Bakar lapisan pertama dan kedua macam gambar kek.

🌺 Selepas tu setiap lapisan taburkan ia dgn serbuk biscoff.
Buat sampai habis lapisan.

πŸ™‹πŸ»β€β™‚ Yang ada basic Kek Lapis, tahu cara bakar kan?

Tekan Link untuk Share & Like https://www.facebook.com/Khairmahs-kitchen-112167647254768/

Raya-raya boleh mencuba !

πŸ“Œ  -NASI AYAM-πŸ‘‰  Untuk 4 orang makan.BAHAN-BAHAN:πŸ‘‰ Bahan untuk ayam (direbus):1 ekor ayam dipotong 82 ulas bawang putih,...
25/10/2020

πŸ“Œ -NASI AYAM-

πŸ‘‰ Untuk 4 orang makan.

BAHAN-BAHAN:
πŸ‘‰ Bahan untuk ayam (direbus):
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

πŸ‘‰ Bahan untuk ayam (diperap):
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

πŸ‘‰ Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

πŸ‘‰ Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

πŸ‘‰ Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

πŸ‘‰ Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

πŸ™‹β€β™‚ Cara Penyediaan – AYAM:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

πŸ™‹β€β™‚ Cara untuk memasak nasi:
+ Basuh beras dan tos air.
+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

πŸ™‹β€β™‚ Cara untuk memasak sup:
+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

πŸ™‹β€β™‚ Cara untuk memasak sos:
+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)

πŸ‘‰ Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

🌷 TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Jangan lupa follow & like https://www.facebook.com/Khairmahs-kitchen-112167647254768/

Selamat mencuba !

Address

BANDAR INDAHPURA
Kulai
81400

Telephone

+60102388658

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairmah's kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category