Dayang Salhah Kek Lapis Fan Page

Dayang Salhah Kek Lapis Fan Page SELAMAT DATANG KE DAYANG SALHAH KEK LAPIS FAN PAGE

Dayang Salhah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermula tahun 1990 dengan menjual kuih tradisional dan kek lapis. Pada mulanya, beliau hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang terdiri daripada keluarganya sendiri sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan. Selepas sembilan tahun berkecimpung sebagai usahawan kek lapis dari rumah sendiri, Dayang Salhah akhirnya berjaya

m...enubuhkan sebuah syarikat milik dirinya sendiri iaitu ‘Dayang Salhah Enterprise’ pada 19 Mei 2006 untuk meluaskan perniagaannya dengan menumpukan kepada jualan kek lapis. Beliau mula mencipta resepi yang dinamakan Kek Lapis Sarawak yang mempunyai rasa dan jenis yang berbeza serta corak yang menarik dan pelbagai. Hari ini, ‘Dayang Salhah Enterprise’ mempunyai dua kilang yang terletak di Industries MARA(KIM) di Lot 1191 dan 1192, Blok 7, Estet Perindustrian Demak Laut di Jalan Bako Kuching dan di SMI Industrial Park, Demak Laut, Blok 8, Muara Tebas juga di Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching. Setakat ini, beliau mempunyai 160 pekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran, komitmen dan dedikasi yang tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka. Pusat pemasaran Kek Lapis Sarawak masih lagi beroperasi di NO 40, Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak 1997 iaitu terletak di tebingan sungai Sarawak berhadapan dengan Hotel Magherita yang merupakan kawasan yang dikenali sebagai ‘Segitiga Emas’ disebabkan kedudukan strategik untuk para pelancong. Keistimewaan kedai Kek Lapis Sarawak di Kampung Gersik ialah ia turut menyediakan layanan istimewa kepada semua pengunjung dengan sajian jamuan ringan dan merasa Kek Lapis Sarawak buatan Dayang Salhah sepuas-puasnya. Malah di kedainya, beliau menyediakan pameran dan jualan yang luas untuk para pengunjung memilih lebih 53 jenis kek lapis pelbagai corak dan rasa di mana beliau sentiasa menambah baik kualiti kek di samping memperbanyak jenisnya. Istimewanya lagi, kedai ini turut menyediakan dan membolehkan ‘Dapur Kek Lapis Sarawak‘ di Kampung Gersik yang boleh dilawati serta dilihat dengan mata sendiri oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui semua proses penghasilan kek lapis Sarawak. Hari ini, jenama beliau, Kek Lapis Dayang Salhah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan serta penggemar Kek Lapis Sarawak termasuk pelancong asing di negara-negara jiran seperti Brunei Darussalam, Filifina, Indonesia, dan Singapura.

22/10/2011

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya”

19/10/2011

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan s**a belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

17/10/2011

“Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku
hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

02/10/2011

Panduan menyimpan kek lapis:
~ bungkus dgn aluminium foil & simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila perlu untuk dipotong & dihidang aje.
~ kek yang 'rajin' keluar masuk peti sejuk (terdedah suhu lembab & sejuk), akan menyebabkan kek menjadi lebih cepat rosak.
~ Semasa menghidang kek lapis anda, sangat TIDAK digalakkan diletakkan bercampur. Kalau boleh, satu jenis kek untuk satu bekas.
~ Jika ingin memanaskan kek lapis anda, panaskan dalam microwave (bukan oven, sbb oven menyebabkan kek menjadi kering). kalau xde microwave, panaskan dalam periuk pengukus. kemudian sejukkan di bawah kipas. Hati2 dengan air wap

Lapis Cheese Walnut
14/09/2011

Lapis Cheese Walnut

09/08/2011

BERITA BAIK - TARIKH TUTUP TEMPAHAN DILANJUTKAN SEHINGGA 14 OGOS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sodap tu :)
07/08/2011

Sodap tu :)

Bakels butter yang digunakan Dayang Salhah adalah halal.
05/08/2011

Bakels butter yang digunakan Dayang Salhah adalah halal.

02/08/2011

KEK LAPIS PERISA BARU BAGI MENYAMBUT LEBARAN 2011

1. Nur Kasih - RM32
2. Cadbury Cheese - RM37
3. Strawberry Cheese - RM37

Semua harga sudah termasuk postage sekali.

Maaf belum ada gambar lagi :)

01/08/2011

PERHATIAN !!!
Disebabkan permintaan yg berlebihan, tarikh tutup tempahan ialah 10 Ogos. Jika anda mahu kek anda sampai sebelum raya, sila tempah sebelum tarikh tersebut. Pengambilan tempahan cuma akan kembali selepas raya. Harap maklum...

Dato' Siti Nurhalizah dgn Kek Lapis Dayang Salhah :)
01/08/2011

Dato' Siti Nurhalizah dgn Kek Lapis Dayang Salhah :)

31/07/2011

Assalamu'alaikum. Esok adalah permulaan Ramadhan bagi umat Islam di Malaysia. Semoga segala amalan dan ibadah menjadi lebih berkat di sisi Allah. "Selamat menjalini ibadah puasa"..Amin

Address

No 40 Kampong Gersik, Petra Jaya
Kuching
93350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dayang Salhah Kek Lapis Fan Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dayang Salhah Kek Lapis Fan Page:

Share