05/06/2015
“Betapa mengecewakan apabila engkau terbebas dari kesibukan, namun tidak juga menghadap kepadaNya. Dan apabila engkau sedang ada sedikit rintangan, tidak juga berganjak menujuNya.”
Alangkah ruginya, jika kita masih terus berada ditakuk lama, tidak punya rasa mahu berubah, tidak punya rasa mahu meningkatkan apa yang kurang, tidak punya rasa mahu perbaiki amal, iman. Rugi, Sangat rugi!
Berhijrahlah, dari yang buruk, kearah yang lebih baik.
Berhijrahlah, dari yang malas, kearah yang rajin.
Berhijrahlah, dari yang s**a membuang masa, kepada yang s**a penuhi masa dengan beribadah.
Berhijrahlah, dari yang toleh/tolehah, kepada yang soleh/solehah.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Quran 13:11)
Mari, kita menjadi Hamba yang diredhai, bukan yang tak kenang budi!
Semoga Allah Redha!
Wallahhu’alam.