Syazmi Foods Cake and buns

Syazmi Foods Cake and buns We have authentic taste with various foods cake and buns.

23/12/2023

Resepi kurma ayam/daging dr nasi sampai la lauk dan jelatah.
Bahan:
1 ekor ayam / 1 kg daging(ptng ikut s**a)
3 sudu besar rempah kurma
4 biji kentang(belah ikut s**a)
7/8 biji cili padi
8@10 biji tomato ceri
5 genggam bawang grng
1 sudu mkn kerisik
2 sudu mkn gula merah
5 sudu susu cair(utk perap)
1 cwn lg susu cair (utk bubuh kemudian)
Mesin 2biji bwng besar,4 ulas bwng putih n 1 inci halia
(Perap ayam/ daging dgn rempah,bwng grng,kerisik,gula merah,bhn mesin n susu cair..dlm 15 min)
Bahan tumis:
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
1 biji bwng besar-hiris nipis
3 ulas bwng putih-hiris
Cara:
Panaskn minyak..masukkn bhn tumis...stlh naik bau...tuangkn ayam/daging yg d perap td..masukkn air hingga ayam/ daging tenggelam...masukkn kntang..
Masukkn garam n perasa..klu ayam/ daging blm empuk..blh tmbhkn air sedikit lg...stlh agak pekat dan ayam/daging+kentang dah empuk..tuangkn lg 1 cwn susu cair
akhir skali masukkn cili padi dan tomato ceri.
--------
Nasi minyak kuning
--------
Bahan:
3 pot beras basmathi(basuh n toskan)
5 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
1 rempah sup bunjut
1 genggam kismis
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
Garam n peras
Cara:
Mesin bhn bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan minyak sapi n butter
Tumis kulit kayu manis,b.lawang n buah pelaga
Tumis bhn mesin n kismis
Masukkan garam,serbuk kunyit n perasa
Masukkn susu cair n rempah sup bunjut
Masukkan air dan beras
Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.
-------------
Jelatah timun + nenas
-------------
Bahan:
1 biji timun-(buang kulit,cakar dgn garfu..belah 2 dan hiris)
Suku biji nenas(hiris nipis)
1 biji bwng besar-belah 4 n hiris nipis
Cili masak n cili hijau-hiris
5 sudu mkn gula
Sedikit garam
3 sudu mkn cuka
Cara:
Campurkan semua bhn ke dlm mangkuk n gaul rata..balancekn rasa masam manisnya..

.
09/08/2022

.

Kadang-kadang kita macam terpinga kejap nak tukar s**atan cawan kepada s**atan lain. Simpan tips ni untuk masa depan.



Kredit: Iryss Ira

12/06/2022

Resepi Acar Buah

Bahan-bahan

4 biji limau nipis/kasturi jeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
20 biji cermai jeruk
5 biji mangga muda jeruk
1 cawan kismis
5 biji buah pala jeruk
1 mangkuk kecil halia jeruk
10 biji prune
250gm buah asam boi – warna merah
5 biji buah bidara jeruk
20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
sedikit bijan goreng
1/2 botol kecil cuka putih
2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
sedikit bijan goreng
5 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
1 cawan minyak untuk menumis

Cara penyediaan

1Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi.

2Kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

3Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka,bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah hingga pekat dan agak kering.

4Akhir sekali, masukkan bijan goreng.

5Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : biasenya acar ni tahanla utk 2 minggu….harap maklum

07/04/2022
25/12/2021

KUIH PENYARAM

BAHAN²:
~1 cawan gula
~4 cawan tepung gandum
~1 cawan tepung beras
~2 cawan gula apong
~3 cawan air suam
# pastikan guna cawan yg sama ye

CARA²:

🌼 Gaul tepung gandum n tepung beras terlebih dahulu. dan ketepikan.

🌼Gaul gula apong,gula pasir bersama air suam sampai sebati.

🌼Selepas itu masukkan adunan gula apong ke dlm tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan dah nmpak agak sedang2 cair.

🌼Tapiskan adunan tadi dan perap 2, 3 jam atau semalaman..(kalau perap semalaman lagi sedap rasanya)

🌼Gunakan minyak yg sedang2 cukup utk mnggoreng sebiji pnyaram ya.

Selamat mencuba.
Kredit : Margaret Allen.

02/06/2019

Aneka resipi kek mentega yang sedap, mudah dan tahan lama yang sesuai dibuat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Jom cuba.

Address

Kuantan
26060

Telephone

0199101804

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syazmi Foods Cake and buns posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category