26/07/2026
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah SWT🤲
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Hakimah Bakery amat berbesar hati dan berbangga kerana telah menerima Anugerah Aspirasi Inovasi Agro Makanan sempena MAHA Pahang 2026 yang berlangsung di Dataran Raub, Pahang.
Insya-Allah, anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk kami terus berinovasi, meningkatkan mutu produk serta menyumbang kepada pembangunan industri agro makanan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, panel penilai dan semua yang sentiasa menyokong perjalanan Hakimah Bakery. Semoga setiap usaha ini menjadi asbab keberkatan dan manfaat kepada masyarakat.
"Anugerah ini bukan penamat sebuah kejayaan, tetapi permulaan kepada amanah yang lebih besar untuk terus berinovasi dan memberi yang terbaik."
Terima kasih atas doa dan sokongan semua. ❤️