27/01/2023
Baru2 ni kecoh kat tiktok, pekerja Zus Coffee kena herdik dengan customer sebab takde espresso cawan besar
Peminat kopi pastinya tahu dan kenal dengan Espresso. Espresso adalah salah satu daripada menu kopi yang pop**ar dalam dunia kopi selain daripada Mocha, Latte, Tiramisu dan lain-lain. Apa yang membezakan di antara setiap menu kopi ini adalah bancuhan, teknik dan sukatan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kopi tersebut.
Espresso boleh dikatakan adalah menu dan varian kopi yang paling asli untuk dinikmati oleh penggemar kopi. Ia dibuat menggunakan teknik khas yang pertama kali direka di Itali. Kopi Espresso menggunakan biji kopi yang dikisar sangat halus dengan hanya sedikit air sahaja ditambah. Untuk menghasilkan secawan kecil Espresso ini p**a, kisaran halus biji kopi akan ditekan melalui tekanan sehingga 9-10 bar.
Walaupun kecil, jangan pandang rendah pada kopi ini. Kandungan kopi dalam secawan kecil Espresso boleh jadi 2-3 kali ganda kepekatan berbanding dengan segelas besar kopi Latte ataupun Mocha. Buat yang baru berjinak-jinak dalam dunia kopi ataupun yang tidak menggemari kopi, saya nasihatkan jangan terus mencuba Espresso. Mulakan dengan kopi yang ringan dahulu seperti Americano dan Latte.
Kandungan kafein dalam secawan kecil Espresso ini bukan calang-calang. Pesakit jantung dilarang minum Espresso kerana bimbang risiko serangan jantung. Malahan, bagi mereka yang tidak menggemari kopi juga dinasihatkan tidak meminum Espresso kerana banyak kes peminum terpaksa dikejarkan ke jabatan kecemasan kerana mengalami masalah degupan jantung yang terlalu laju. Jika ada orang marah-marah mahukan Espresso dalam cawan besar, saya boleh bayarkan. Nak satu jag pun boleh. Tapi saya nak tengok dia habiskan dengan sekali hadap. 😂 Boleh ke bulan jawabnya 😆
Espresso paling enak dinikmati ketika baru dibru. Ketika ia masih panas, anda dikehendaki menghirup sedikit demi sedikit kopi ini. Ada juga orang berikan tips supaya hirup dari celah gigi untuk lebih 'kick' tapi sebenarnya tidak kisah sangat juga asalkan hirup di mulut, bukan di hidung. 😂
Apa pun, pastikan anda mengenal dahulu apa yang anda ingin makan atau minum. Jangan p**a nanti sampai cawan kecil, anda marahkan barista p**a. Kopi dalam cawan kecil tak bermakna ia 'sikit'. Ramai perempuan bertudung dalam kedai tak bermakna menunya halal.
-M.Wongso
Ps: orang minum kopi, hang pun sibuk nak minum kopi 😬