27/02/2026
ุงูููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู
ููุนูููู ุขูู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู๐
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ๐
Apa khabar semua. Moga sihat walafiat hendaknya. Terlebih dahulu MIN mohon maaf kerana sudah terlalu lama tak update perkembangan Baulu Kampung KunyaKunya. Apapun walau sudah lama MIN tak update, alhamdulillah syukur kami masih beroperasi seperti biasa di premis Mara Pekan Tanjong Karang, Selangor.
Ini gambar terbaru di dalam Kedai Baulu Kampung KunyaKunya. Untuk pengetahuan semua di premis ini 80% aktiviti kami ialah membuat atau mengeluarkan produk baulu kampung, baulu berinti, baulu gulung, aneka kek seperti kek mentega (marble), kek pisang, kek batik, brownies, cheese tart, kuih kapit dan kuih sejuk beku seperti karipap dan cucur badak. Manakala 20% lagi aktiviti kami ialah membuat jualan produk-produk hasil keluaran kami.
Kami juga menerima tempahan goodies untuk sebarang majlis. Juga menerima tempahan kek dan brownies untuk majlis perkahwinan, majlis berkhatan, doa selamat dan lain-lain. Di samping itu kami juga menerima tempahan hamper dengan harga serendah RM50 sahaja.
Untuk pengetahuan semua juga, alhamdulillah syukur, pada bulan Januari 2026 syarikat kami telah menerima persijilan halal Jakim untuk kesemua produk keluaran kami.
MIN mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus menyokong kami. Semoga kebaikan kalian semua Allah SWT gantikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Amiin Ya Allah Ya Mujib.
Terima Kasih semua. Nanti MIN akan update lagi ya.
Selamat Berpuasa โบ๏ธ