24/06/2018
ZINA ISI RUMAH - BOLEHKAH KITA HANYA SEKADAR BERSERAH DAN 'BERHARAP' LAGI?
Apa yang dipaparkan di printscreen dan artikel yang dirujuk oleh pembaca ini hanyalah secebis dari begitu banyak 'amalan jahiliyah' masyarakat kita. Berdasarkan rujukan dan hasil kajian RPWP, apa yang diungkap dalam artikel ini memang sah berlaku.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2091306231124155&set=a.1381021475485971.1073741827.100007343949659
Lebih menyedihkan apabila adegan 'jimak' mereka dirakam dan disiarkan begitu banyak sekali di Tumblr, juga dikongsikan sesama mereka dalam group tertutup pelbagai media sosial.
Tidak kurang yang berkongsi mangsa dengan 'menyenaraikan' begitu banyak nombor telefon sepupu, saudara mara serta gadis gersang yang pernah mereka tiduri. Akibat ketagihan seks, para gadis ini sanggup menyerahkan tubuh mereka kepada sesiapa sahaja.
Gejala sumbang mahram, zina keluarga sesama isirumah yang berlaku sepanjang tahun pun sudah tidak sanggup kita nak dengar. Begitu ramai anak gadis yang menjadi mangsa kerakusan nafsu ayah kandung, ayah tiri, atuk, abang kandung dan abang tiri, bapa saudara dan sebagainya.
Sebahagian dari mangsa ini akhirnya ada yang diserahkan kepada RPWP dan pusat pemulihan akhlak yang lain. Mereka mengalami tekanan hidup yang gangguan emosi yang tidak terperi. Sebahagiannya malah mengalami masalah ketagihan seks yang menakutkan sekali.
FENOMENA 'JIMAK RAYA'
Walaupun gejala ini sudah terjadi sejak sekian lama, namun ia seperti satu fenomena baru diketahui oleh mereka yang kurang mengkaji atau kurang perduli.
Pergumpalan sesama keluarga setahun sekali ini menjadi acara yang sangat dinanti-nanti. Inilah waktu untuk mereka mengulangi perzinaan sesama sendiri yang pernah mereka lalui berkali-kali apabila sahaja ada peluang.
Paparan yang ini merujuk kepada pasangan sepupu. Ada p**a kalangan adik ipar yang mengakui tidak sabar menunggu saat hari raya untuk 'menikmati zina' bersama suami kakaknya. Sama sahaja alasannya, mulanya hanya sekadar suka-suka dan ingin mencuba, namun lama kelamaan menjadi seronok dan ketagih p**a.
Untuk makluman semua, khususnya para ibubapa dan ketua keluarga, gejala ini bukan sahaja berlaku di pagi raya. Sebenarnya ia sudah bermula sebaik sahaja keluarga berkumpul di hujung Ramadhan sebelum raya.
Seorang sukarelawan ada menceritakan pengalamannya, iaitu kisah pasangan sepupu yang datang ke kedainya di siang hari di bulan puasa. Mereka dengan bebas dan tanpa segan silu bercakap-cakap panjang lebar mengulas adegan zina yang baru lepas mereka lalui di rumah atuk mereka. Sambil duduk bersentuhan tubuh, sijantan membelek-belek leher sepupunya yang dipenuhi dengan 'love bites'.
Begitu banyak adegan lucah secara beramai-ramai yang berjam-jam lamanya terakam oleh cctv infrared RPWP. Ia dilakukan dengan bebas dan terbuka di dalam gelap sesama 'sepupu' dan jiran tetangga remaja ini di hadapan rumah sendiri di malam hari di bulan Ramadhan.
Malang sekali apabila masyarakat seperti sudah tidak lagi ambil peduli dan berlepas tangan untuk menangani masalah gejala yang sudah berakar umbi ini.
KESIMPULAN
Jangan kita terus berpeluk tubuh dan berserah sahaja. Jangan lagi bersikap terlalu liberal dan mudah percaya. Jangan terlalu bersikap terbuka terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan, sekalipun di kalangan keluarga dan saudara mara.
Kita harus bangkit bertindak mencari dan menggali kaedah mengawal dan mencegah gejala ini melalui petunjuk dari Yang Maha Pencipta sendiri. Itu sahaja kaedah yang mampu membunuh punca gejala ini dari akar umbi.
Itulah sistem pendidikan dan asuhan akhlak berteraskan syariat agama yang sebenar-benarnya. Harus kita mulakan yang betul sejak mula.
Sesungguhnya kita sudah tidak boleh lagi sekadar duduk mengharap sahaja kerana telah Allah tetapkan yang nasib tidak akan berubah selagi kita tidak berusaha untuk mengubahnya. Allah hanya beri kita PETUNJUK bagaimana untuk kita bertindak bagi mengubah nasib kita.
SESUNGGUHNYA ZINA BENAR-BENAR MEMUSNAHKAN GENERASI.
"Allahumma Salaamatan fiddien..."
WARGA PRIHATIN
with,
Warga Rpwp