13/12/2021
Kebanyakan orang yang cuba untuk membuat biskut pasti akan terus melakukan carian di pelbagai laman web tentang biskut-biskut yang mereka ingin buat. Walaupun sudah mengikut resepi tersebut, biskut yang mereka bakar tidak sempurna seperti kurang rangup, tidak kenyal dan sebagainya.
Oleh itu, tip-tip dibawah boleh dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan biskut yang sempurna!
• Gunakan bahan-bahan yang berkualiti.
• Gunakan tepung gandum protein rendah kerana ia akan menghindari dari terbentuknya gluten yang akan mempengaruhi kerangupan biskut.
• Hindari dari menggunakan tepung gandum yang berlebihan di dalam resepi biskut anda kerana ia akan menyebabkan biskut kering dan keras.
• Hindari juga menggunakan air untuk menggantikan cairan karena juga akan membuat biskut menjadi keras.
• Pastikan mentega dan margerin dalam keadaan suhu ruang agar mudah untuk di campur dengan adunan tepung.
• Gunakan gula halus agar proses mengadun lebih cepat.
• Pemakaian butter/mentega yang berkualiti adalah lebih baik dibandingkan dengan margerin atau shortening, kerana butter/mentega meranggupkan biskut yang di hasilkan.
• Untuk mendapatkan biskut yang rangup juga, gunakan kuning telur.
• Penggunaan telur dapat dikurangkan dengan cara menambah cairan seperti susu cair atau santan. Namun agar tetap mendapatkan tekstur yang cantik tetapi rangup, maka dianjurkan menambah baking powder atau baking soda.
• Bila biskut sudah masak, sebaiknya dipindahkan di rak dawai agar kitaran wap panas keluar lebih sempurna, sekaligus membuatkan biskut kekal rangup.
• Setelah tepung gandum dimasukkan, adunan tidak boleh diuli kerana ia akan menghasilkan gluten, sehingga hasil akhirnya seperti “bantat”. Sebaiknya adunan di kacau sahaja, hingga semua bahan tercampur rata.
• Setelah adunan bercampur, segera bentukkan biskut tersebut mengikut keinginan. Jangan biarkan adunan terlalu lama disimpan pada suhu bilik, kerana minyak dalam adunan akan keluar, sehingga keras dan susah dibentuk. Sebaiknya lapik bekas yang berisi adunan dengan tuala lembab.
Ingin merasai biskut premium buatan kami?
Jom follow dan like page IG & FB kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
IG: https://www.instagram.com/zcookiesza/
FB: https://www.facebook.com/zcookiesa