03/04/2022
Sunnah mendahulukan yang kanan.
daripada ‘Aisyah RA berkata: "Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Riwayat al-Bukhari)
Menerusi hadis itu, umat Islam juga disunatkan mengutamakan yang kanan dalam perkara melibatkan kemuliaan dan keelokan seperti adab makan, minum, berpakaian, menaiki kenderaan, memakai sandal, menyisir rambut, bersuci, memasuki masjid dan lain-lain.
Sementara itu, dalam melakukan amalan berlawanan seperti melibatkan sesuatu yang tidak elok contohnya memasuki tandas, keluar daripada masjid dan sebagainya, maka hendaklah mendahulukan sebelah kiri