Eztart Utama

Eztart Utama Jihad Ekonomi...
Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
Moga Allah Bantu Kita...

03/04/2019

Salam Israk & Mikraj 2019

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (QS: Al-Israk - 1)

_________
(Admin)
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
* Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama…

28/12/2018

Aku mohon ganjaranMu di atas musibah ku…

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

"Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah berikanlah ganjaran kepada ku atas musibah ku, dan gantikan untukku apa yang lebih baik daripadanya"

Firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)

Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kemusnahan harta benda, kematian, dan kemusnahan tanam-tanaman. Berita gembiralah buat orang-orang yang sabar (155). Iaitu apabila musibah menimpa mereka, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya kami kembali. (156) [Al-Baqarah : 155-156]

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Tidaklah sesuatu musibah menimpa seorang Muslim, lalu dia menyebut apa yang Allah suruh (iaitu perkataan) "Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah berikanlah ganjaran kepada ku atas musibah ku, dan gantikan untukku apa yang lebih baik daripadanya",
إِلاَّ أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا " .

melainkan Allah pasti akan menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik daripadanya.

قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ أَىُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم .

Ummu Salamah berkata: Apabila matinya Abu Salamah, aku berkata: Siapakah orang Islam yang lebih baik daripada Abu Salamah, dia merupakan keluarga yang awal berhijrah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu aku tetap menyebut perkataan itu, maka Allah menggantikan untukku Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ . فَقَالَ " أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ " .

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengutus Hathib bin Abi Balta'ah untuk meminang aku. Aku berkata: Sesungguhnya aku mempunyai anak perempuan, dan aku seorang permepuan yang kuat cemburu. Baginda berkata: Adapun untuk anak perempuannya, kami berdoa agar Allah menjadikan dia berkecukupan daripada bergantung kepada ibunya, dan aku berdoa agar Allah menghilangkan rasa cemburunya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 918]

Sumber | Kredit : FB - Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

_________
(Admin)
* Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama…

06/12/2018

Aku amat memerlukan apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan...

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

“Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”
"Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini fakir (amat memerlukan) kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan”
(Surah al-Qasas 24)

Sumber | Kredit: FB – DrMAZA.com

_________
(Admin)
* Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama…

22/11/2018

Ambillah semangat dakwah Rasulullah di Taif...
- Salam Maulidur Rasul 2018 | 1440H

Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri menceritakan pengalaman itu di dalam al-Rahiq al-Makhtum, jilid. 1, hal. 100: "Nabi tinggal di Taif selama 10 hari. Tidak seorang pemimpin Taif pun yang terlepas melainkan baginda datang kepada mereka dan bercakap dengan mereka (mengajak mereka kepada Islam) . Mereka menjawab: "Keluar kamu dari negeri ini!".

Apabila baginda ingin keluar dari Taif, mereka mempengaruhi kanak-kanak dan hamba dalam kalangan mereka untuk mengekori baginda dengan mengejek dan menjerit-jerit pada baginda sehingga ramai orang mengerumuni baginda seterusnya membaling batu ke arahnya dan mengejinya dengan kata-kata kesat. Mereka melontar betisnya dengan batu sehingga basah sepatunya berlumuran darah".

Petikan daripada artikel asal ‘Dakwah tidak melihat kuantiti’
Oleh: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle
Sumber | Kredit : FB - Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

_________
(Admin)
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
* Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama…

30/10/2018

Aku memohon pertolonganMu…

يا حَيُّ يا قيّومُ ، بِرَحْمَتِكَ أسْتَغِيثُ ، أصْلِحْ لِي شَأنِي كُلَّهُ ، وَلا تَكِلْنِي إلى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

Sumber | Kredit: FB – DrMAZA.com

_________
(Admin)
* Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama…

27/10/2018

Address

No 6-B, Tingkat Atas, Aked Berangan, Jalan Tunku Bendahara
Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

0134355255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eztart Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eztart Utama:

Share

Category