Rempah Ratus Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti 100% HALAL

Tanpa Pengawet
Tanpa Pewarna
Tanpa Perasa Tiruan
(1)

Jom uji otak sikit 🧠πŸ’₯ Jawapan ada ke tak? Cuba komen πŸ˜†
30/04/2026

Jom uji otak sikit 🧠πŸ’₯ Jawapan ada ke tak? Cuba komen πŸ˜†

30/04/2026

Hi semua, Assalamualaikum! 🌸
Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba Burger Homemade dengan Rempah Ratus Mak Siti! πŸ˜πŸ›
πŸŽ₯ Kredit kepada empunya video πŸ₯°
Ada video masakan guna produk Mak Siti? Jangan lupa tag kami di
πŸ“Œ FB: Rempah Ratus Mak Siti
πŸ“Œ TikTok: MakSiti1981
πŸ“Œ IG: maksiti1981 πŸ₯°βœ¨

Resipi Chicken ChopBahan-bahan:500g ayam fillet (bahagian dada atau peha, potong ikut saiz)Tepung ayam goreng segeraSedi...
30/04/2026

Resipi Chicken Chop
Bahan-bahan:
500g ayam fillet (bahagian dada atau peha, potong ikut saiz)
Tepung ayam goreng segera
Sedikit air
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Ketuk ayam supaya sedikit l***r.
2. Perapkan ayam dengan tepung ayam goreng segera dan sedikit air (jangan terlalu cair).
3. Panaskan minyak dalam kuali dengan jumlah yang cukup banyak supaya ayam β€œberenang” semasa digoreng.
4. Salut ayam perapan dengan tepung kering. Boleh ulang salut jika mahu lebih rangup.
5. Goreng ayam hingga keemasan dan garing. Toskan minyak dan ketepikan.
Resepi Kuah Black Pepper
Bahan-bahan:
2 sudu besar salted butter
1 biji bawang holland (hiris atau cincang)
4 ulas bawang putih (hiris atau cincang)
Serbuk black pepper secukupnya
5–6 biji mushroom button (optional)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu full cream
1/2 cawan air
1/4 cawan chicken stock
1 sudu teh kicap manis (untuk warna)
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
1. Panaskan butter dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bawang holland, bawang putih dan mushroom hingga layu dan wangi.
2. Tutup api sekejap, biar sejuk sedikit, kemudian blend bersama sedikit air hingga lumat.
3. Masukkan semula ke dalam kuali, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau.
4. Masukkan susu full cream dan air, kacau rata.
5. Tambahkan chicken stock, kicap, garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah pekat dan sebati.
Kredit: Quinn Raraa

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai/BakarBahan-bahan:500 gm daging lembu1 biji kelapa parut - perah ambil santan2 b...
30/04/2026

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai/Bakar
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji kelapa parut - perah ambil santan
2 batang serai - diketuk
10-15 biji cili api **
4 biji bawang merah **
2 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit - dicarik sahaja
1 sudu makan garam atau secukup rasa
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
Bahan pelengkap - jika mahu
3 biji kentang potong ikut citarasa
atau boleh juga letak belimbing buluh mahupun petai muda
Cara-cara:
1. Bersihkan daging, lumur dengan sedikit garam, bakar/salai daging hingga masak. Kemudian potong nipis kemudian digaul p**a dengan serbuk kunyit.
2. Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat.
3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi.
4. Masukkan santan, asam keping dan kentang biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit.
5. Masukkan daging, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit.
6. Apabila masak tutup api, sedia dihidang.
Kredit: Julia ALeen Aireish
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Resepi Gulai Ikan TongkolBahan-bahan:2 ekor ikan tongkol sederhana (dipotong beberapa bahagian)Asam keping (lebih kurang...
30/04/2026

Resepi Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol sederhana (dipotong beberapa bahagian)
Asam keping (lebih kurang 5 keping)
Gula melaka atau nisan (anggaran separuh ketul)
Garam secukup rasa
Cara Merebus:
1. Masukkan ikan tongkol ke dalam periuk bersama asam keping, gula melaka dan garam.
2. Rebus sehingga air hampir kering, teknik ini bantu hilangkan bau hanyir dan bagi ikan rasa lebih sedap bila masuk dalam gulai nanti.
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
7 tangkai cili kering (direbus lembut dulu)
Bahan Lain:
1 paket serbuk kari ikan
4 sudu besar rempah gulai
1 santan kotak
3 cawan air
Gula melaka atau nisan (tambahan)
Garam secukup rasa
Cili padi (ikut pedas masing-masing)
Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar sampai betul-betul garing.
2. Bancuh serbuk kari ikan campur rempah gulai dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam tumisan. Tumis sampai naik minyak dan bau wangi.
3. Masukkan santan campur 3 cawan air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
5. Tambah lagi sedikit gula melaka atau nisan dan garam untuk seimbangkan rasa.
6. Masak atas api sederhana hingga kuah pecah minyak. Kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air.
7. Akhir sekali, masukkan cili padi.
Kredit: Falisa Lisa
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Resepi Ayam Gulai DaratBahan-bahan:1 kg ayam (Dipotong kecil) 15 tangkai cili kering 6 biji bawang merah 2 ulas bawang p...
30/04/2026

Resepi Ayam Gulai Darat
Bahan-bahan:
1 kg ayam (Dipotong kecil)
15 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
(Cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit dikisar bersama)
3 sudu makan serbuk rempah kari ayam
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 cawan santan (1 biji kelapa)
3 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Campurkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar di dalam kuali.
2. Masak sehingga ayam lembut. Masukkan serbuk rempah kari ayam, serbuk ketumbar, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila ayam lembut, masukkan santan, kerisik, garam dan asam gelugur.
4. Masakkan lagi dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk.
6. Sediakan dihidangkan.
Kredit: myResipi
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Jom baca sendiri apa kata pengguna tentang kehebatan Rempah Ratus Mak Siti! πŸ’•βœ¨
22/04/2026

Jom baca sendiri apa kata pengguna tentang kehebatan Rempah Ratus Mak Siti! πŸ’•βœ¨

Amalkan limau kasturi dalam minuman atau masakan harian πŸ’šKecil tapi manfaat dia memang luar biasa!
22/04/2026

Amalkan limau kasturi dalam minuman atau masakan harian πŸ’š
Kecil tapi manfaat dia memang luar biasa!

🍳 Tip Dapur Hari Ini 🍳Rahsia mudah untuk kerja dapur lebih cepat dan masakan lebih sempurna! πŸ‘©β€πŸ³βœ¨
22/04/2026

🍳 Tip Dapur Hari Ini 🍳
Rahsia mudah untuk kerja dapur lebih cepat dan masakan lebih sempurna! πŸ‘©β€πŸ³βœ¨

Resepi Kuih Talam PandanBahan-bahan: Bahagian Bawah:1 cawan tepung gandumΒΎ cawan gula1 cawan santan pekat1 cawan airΒ½ ca...
22/04/2026

Resepi Kuih Talam Pandan
Bahan-bahan: Bahagian Bawah:
1 cawan tepung gandum
ΒΎ cawan gula
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Β½ cawan air pandan
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung ubi
Secubit garam
Pewarna hijau
Bahan-bahan: Bahagian Atas
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1Β½ cawan santan pekat
1Β½ cawan air
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Mula-mula, bancuh semua bahan bahagian atas, tapis dan ketepikan.
2. Bancuh semua bahan bahagian bawah, tapis dan tuang dalam loyang.
3. Kukus dalam 15 minit ke 20 minit atau sehingga masak.
4. Setelah masak, angkat dan sejukkan sebentar.
5. Apabila sudah sejuk, baru garis-gariskan pakai garfu atas adunan tadi.
6. Selepas itu, baru tuangkan adunan bahan bahagian atas tadi.
7. Kukus lagi sehingga masak dalam 20 minit.
8. Sejukkan betul-betul, baru boleh potong.
Kredit: IDA’s Kitchen
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Resepi Kuih LapisBahan-bahan:400gm tepung beras cap teratai125gm tepung jagung 125gm tepung gandum 300gm gula Sedikit ga...
22/04/2026

Resepi Kuih Lapis
Bahan-bahan:
400gm tepung beras cap teratai
125gm tepung jagung
125gm tepung gandum
300gm gula
Sedikit garam
3 cawan santan (saya guna santan segar tanpa campuran air – resepi asal guna 2 cawan)
5 cawan air
Cara-cara:
1. Masak gula bersama dengan air yang telah disukat. Kalau nak wangi, masukkan daun pandan (ambil dalam 2 cawan).
2. Satukan semua bahan, kacau dan tapis.
3. Alas loyang 10 x 10 dengan plastik 16x 16/14Γ—14.
4. Guna api yang sederhana kuat.
5. Sebelum masukkan tepung, panaskan loyang/letakkan loyang dalam kukusan.
6. Mula melapis. Lapisan 1 saya guna 400 ml. Banyak sedikit untuk cover tepung dalam kukusan, kadang kukusan kita tak sama bila berada di atas dapur.
7. Lapisan ke-2 dan seterusnya, saya guna 300 ml bancuhan tepung.
8. Penggunaan api; untuk lapisan pertama, dalam 4 minit, jangan lama kerana nanti dia mengelembung/terlebih masak. Tekan dengan jari atau tengok warna tepung dah berubah jadi cerah.
9. Lapisan seterusnya 5 minit/6 minit sahaja.
10. Resipi ini akan dapat 8 layer. Setiap satu warna tu, saya buat 2 lapisan. Akan ada sedikit lebihan tepung, jika tidak mahu membazir anda sukat siap-siap ye.
11. Bila dah faham dengan rentak kuih anda, dengan resepi yang sama kita boleh buat jadi 10 layer.
12. Dari segi penggunaan warna, terp**ang pada pilihan masing-masing.
Kredit: Azmalaini Abd Rahman
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Resepi Sup Tulang SimpleBahan-bahan:Tulang lembu1 batang kulit kayu manis6 biji cengkih1 kuntum bunga lawang3 biji pelag...
22/04/2026

Resepi Sup Tulang Simple
Bahan-bahan:
Tulang lembu
1 batang kulit kayu manis
6 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
4 ulas bawang merah -di hiris
3 ulas bawang putih -di hiris
1 inci halia -di hiris
2-3 batang serai -di ketuk
5-6 cawan air
1 sup bunjut tulang
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga naik bau & layu. Kemudian, campur sup bunjut tulang & tulang sekali
2. Tuang air hingga tulang tenggelam. Masak dalam pressure cooker selama 60-70 minit atau hingga tulang empuk
3. Bila tulang sudah empuk, masukkan daun sup, daun bawang & bawang goreng. Kacau2 sekejap & tutup api
4. Sedia di hidangkan bersama nasi
Kredit: Nor Al Fatihah
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

0173309330

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rempah Ratus Mak Siti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rempah Ratus Mak Siti:

Share