19/02/2024
Assalammualaikum and Hi,
My passion, my soul and my heart.
Bermula episode pada tahun 2020, dinamakan ILICIOUSSS “ILI” iaitu nama founder & “CIOUSSS” dari delicious. Sekarang di kenali sebagai “BUTTERY BITES”.
Pada tahun 2020, Covid melanda seluruh dunia dan I ada lah salah satu dari beribu orang yang diberhentikan bersama pampasan, I sentiasa percaya rezeki datang berbagai bentuk, I mengambil keputusan untuk teruskan minat dalam bidang F&B dan ini lah impian i selama nie.
Produk pertama dari kami ialah Sweet Flakes iaitu gabungan marshmallow, biskut & dried fruit.
Selepas itu produk ke-2 Soft Cookies & ke-3 Chocolate Chips.
Coming soon banyak lagi produk akan di keluarkan.
Business sentiasa ada turun dan naik, walaupun BUTTERY BITES tidak sepopular dan tidak ramai yang tahu tapi I sentiasa mendoakan customer I happy dengan produk yang I jual. Semua produk R&D terlebih dahulu sebelum dijual kepada customer.
Tipu untuk katakan tiada dugaan, pernah hangus cookies i, pernah dibuang berkali2 semasa R&D.
Pernah gunakan oven 60ltr untuk bakar hampir 1000pcs chocolate chip dan ketika itu juga oven masalah.
Hangus marshmallow masa memasak untuk dicairkan.
Bahan untuk produk habis stok, mencari di setiap kedai.
Cheese cake rosak habis tak boleh nak makan dan macam2 dugaan lagi.
Ketika kita berputus asa tapi akan ada jalan untuk hadapi dugaan.
Kebahagiaan customer adalah kepuasan bagi BUTTERY BITES. Kepada customer yang setia bersama BUTTERY BITES ribuan ucapan terima kasih.
Semangatlah dalam menhadapi cabaran hidup & sentiasalah berfikiran positif untuk maju ke hadapan.
Moga sampai ke seluruh pelusuk Malaysia satu hari nanti.
InsyAllah.