QQ Borneo Homemade

QQ Borneo Homemade Kami pakar dalam menghasilkan pelbagai jenis kuih tradisional yang SANGAT SEDAP,

Kami sedia menerima tempahan untuk majlis cukur jambul, sambutan hari lahir, majlis bertunang, akad nikah, jamuan di pejabat dan ape sahaja event anda

KUIH CORNFLAKER
29/03/2021

KUIH CORNFLAKER

KUIH TAT NENASKelazatan kuih yang berperisa nenas ..
29/03/2021

KUIH TAT NENAS

Kelazatan kuih yang berperisa nenas ..

12/03/2021
tq for sokong akak ye
12/03/2021

tq for sokong akak ye

Mama carey...Ikut resepi org lama.. ☺☺☺150gm buttercup1/4 cwn gula halus1/2 sudu kecil esen vanila*** gaul sampai sebati...
12/03/2021

Mama carey...
Ikut resepi org lama.. ☺☺☺
150gm buttercup
1/4 cwn gula halus
1/2 sudu kecil esen vanila
*** gaul sampai sebati 3 bahan ini..
Kemudian masukkan
100 gm susu tepung @ 3/4 cawan
200 gm tepung gandum @ 1 1/4 cawan
60gm tepung jagung @ 1/2 cawan
*** uli sampai sebati semuanya.. kemudian bole cetak ikut bentuk pilihan anda sendiri..
Resepi untuk icingnya..
2 biji telur putih
1 cawan gula icing (ayak)
2 sudu besar tepung jagung
Cara2nya...
Pukul putih telur sampai kembang n bertanduk... tak meleleh..
Kemudian masukkan gula dan tepung pukul sampai kilat pekat..
** sekiranya ising cair tambah gula..
** bila masak ising jd liat n basah tandanya gula ising dah masuk angin.. cari gula ising cap king atau keluaran kijang..
***CARA BAKAR..
Utk icing yg cantik.. bakar dahulu biskut yg telah diterap agak2 setengah masak... kuarkan.. sejukkan skit jer pastu letak icing dan lukis corak yg anda inginkan (gunakan emelco coklat + sedikit tpg jagung).. bakar sehingga masak biskutnyer n icingnyer mengeras..

Resepi Popia Nestum Sedap ❤❤ Bahan-Bahan:Bahan untuk popia nestum:1 bungkus kulit popia1/2 cawan nestum (Che Nom lebihka...
12/03/2021

Resepi Popia Nestum Sedap ❤

❤ Bahan-Bahan:

Bahan untuk popia nestum:
1 bungkus kulit popia
1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
Bahan untuk gam:
2 sudu besar tepung
1/4 cawan air

❤ Cara Penyediaan:

Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
Goreng sehingga kekuningan.
Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.

❤ Tips

Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.

Resepi Semperit Susu nyum nyum❤ Bahan-Bahan:250 gram mentega1 cawan susu pekat500 gram tepung jagung, kalau boleh gunaka...
12/03/2021

Resepi Semperit Susu nyum nyum

❤ Bahan-Bahan:

250 gram mentega
1 cawan susu pekat
500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson
1 sudu teh esen vanilla
coklat chip, untuk hiasan

❤ Cara Penyediaan:

Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
Terap dan hias bersama coklat chip.
Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kuih Benderam/Cincin/Peneram[Bahan-Bahan:]Bahan A Tepung Beras - 1 kilogram ( Cap Bunga ) [Bahan B] Gula Merah 500 gram ...
12/03/2021

Kuih Benderam/Cincin/Peneram
[Bahan-Bahan:]
Bahan A
Tepung Beras - 1 kilogram ( Cap Bunga )
[Bahan B]
Gula Merah 500 gram
Gula puteh 200 gram
Santan 100 gram ( pati )
[Cara:]
Masukkan semua bahan B kedalam periuk dan didihkan sehingga masak dan membuak. Tuangkan kedalam besen bersama bahan A dan gaulkan ia semasa masih panas dan pastikan tiada ketulan tepung tidak hancur. Kacau sehingga tepung menjadi sebati dengan bahan-bahan tadi. Jangan terlampau lembik nanti susah nak buat. Tekankan diatas talam dan lubangkan seterusnya dimasukkan kedalam kuali. Pastikan minyak telah betul-betul.
[Cadangan Hidangan:]
Dimakan semasa ia masih panas kerana kerangupannya. Selamat mencuba.
[Tambahan:]
Tepung jenama yang disyorkan sahaja yang sesuai untuk kuih ini.
Selamat Mencuba dan jangan lupa Like page ini ya 🙂
p/s: Nak cuba keropok ketam rangup tak? jenguk2lah page kami

12/03/2021

Address

21-4-8, APT TERATAI MEWAH, Jalan LANGKAWI SETAPAK
Kuala Lumpur
53000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when QQ Borneo Homemade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category