15/05/2021
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan semua.
Maaf baru nak ucap Selamat Hari Raya sebab terlalu sibuk dari malam raya sehinggalah semalam. Baru hari ini ada ruang dan peluang. Maafkan Kak SN🙏🙏🙏.
Bukannya apa, Kak SN sibuk memasak untuk ayahanda dan keluarga. Juga jiran-jiran ayahanda. Sebab dah dua tahun Raya PKP, hanya hantar makanan bungkus shj kat dia orang. Bukan setakat jiran-jiran ayahanda, tetapi hantar juga kpd beberapa pihak yg kurang bernasib baik. Hanya nak memeriahkan suasana. Mungkin dengan cara kita berkongsi rezeki, dapat juga keberkatan berhari raya pada tahun ini.
Tahun ini Kak SN masak Soto ayam dan begedil, juga Rendang Ayam dimakan bersama Lemang yg ditempah khas dari seorang kawan.
Kak SN nak bantu banyak tak boleh tetapi in shaa Allah bantu membeli apa2 yang patut dari peniaga2 kecil semoga golongan ini juga dapat menikmati Raya yang ceria.
Beraya dengan cara tersendiri, semoga Allah berkati dan rahmati hendakNya.
❤ Kak SN