D-Rah Bakery

D-Rah Bakery Sedia menerima tempahan untuk sebarang acara pada bila-bila masa seperti sambutan hari lahir, doorgift serta musim perayaan.

Hi semua followers D-Rah Bakery. Kami masih beroperasi seperti biasa walaupun ada sedikit kekangan di sebabkan pkp yang ...
18/07/2021

Hi semua followers D-Rah Bakery. Kami masih beroperasi seperti biasa walaupun ada sedikit kekangan di sebabkan pkp yang berulang-ulang.

Sepanjang pkp, kami lebih menumpukan tempahan untuk dodol gula hangus. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pelanggan2 yang tidak putus2 menempah dengan kami

RM0 Majlis Rasmi/Tidak Rasmi & Majlis Sosial dibenarkan mulai 5 Mac. Had kehadiran kawasan PKPB 50% keluasan premis & ka...
08/03/2021

RM0 Majlis Rasmi/Tidak Rasmi & Majlis Sosial dibenarkan mulai 5 Mac. Had kehadiran kawasan PKPB 50% keluasan premis & kawasan PKPP mengikut keluasan premis.

Ha, tu MKN kesayangan rakyat Malaysia dah hantar mesej bagi tahu boleh adakan acara rasmi/tak rasmi.

Ada yang plan nak buat kenduri2 yang tertangguh sebab PKP hari tu? Doorgift tak siap lagi?

Kak kinah nak kabo je la kot kome tak perasan. D-Rah Bakery ade buat Bahulu Marble dan dodol gula hangus khas untuk kome2 yang nak kenduri dalam masa terdekat ni.

Harga kasih sayang je kita bagi. Ha, berminat boleh Whatsapp/call Kak Kinah laju-laju di talian 019-519 0057. Kome kene book cepat2 sebab kalau slot penuh, tak dapat nak nolongnyer kome oii.

Assalamualaikum and Hai U olllssss.Terima kasih banyak2 kepada semua yang masih sudi like page kami 😘😘😘Walaupun page ni ...
09/02/2021

Assalamualaikum and Hai U olllssss.

Terima kasih banyak2 kepada semua yang masih sudi like page kami 😘😘😘

Walaupun page ni nampaknya bersawang semula sebab tak ada post2 baru setiap hari dari kami, tapi percayalah kami masih beroperasi lagi sekarang. Almaklumlah busy tak menang tangan nak post kat FB.

Cuma sekarang ni, D-Rah Bakery lebih fokus kepada Bahulu dan dodol.

Ni pon baru lepas siapkan order customer yang nak dodol fresh dari D-Rah Bakery.

Pada yang nak order produk dari D-Rah Bakery, boleh contact Kak Kinah di talian 019-5190057. Telefon boleh, whatsapp pon boleh, tak de hal. Kita bincang bagi jadi.

Seperti yang telah kami janjikan.. kami nak belanja resepi biskut raya. One of the best seller product yang keluar dari ...
10/04/2018

Seperti yang telah kami janjikan.. kami nak belanja resepi biskut raya. One of the best seller product yang keluar dari D-Rah Bakery πŸ‘πŸ‘πŸ‘ yeahπŸ’ƒπŸ’ƒ

Biskut Snow AlmondπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Bahan A:
250g mentega
150g gula caster
1 camt esen vanila
50g serbuk badam

Bahan B:
300g tepung gandum🌾
50g tepung kastad
50g susu tepung
40g tepung jagung🌽

Hiasan:
Coklat masakan🍫
Serbuk roti🍞

Caranya:
1. Putarkan bahan A

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sampai habis.

3. Atas papan pencanai, gelekkan doh yang telah siap tadi mengikut ketebalan yang diingini.πŸ”Ή Tapi cadangan kami jangan canai terlalu tebal. Cukup ketebalan sekitar 3/4 acuan sebab nanti akan jadi tebal selepas dicelup dalam coklatπŸ”Ήdan terap dengan acuan segi 4 sama ⬛

4. Bakar pada suhu 180°C selama lebih kurang 18 ke 20 minit⏰⏰ bergantung kepada oven masing-masing. Jika perlu pusingkan dulang ketika membakar (depan ke belakang dan sebaliknya) supaya biskut masak dengan sekata .

5. Sejukkan biskut di atas ridai (supaya biskut lebih rangup.

6. Cairkan coklat masakan 🍫🍫menggunakan double boiler.

7. Celupkan keseluruhan biskut πŸͺke dalam coklat 🍫dan gaulkan dengan serbuk roti🍞
Siap dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

πŸͺ Bagi ibu-ibu bekerjaya yang tidak mempunyai masa yang lama untuk membuat biskut, anda boleh sediakan dahulu biskut dan celupkan dalam coklat dikemudian hari.

Dipersilakan untuk share resepi ini πŸ˜‰πŸ˜‰

08/04/2018

Dah dekat-dekat nak bulan ramadhan ni, tetiba rasa macam nak belanja satu resepi biskut πŸͺ yang kami memang buat untuk jualan tiap-tiap tahun. One of the best seller yang keluar dari D-Rah Bakery. Biskut ni senang sangat nak buat dan confirm jadi. So stay tune....

Coming soon πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
13/03/2018

Coming soon πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Time hujanβ˜”β˜” ni, pastu sejuk-sejuk p**ak, pekena pisang goreng panas, minum p**a dengan teh  O β˜•suam πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Perghhh best t...
03/03/2018

Time hujanβ˜”β˜” ni, pastu sejuk-sejuk p**ak, pekena pisang goreng panas, minum p**a dengan teh O β˜•suam πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Perghhh best tu. Dah alang-alang goreng pisang petang ni, kami nak share tepung rangup pelbagai πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡kepada semua followers D-rah Bakery.

Tepung rangup pelbagai ..

400 gm tepung beras cap teratai
200 gm tepung gandum cap kunci
Satu paket tepung goreng pisang adabi
4 sudu marjerin
2 sudu bijan atau serbuk kelapa kering
2 sudu garam halus.

Caranya...
Campur semua bahan. Gaul rata. Pastikan tangan betul2 kering masa proses menggaul.
Jeng.jeng..udah siap. Ambil banyak mana nak guna dan bancuh je dengan air mcam biasa.

Yang lebih boleh simpan dalam bekas kedap udara dan tutup ketat-ketat.
Selain pisang, boleh juga goreng keledek.cempedak..sukun..keladi



Silakan share kepada kawan-kawan yang lain πŸ˜‰

Akhirnya, siap tempahan 600 biji BAHULU MARBLE dari dua orang customer πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ.Seorang dari Kuala Kangsar, seorang lagi dari...
22/02/2018

Akhirnya, siap tempahan 600 biji BAHULU MARBLE dari dua orang customer πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ.

Seorang dari Kuala Kangsar, seorang lagi dari Parit Buntar. Kedua-dua mereka tempah untuk majlis perkahwinan πŸ‘°πŸ‘° hujung minggu ni.

Pada yang dah rasa BAHULU MARBLE ni, apa kata anda kongsi keenakan rasa BAHULU MARBLE ini dengan ahli keluarga πŸ‘ͺπŸ‘ͺ atau kawan-kawan. Mana tahu, mereka tengah buntu cari idea 😰😡 doorgift untuk event mereka, bolehlah buat kelainan dengan bagi BAHULU MARBLE kepada tetamu mereka.

Jadi, pada yang berminat 😍😍 dengan BAHULU MARBLE ni dan nak tahu lebih lanjut mengenai harga, bolehlah call/whatsapp kami di no πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

019-5190057
019-5190057
019-5190057

Jangan risau, kami bagi harga kasih sayang untuk pelanggan-pelanggan kami πŸ˜‰πŸ˜‰

BAHULU MARBLE NI BESAR MANA ERK?Semenjak dua menjak ni, ramai p**a yang tanya saiz bahulu marble ni.. Nak bagi sukatan d...
18/02/2018

BAHULU MARBLE NI BESAR MANA ERK?

Semenjak dua menjak ni, ramai p**a yang tanya saiz bahulu marble ni.. Nak bagi sukatan dalam sentimeter, ke inchi tu, susah p**a nak agak nanti..kene cari pembarisπŸ“ p**a.

So, untuk memudahkan kerja ditambah p**a, ada yang bagi (doorgirt kenduri -->almaklumlah musimkanπŸ‘°) kami up gambar perbezaan size bahulu marble kami dengan "bahulu x" (ke kek sponge πŸ˜‡) yang biasa kita dapat masa kenduri ✌

BAHULU MARBLE

Nak tau lebih lagi pasal bahulu ni, boleh mesej ke inbox kami πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ‘‰https://www.facebook.com/messages/DRahBakery

ATAU

boleh whatsApp ke πŸ‘‡
019-5190057 untuk respon yang lebih cepat.

Dah baca tu, kongsi la dengan kawan-kawan. Mana tau ada yang berminat nak BAHULU MARBLE untuk majlis mereka πŸ˜‰πŸ˜‰

BAHULU MARBLE.Bahulu marble ni sesuai untuk dijadikan doorgift untuk berbagai majlis. Tak kisahlah, kenduri kahwin, bert...
04/12/2017

BAHULU MARBLE.

Bahulu marble ni sesuai untuk dijadikan doorgift untuk berbagai majlis. Tak kisahlah, kenduri kahwin, bertunang, majlis makan malam atau reunion sekalipun.

Saiz dia just nice gitu. Harga pun mampu milik. Berapa harga dia? Ermmmmm harga dia dijamin dan dijanji mampu milik. Kompem puas hati. Dah la sedap, rare lagi. Jarang lagi orang buat doorgift guna bahulu marble.

Customer yang dah ambil bahulu marble ni memang puas hati. Ada yang rekomen dekat saudara-mara lagi. Maklumlah, barang rare.

Nak tahu lebih lagi mengenai bahulu marble, boleh WhatsApp no πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

019-5190057
019-5190057

Untuk respon yang lebih cepat πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

BAHULU MARBLESiapa ingat yang kami janji nak tunjuk bahulu marble angkat tangan πŸ™‹Ha, nampak tak gambar tu? Itu la fokus ...
22/11/2017

BAHULU MARBLE

Siapa ingat yang kami janji nak tunjuk bahulu marble angkat tangan πŸ™‹

Ha, nampak tak gambar tu? Itu la fokus utama D-rah Bakery sekarang, BAHULU MARBLE.

Tak tau lebih lagi pasal bahulu ni, boleh mesej ke inbox kami πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ‘‰https://www.facebook.com/messages/DRahBakery

ATAU

boleh whatsApp ke πŸ‘‡
019-5190057 untuk respon yang lebih cepat.

Dah baca tu, kongsi la dengan kawan-kawan. Mana tau ada yang berminat nak cuba BAHULU MARBLE.

Address

Kuala Kangsar
33020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D-Rah Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share