04/10/2024
Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, proses jualan dan pemindahan barang-barang kedai sudah berjaya kami lakukan. Oleh itu, kami nak umumkan di sini bahawa Kedai Agrobazaar Kshoppe Noraini Nawawi dengan ini secara rasminya diTUTUP.
(Signboard masih ada tapi kami dah tak buka kedai)
TAPI JANGAN UNLIKE / UNFOLLOW PAGE INI TAU! π
Kami masih berniaga kek, biskut, Kopi Meta, Laksa Minyak Bawang, dan sebagainya. Cuma bukan di kedai fizikal. Mulai hari ini kami beroperasi secara online dan di pasar malam sekitar Kuala Kangsar. π
Untuk tempahan kek dan biskut boleh whatsApp Kak Nor di talian 0125987135. Tempat ambil kek akan kami war-warkan nanti. Selain itu, khidmat delivery juga masih ada dan caj penghantaran bergantung kepada lokasi.
Selain itu, untuk sebarang pertanyaan atau tempahan mengenai Kopi Meta Kuale dan Laksa Minyak Bawang, boleh whatsApp Muhsin di talian 01165243400. Kalau nak panggil Kopi Meta Kuale untuk majlis kahwin atau majlis apa-apa pun boleh. Kita bincang harga sampai jadi! π
Oh ya, di kesempatan ini kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong perniagaan kami selama ini, bermula tahun 1993 (dari rumah), 1994 hingga 2014 (di kedai lama), dan 2015 hingga 2024 (di kedai baru). Kami harap anda semua dapat terus memberikan sokongan penuh kepada kami. Jasa dan budi baik anda semua amat-amat kami hargai. β€οΈβ€οΈβ€οΈ