14/10/2021
🌷 Kaedah sedekah yg paling baik 🌷
- Kenapa kita sedekah sebenarnya ?
Ada org sedekah utk sucikan harta , ada org sedekah utk dimurahkan rezeki , ada org sedekah utk kejar pahala , ada org sedekah untuk content , ada org sedekah sebab nk ajak org lain sedekah , ada org sedekah utk sedapkan hati (tak solat, tak tutup aurat, tak ikut perintah Allah tapi sedapkan hati dgn sedekah)
- So banyak reason kenapa orang bersedekah tapi ustaz Syu ajar ini adalah teknik sedekah yg palinggggg baik .
1 : Niat bersedekah kerana Allah SWT & bukannya kerana manusia .
2 : Sedekah dengan adanya feeling taqwa (rasa takut pd Allah) . Apabila kita sedekah dengan taqwa , maka kita akan bersedekah dengan benda yg paling baik kita ada . Contoh , kalau kita sedekah makanan kat orang , kita pilih menu yg paling mahal sebab kita nak sediakan terbaik dlm sedekah kita. Kalau kita nak belanja mak buat umrah , kita cuba sediakan pakej bisness class utk mak . Semampu dan paling terbaik kita boleh bagi. Nak capai tahap ni susah sebab kdg2 tu ada rasa takut kurang duit , takut mahal . Tu maksudnya hati kita masih kuat pada dunia . So cuba didik hati utk bersedekah dgn yg terbaik kita boleh . Ada Rm10 dalam purse , Rm5 untuk sedekah . Kerana semua rezeki yg kita dapat adalah milik Allah. Kenapa kita takut sangat nak bahagi kat orang sedangkan Allah sebut dengan memberi , insyaAllah kita akan dapat . lebih lagi . Sedekah dengan taqwa ✨
3 : Sedekah dengan yakin tentang syurga . Syurga ni benda kita tak nampak , tak tahu betul ada atau tidak . Tapi utk org beriman , dia yakin sepenuh hati yg syurga tu wujud . Suatu hari kita akan bertemu syurga insyaAllah sekiranya amal pahala kita banyak . Maka kita bersedekah kerana kita ikhlas lillahitaala , kita nak ganjaran syurga . Sedekah bukan utk org lain tahu, org lain puji , org lain impress , tapi sebab kita nak ganjaran syurga tu . Beri tangan kanan , tangan kiri pun tak tahu .
InsyaAllah kita cuba follow kaedah ni . Moga-moga dengan sedekah kita , hati kita akan bahagia sentiasa . Dengan sedekah , ada jaminan syurga di akhirat nanti . Dengan sedekah , Allah redha dan sayang kat kita sentiasa .
❤️
Cc: syu