10/05/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki dan limpahan keberkatan sempena sambutan Hari Ibu tahun ini. Semua jualan kek kami telah HABIS dijual! 🤍✨
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong dan mempercayai bakery kami untuk meraikan insan tersayang. Setiap pembelian anda amat bermakna buat kami.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada seluruh team staf yang telah bertungkus-lumus siang dan malam, sanggup berkorban masa rehat, tenaga dan komitmen demi memastikan setiap tempahan siap dengan terbaik. Anda semua memang luar biasa! 💪🍰
Kejayaan ini bukan hasil usaha seorang, tetapi hasil kerja keras satu pasukan yang saling membantu dan tidak mudah mengalah. Penat lelah hari ini benar-benar berbaloi apabila melihat senyuman pelanggan dan sokongan yang begitu luar biasa.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan rezeki yang dikurniakan ini menjadi asbab keberkatan yang berpanjangan untuk kita semua. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. ❤️🙏