A Day in the Kitchen with Reen

A Day in the Kitchen with Reen inginkan pendapatn lebih melalui baking boleh join kelas�

📌BERITA BAIK UNTUK WARGA LAHAD DATU  DAN SEKITARNYA KELAS PRAKTIKAL ROTI & KEK ASAS KEMBALI LAGI.. NAK BUAT ROTI DAN KEK...
20/08/2024

📌BERITA BAIK UNTUK WARGA LAHAD DATU DAN SEKITARNYA KELAS PRAKTIKAL ROTI & KEK ASAS KEMBALI LAGI..
NAK BUAT ROTI DAN KEK TAPI TAK PANDAI?
DAH CUBA BANYAK KALI TAPI GAGAL?
NAK BELAJAR BUAT ROTI DAN KEK TAPI TAK TAU NAK JOIN KELAS DGN SIAPA?
Jom Tambah Ilmu Dalam Asas Meroti & Baking Dgn Cara Join Kelas Dengan Ticer Reen
Ticer Reen Akan Ajar Dari Zero To Hero. Banyak Feedback Dari Pelajar Yang Dah Berjaya Buat Roti Dan Kek Lepas Join Kelas Dgn Ticer😘

😍 KELEBIHAN JOIN KELAS ROTI DAN KEK BERSAMA TICER ❤
♦️ Bahan Kami Sediakan
♦️ Belajar 6 Jenis Roti Bun & Hasil Meroti Boleh Dibawa Balik
♦️ 1 Biji Kek Setiap Seorang Peserta Utk Di Bawa Balik.. Belajar Asas Kek Dari Cara Kenal Bahan, Mengadun, Melepah Dan Mendeco Kek.
♦️ Khidmat Nasihat Berterusan.
♦️ Sijil Hanya Diberikan Kepada Peserta Yang Sudah Membuat Pendaftaran Lock Seat Dengan Deposit Rm50.. Dan Baki Yuran Kelas Boleh Bayar Semasa Kelas.. Untuk Info Lebih Lanjut Direct WhatSapp..👇👇

UNTUK KELAS DI LAHAD DATU:
📆 TARIKH : 28HB SEP 2024 ( SABTU )
🏫 TEMPAT : LAHAD DATU
⏰ MASA : 8.30 PAGI HINGGA SELESAI

𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗢𝗢𝗞𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗟𝗢𝗧 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 ! 𝗧𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗡𝗞 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛
www.wasap.my/601333172172/NAKJOIKLSLAHADDATU28SEP

www.wasap.my/0199417160/NAKJOINKLSLAHADDATU28SEP

www.wsdap.my/01171178781/NAKJOINKLSLAHADDATU28SEP

RESEPI MOCHIBahan²1 cawan tepung pulut1/2 cawan gula1 cawan air/santanInti kacang merah secukupnya (bulat²kan)Pewarna ik...
06/07/2024

RESEPI MOCHI

Bahan²
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
1 cawan air/santan
Inti kacang merah secukupnya (bulat²kan)
Pewarna ikut s**a
Snow dusting sugar (utk golek mochi)

1/2 cawan tepung jagung disangai.

Cara Membuat
• Masukkn tepung pulut, gula dan air/santan. (Ena guna air sbb santan xde. Letak santan lg sedap rasa lemak²) Kemudian kacau sebati.
• Bahagikan adunan klu nk letak pewarna. Kacau² dan kukus lebih kurang 20min atau hingga masak.
• Sementara tunggu adunan mochi masak sangai tepung jagung.
• Tabur tepung jagung yg dah disangai di atas dulang atau papan pencanai. Letak adunan mochi diatasnya.
• Bentukkn adunan menjadi memanjang kemudian potong adunan kepada beberapa bahagian kecil (jgn kecik sgt..agak² je)
• Ambil satu potongan mochi ratakan kemudian letak inti ditengah². Kemudian tutup bahagian yg terbuka dn kemaskn. Buat langkah yg sama sampai habis.
• Last skali golekkn mochi atas dusting sugar. Masukkn dlm paper cup dan boleh terus dimakan.

kredit: nor azlina

Resepi Apam Jepun... Sedap ni gebu gebu manja gituuu... korang yang nak try tu silakan share ya...Bahan2 cwn tpg gndm1 s...
06/07/2024

Resepi Apam Jepun... Sedap ni gebu gebu manja gituuu... korang yang nak try tu silakan share ya...

Bahan
2 cwn tpg gndm
1 sk soda bicarbonate
1 cwn susu cair
1 bj telor
1 cwn air
1/2 packet yis kering
3 sb gula
1 sb margarine -cairkan
1 sk garam
1 sk esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Inti : jam nenas,Atau kcg merah,Atau chocolate paste..Atau sekaya

Cara
Campurkan air bersama yis n gula Utk aktifkan yis.. Biar berbuih.
Campurkan susu cair dgn telor dan margarine cair..ketepikan.
Bahan2 lain dimasuk kedlm bekas,dan tuang campuran yis td dan juga campuran telur + susu, gaul rata, bila dah sebati,tapis kemudian perap 1 jam dgn menutup bekas.

Cara masak
Panaskan kuali l***r ,sapu minyak. Sapu Minyak juga keliling Acuan. Acuan nya yg buat egg banjo.
Tuang 1/2 adunan biar 1 min baru sudukan inti, kemudian tutup dgn 2 sb lg adunan batter, tutup kuali..Biar dlm 2-3 min kikis Acuan dgn pisau supaya kuih lekang dari adunan..bila kuih tanggal dari acuan balik2 kan supaya masak sekata. Angkat.

Selamat Mencuba!
Kredit: mahani hussain via masak apa hari nin

RESEPI KEK KELAPA / KEK HUJAN PANASBAHAN21cwn marjerin1cwn gula kastor1cwn kelapa parut - disangai dan dibahagikan kepad...
26/06/2024

RESEPI KEK KELAPA / KEK HUJAN PANAS

BAHAN2
1cwn marjerin
1cwn gula kastor
1cwn kelapa parut - disangai dan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan
1sk baking powder
1 1/4 cwn gndum - ayakkan
5 biji telur gred C
3sb pati santan kotak garam secubit

CARA2

1. Panaskan oven 140c. Ayak tepung dan baking powder
2. Mixkan marjerin + gula.... pukul hingga putih dan gebu
3. Masukkan garam + telur satu persatu hingga gebu, pastu tambah santan..mix lg.
4. Masukkan tepung gandum + baking powder yg diayak tadi..
5. masukkan kelapa sangai yg diwarnakan tadi..kaup balik bg sebati..
6. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak dan alas baking paper.. ratakan.
7. Bakar mnggunakan api atas bwh dgn suhu 140 selama 1jam 25 minit.. ( suhu ni kena ikut oven masing2 ye..ni suhu oven saya )..

Kredit Ina matzin

jenis jenis gula yang ada1. Gula icingBiasa di gunakan untuk membuat biskut dan topping krim utk kekContoh krim cheese d...
19/06/2024

jenis jenis gula yang ada

1. Gula icing
Biasa di gunakan untuk membuat biskut dan topping krim utk kek
Contoh krim cheese dan bcream
Untuk biskut tak perlu ayak
Untuk krim kek perlu di ayak

2. Gula halus
Biasa di gunakan utk membuat kek dan salutan pada donut
Lebih kasar dari gula castor

3. Gula castor
Lebih halus dari gula halus
Sangat sesuai utk membuat kek
kek akan menjadi lebih ringan dan gebu berbanding guna gula halus
Sesuai juga utk salutan pada donut

4. Gula merah lembut
Lebih di kenali sebagai brown sugar @ gula perang
Ada 2 jenis ( kasar & halus )
Biasa di gunakan utk membuat drop cookies dan kek kek tertentu

5. Gula melaka / kabung
Biasa di gunakan utk membuat kueh mueh

6. Gula kasar
Biasa di gunakan utk membuat kueh talam dan minuman

Kredit:kakzu

17/06/2024
17/06/2024
HOMEBAKE ~ BLUEBERRY MUFFIN⁣⁣Resep Blueberry Muffin⁣Bahan kering:⁣125g tepung gandum5g baking powder⁣⁣Bahan basah:⁣1 siz...
11/06/2024

HOMEBAKE ~ BLUEBERRY MUFFIN⁣⁣
Resep Blueberry Muffin⁣
Bahan kering:⁣
125g tepung gandum
5g baking powder⁣

Bahan basah:⁣
1 sizeA
75g gula
1/2 sdt garam⁣
60g mentega cair (boleh diganti minyak sayur)⁣
60g yogurt plain (boleh diganti susu cair + 1sdm juice lemon / cuka masak diamkan 10 menit)⁣
1/2 sdt vanilla extract⁣
200g blueberry segar⁣

Cara:⁣
- Ayak tepung dan baking powder, siapkan loyang muffin atau papercup muffin. Resepi diatas menghasilkan 6 muffin ukuran standard.⁣
- Campur telur dan gula pasir aduk dengan whisk sampai gula larut. Tambahkan bahan basah lainnya, aduk rata. - Masukkan bahan kering ke adonan basah, asal aduk dengan whisk, jangan overmix. - Tambahkan blueberry, sisakan sedikit buat topping.⁣
- Tuang masing-masing adonan ke loyang muffin atau papercup kira2 3/4 penuh atau hampir penuh, berikan topping blueberry.⁣
- Panggang dengan oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 190°c selama +/- 20 menit atau sampai matang tergantung oven masing-masing.⁣

Mocha tiramisu cheese tumpahtiramisu cheese tumpahbahan26 biji telur1 cawan gula halus1 3/4 cawan tepung gandum+1 sk bak...
10/06/2024

Mocha tiramisu cheese tumpah

tiramisu cheese tumpah
bahan2
6 biji telur
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum+1 sk baking powder ayak
1 sb ovalate
2 sb emolco mocha atau cofee
1 sb emolco coklat
1/4 cawan susu nescafe ( xkisah jenama ape dalam kotak atau tin) pastikan suhu bilik
minyak masak 1/2 cawan

cara2
masuk kan semua bahan kecuali susu dan minyak
mix sampai adunan jd sebati
masuk kan susu nescafe masa ni mak xde so pakai susu segar biasa je sikit2 sampai habis
mix sampai gebu
matikan mixer dan masuk kan minyk kacau nak slow kan mixer kemudian masuk kan pn boleh
isi daam bekas 1/2 kemudian kukus 17-18 mnt
gebu toing2

bahan cream
500g cream cheese
1/2 cawan susu pekat(suke manis tambah)
1 cawan 1/2 whipping dairy
1 cawan susu segar
1 sk emolco coffee
blender sebati( disebab kan cawan kite berbeza bahagian susu segar korg masuk dulu 1/2 cawan blend kalau pekat baru tambah lg )
tuang atas kek
sejuk kan

sebatian ayak atas tu
50g snow powder( tujuan die xnak bg serbuk atas kek tu meresap jd xcantik)
150g serbuk koko
100g serbuk nescafee 3 in 1 mak suke yg hazelnut
campur kan ayak kan atas kek
kemudian nak lg cantik ayak sekali lg serbuk koko sahaja
siapppp untuk di makan atau di jual alhamdulillah

Kredit:Azlina Ina resepi

KEK COKLAT CHEESE KUKUSRESEPI KEK BAHAN A : 2biji telur (A) 100g gula kastor 100g susu pekat manis 120g susu cair 90g mi...
07/06/2024

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

RESEPI KEK
BAHAN A :
2biji telur (A)
100g gula kastor
100g susu pekat manis
120g susu cair
90g minyak jagung
1/4 tsp garam halus

BAHAN B (Ayak) :
100g tepung gandum
50g serbuk koko
1tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1 tsp vanilla powder/esen vanilla

CARA-CARA :
1.Satukan semua BAHAN A dan kacau sehingga larut sebati.
2.Kemudian masukkan BAHAN B kacau sehingga adunan sebati dan tak berketul.
3.Tuangkan adunan dalam bekas atau loyang saiz 8”.
4.Didihkan air kukusan. Kalau guna loyang kukus selama 30minit. Kalau guna bekas kukus 20minit je. Kukus sehingga masak.

RESEPI CHEESE
BAHAN :
250g cream cheese
60g gula kastor
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
1/2 tsp vanilla powder/esen vanilla

CARA-CARA :
1.Putar cream cheese sehingga lembut.
2.Kemudian masukkan gula. Putar sampai larut dan berkrim.
3.Masukkan telur dan putar sebati.
4.Akhir sekali masukkan tepung gamdun dan vanilla powder. Putar sebati.
5.Tuangkan adunan cheese atas kek yang dah masak.
6. Kemudian kukuskan selama 10 minit.

Selamat Mencuba 🥰

Kredit: Cik Dayang

Selesai kelas di sandakan 2hb jun. . 🥰🥰🥰🥰
02/06/2024

Selesai kelas di sandakan 2hb jun. . 🥰🥰🥰🥰

Resepi Bebola AyamBhn2:Isi ayam bhgn dada sekeping(1/2 kilo)3 sdb tepong jagongSebiji telor ambek putihnya saja1/2 btg k...
28/05/2024

Resepi Bebola Ayam

Bhn2:
Isi ayam bhgn dada sekeping(1/2 kilo)
3 sdb tepong jagong
Sebiji telor ambek putihnya saja
1/2 btg karot
Sedikit daun bwg n daun ketumbar
Cili besar merah dibuang biji
Sesudu mnyk bijan
Kiub ayam knorr, sedikit, garam, gula, lada sulah n serbok perasa

Cara2:
Kisar semua bahan hingga lumat.
Bentukkan bulat hingga habes.
Panaskn air. Bila mengelegak, masokkan bebola. Biar hingga timbol n angkat.
Siap utk dihidang brsama sos cili.
Boleh juga digoreng. Mmg yummy.
Kalau s**a boleh juga dibuat sup, bebola msk sos plum, bebola sweet sour, sambal bebola.
Selamat mencuba.

Kredit resepi masakan yati mohamed.

Address

Kota Kinabalu

Telephone

+60133172172

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A Day in the Kitchen with Reen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category