Resepi cikgu fauzi

Resepi cikgu fauzi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Resepi cikgu fauzi, Bakery, Kota Kinabalu.

Kek Marble Cheese Bahan-bahan :(Bahan utk cheese)500gm cream cheese125gm gula halus3 biji telursedikit esen vanila atau ...
03/03/2021

Kek Marble Cheese

Bahan-bahan :

(Bahan utk cheese)

500gm cream cheese
125gm gula halus
3 biji telur
sedikit esen vanila atau esen lemon

(Bahan utk coklat)

300gm mentega
300gm gula halus(boleh kurangkan mun x mok manis gilak)
250gm tepung gandum
60gm serbuk koko
100gm milo
4 biji telur
1/2 tin susu pekat manis

Cara molah:

A) utk lapis cheese:

1. Pukul cream cheese + gula sampai gebu.
2. Masukkan telur satu persatu, esen vanila/lemon.Gaul sebati.
3. Bakar menggunakan double boiler dalam oven.
4, Guna api atas dan api bawah.

B) utk lapis coklat:

1. Pukul mentega dengan gula sampai putih.
2. Masukkan telur satu per satu sampai habis.
3. kemudian masukkan tepung, milo dan susu pekat manis. Gaul rata.
4. Setelah lapis cheese cukup masak, barulah tuang adunan coklat.
5. Bakar seperti biasa.(Jangan guna double boiler)
6. Guna api atas sahaja.

Semperit ni muncul time pkp aje ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚Sy share kan resepi sekali ya..Semperit Susu250 gm butter1/2 cawan gula ising1/2 cawan...
19/02/2021

Semperit ni muncul time pkp aje ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Sy share kan resepi sekali ya..

Semperit Susu
250 gm butter
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan susu pekat manis
1 tutup esen vanilla
400 gm ++ tepung jagung

Butter dan gula digaul sebati, masukkan susu dan esen vanilla, gaul lagi, masukkan tepung jagung dan uli hingga jadi doh yg lembut dan bukannya lembik
Terap dan rehatkan selama 10-15 min
Bakar suhu 170, 35-40 min

Selamat mencuba!!
** sy pkai acuan semperit bunga pecah 10, teknik menekan juga main peranan utk hasilkan kelopak yg cantik

~resepi dari sahabat group MAHN jugak

Credit to Hainany Idayu

Hari ni saya nak share resepi Kek Red Velvet yang gebu..Ada sedikit tips kalau nak deco krim berwarna.โžก Krim berwarna so...
18/02/2021

Hari ni saya nak share resepi Kek Red Velvet yang gebu..

Ada sedikit tips kalau nak deco krim berwarna.

โžก Krim berwarna soft kita boleh crumb coat kek dulu baru lepa krim berwarna..
โžก Krim yang menggunakan banyak pewarna p**a kita lepa dulu kek ikut bentuk yang kita nak.Set di chiller 4-8jam.Baru kita lepa krim berwarna nipis sahaja...
โžกPenggunaan pewarna terlalu banyak pun tak elokkan..๐Ÿ˜‰

RESEPI KEK RED VELVET GEBU MOIST.

Bahan A

1/2 cawan Margerin / butter
1 cawan Gula castor
1 sudu kecil Esen vanila
2 biji Telur saiz A

Bahan B

2 cawan Tepung gandum
1 sudu besar Serbuk koko
1 sudu kecil Baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan C

1 cawan susu fullcream
1 sudu besar Cuka
4 sudu kecil Pewarna merah
1 sudu kecil Pewarna oren

Bahan D

1 sudu besar Cuka
1 sudu kecil Soda bikarbonat

Krim

1 cawan @ 250g Creamcheese
1/3cawan butter
1/4 cawan Gula aising
1 cawan 200g non dairy whipping cream @ freshcream

Cara-cara

1)Pukul butter dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sehingga sebati.

2)Ayakkan bahan B.Mix berselang seli dengan bahan C.Dimulakan dengan bahan B..dan mesti diakhiri dengan bahan B.Jangan mix terlalu lama..sekadar sebati.

3)Satukan bahan D.Tunggu sehingga buih hilang kemudian tuang bahan D ke dalam adunan.Kacau sebati.

4)Sapu minyak @ shortening pada loyang dan lapik baking paper.Bakar 150ยฐc -160ยฐc selama 50minit.Bergantung pada oven masing-masing.

Krim

1)Pastikan creamcheese lembut. Pukul bersama butter dan gula aising sehingga sebati.

2)Pukul whiping cream sehingga kental.Kemudian satukan keduanya dan dipukul sekadar sebati @ boleh kaup sahaja.

*KELAS DEMO MASAKAN KEMBALI LG DI MARINA COURT KOTA KINABALU SABAH*๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡PADA : 16HB 8 2020 (AHAD) MASA: 8.30 PGYIRAN: R...
26/07/2020

*KELAS DEMO MASAKAN KEMBALI LG DI MARINA COURT KOTA KINABALU SABAH*
๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
PADA : 16HB 8 2020 (AHAD)
MASA: 8.30 PG
YIRAN: RM50

*MENU*
1. SATAY LILIT & SOS KACANG
2. BOMBOLONI
3. KEK VIRAL COKLAT
4. SOTO SABAH BAH

*KELAS PRAKTIKAL ROTI VIRAL*
PADA: 16HB 8 2020 (AHAD)
MASA: 2PTG - 6PM
YURAN: RM100

*MENU*
1. EGG ROLL CHICKEN FLOSS๐ŸŒฎ๐Ÿ”
2. BUN SOSEJ ANGGUR๐ŸŒญ๐Ÿ‡
3. BUN ULAT GONGOK ๐Ÿฅ๐Ÿ›
4. BUN BUNGA CINTA ๐ŸŒบ
5. BUN CHEESE ๐Ÿง€

NK JOIN CIKGU FAUZI
TERUS CALL/PM 0195975170 @
http://www.wasap.my/+60195975170/kelaspraktikalkk
WAJIB DEPOSIT UTK BOOK TEMPAT.. SB TEMPAT SGT2 TERHAD๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚Daging Korban Nak Masak Apa, Ini 8โƒฃ koleksi Resipi Yang Sedap & Ringkas๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚1โƒฃ *RENDANG CAMPUR BEREMPAH*๐ŸŒถ๐Ÿ–๐ŸŒถ๐Ÿ–๐ŸŒถ...
12/07/2020

๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚

Daging Korban Nak Masak Apa, Ini 8โƒฃ koleksi Resipi Yang Sedap & Ringkas

๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚

1โƒฃ *RENDANG CAMPUR BEREMPAH*
๐ŸŒถ๐Ÿ–๐ŸŒถ๐Ÿ–๐ŸŒถ๐Ÿ–๐ŸŒถ๐Ÿ–

*BAHAN-BAHAN:*
500gm paru | rebus
250gm hati | rebus
250gm limpa | rebus
1kg santan pekat
1 sudu makan pes asam jawa
5 sudu makan kerisik
3 sudu makan | rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

*BAHAN KISAR:*
15 tangkai cili kering | potong dan rebus
1 biji bawang besar
4cm lengkuas | hiris
3cm halia | hiris
3 batang serai | hiris

*BAHAN HIRISAN:*
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai

*BAHAN REMPAH PENUMIS:*
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

*CARA MEMASAK:*
Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan.
Masukkan p**a santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak.
Angkat dan hidangkan.

2โƒฃ *SAMBAL HATI*
๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–

*BAHAN-BAHAN:*
1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
5 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan cili sos
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis

*BAHAN KISAR:*
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai

*CARA MEMASAK:*
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
Angkat dan sedia dihidangkan.

3โƒฃ *HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG*
๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฎ

*BAHAN-BAHAN:*
500gm hati lembu | rebus dan hiris
10 batang kacang panjang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang
2 batang serai | titik
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

*BAHAN KISAR:*
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup

*CARA MEMASAK:*
Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan hirisan hati, kacau rata.
Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi.
Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.

4โƒฃ *DAGING GORENG KURMA*
๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–

*BAHAN-BAHAN:*
500gm daging | hiris nipis
2 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan yogut
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji ubi kentang | potong memanjang
2 pokok daun ketumbar | hiris
3 biji cili hijau | hiris 2cm
4-5 biji tomato ceri
1 biji bawang besar | belah lapan
3 ulas bawang berah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
2 batang serai | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

*CARA MEMASAK:*
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.

4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.

5. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.

6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.

7. Sedia dihidangkan.

*5โƒฃ SAMBAL HIJAU DAGING KETUK*
๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚

*BAHAN-BAHAN:*

*๐ŸŒถDAGING:*

1kg daging batang pinang | hiris nipis
2 sudu makan serbuk ketumbar
1sudu makan madu
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 cm halia muda | kisar
4ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 batang serai | kisar
Garam secukup rasa

*๐ŸŒถSAMBAL HIJAU:*

7 biji cili hijau
15 biji cili padi hijau
2 biji tomato hijau
2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

*CARA MEMASAK:*

Daging dicuci bersih dan ditoskannya.
Kemudian, gaul daging bersama semua bahan lain sehingga sebati.
Tambah sedikit air dan didihkan atas api sehingga air kering rebusan.
Setelah daging sejuk, hiris nipis dan lebar lebih kurang 3-4cm
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sehingga bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
Kemudian ketuk atau tumbuk setiap keping daging hingga lembut. Ketepikan lagi.

Untuk menyediakan sambal, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila sambal menjadi kering, masukkan daging dan gaul sebati.
Tutup api dan sedia dihidangkan.

*6โƒฃ DENDENG DAGING*

*BAHAN-BAHAN:*
1kg daging batang pinang | hiris nipis
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula nisan secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis

*BAHAN TUMIS:*
15 tangkai cili kering | hiris
5 biji cili merah | hiris
10 ulas bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
4cm halia muda | hiris
4 batang serai | hiris

*CARA MEMASAK:*
1. Daging dicuci bersih dan ditoskan.

2. Kemudian gaulkan daging dengan kicap, sos tiram dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.

3. Seterusnya, panaskan minyak, goreng semua bahan tumis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

4.Setelah sejuk kisarkan bahan yang telah digoreng tadi.

5. Panaskan minyak dalam kuali lain. Kemudian goreng daging hingga habis (jangan terlalu garing).

6. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar tadi, Kemudian tumiskan pes hingga pecah minyak.

9. Perasakan dengan garam dan gula nisan secukup rasa.

10. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata hingga sebati.

11. Tutup api, Daging Dendeng sedia dihidangkan.

*7โƒฃ ASAM PEDAS BEREMPAH EKOR*
๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„

*BAHAN-BAHAN:*
1 kg ekor lembu | rebus hingga empuk
3 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 tangkai daun kesum
2 biji tomato | belah empat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

*BAHAN KISAR:*
10 tangkai cili kering
5 biji cili merah
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3cm halia

*CARA MEMASAK:*
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan ekor yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
Seterusnya mas**an air asam, daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
Biarkan terus mereneh lebih kurang 10 minit atau kuah menjadi pekat.
Akhir sekali angkat, dan sedia dihidangkan.

*8โƒฃ ASAM REBUS DAGING TETEL*
๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–๐Ÿ–

*BAHAN-BAHAN:*
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam
2 batang serai |titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

*BAHAN KISAR:*
12 biji cili padi
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia muda
3cm kunyit hidup

*CARA MEMASAK:*
1. Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.

2. Seterusnya tambahkan air secukupnya.

3. Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.

4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.

5.Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.

6. Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.

๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚

*SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ˜„*

*Perkongsian semula*
*Ayah Ainnur*

๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚

Kek Pandan KelapaBahan-Bahan (loyang 8x8 inci)250 gm butter1 cawan gula kaster (1/4 cwn dan 3/4 cwn)1 sudu kecil ovallet...
01/07/2020

Kek Pandan Kelapa

Bahan-Bahan (loyang 8x8 inci)

250 gm butter
1 cawan gula kaster (1/4 cwn dan 3/4 cwn)
1 sudu kecil ovallete
5 biji telur gred A (asingkan kuning dan putihnya)
2 cawan tepung superfine/tpng gandum*
1 s/k baking powder*(* di ayak bersama)
100 ml santan pekat
2 sudu kecil perisa pandan/pandan emulco
sedikit pewarna hijau
sedikit kelapa kering-utk tabur atas kek

Cara-Cara

Pukul putih telur bersama 1/4 cwn gula kaster hingga ringan.

Ketepikan.

Sementara itu dlm bekas lain,pukul butter,ovallete dan 3/4 cwn gula kaster sehingga kembang dan putih.

Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.

Masukkan pandan emulco/perisa pandan juga pewarna hijau.

Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Kacau rata sehingga adunan betul2 sebati.

Masukkan adunan putih telur dan gaul kaedah kaup balik.

Sediakan loyang yg telah dilapikkan kertas minyak. Sapu sedikit butter di sekeliling loyang.

Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan hentak2kan 2 kali.

Taburkan kelapa kering di atas kek.

Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak. Guna api atas dan bawah 180c dan letak dirak tengah.

Setelah masak, angkat dan sejukkan diredai kek. Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan,silakan share

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅPelbagai jenis resepi cucur ya๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅSELAMAT MENCOBA YA RESEPI CUCUR KENTANG DAUN CEKURBahan-bahan:3 biji kentang - disaga...
27/06/2020

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅPelbagai jenis resepi cucur ya๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ
SELAMAT MENCOBA YA

RESEPI CUCUR KENTANG DAUN CEKUR

Bahan-bahan:

3 biji kentang - disagat halus
4 sb tepung jagung
3 sb tepung gandum
1 sb udang geragau kering
8 helai daun cekur - dihiris halus
2 biji bawang putih - ditumbuk halus
1 tangkai lada merah - buang biji dan dipotong halus
1 biji telur
Serbuk lada sulah secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Dalam bekas, satukan semua bahan dan gaul rata.
2. Panaskan minyak masak. Sudukan adunan dan goreng hingga masak dan garing. Pastikan adunan l***r sedikit supaya ianya garing diluar dan lembut didalam. Sedap dimakan dengan sos ataupun sambal tumis.

Resepi Cucur Oat Rangup

Bahan-bahan:

Seulas bawang merah (dihiris halus)
Secawan jagung
1/3 batang Carrot (dipotong halus memanjang)
Segenggam ikan bilis (ditumbuk)
4 - 5 sudu oat
3/4 cawan gandum
Sebiji telur
Air suam
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali telur. Gaul kesemua bahan. Sekiranya adunan tidak melekat, tambah oat/ tepung gandum.

2. Pukul telur di dalam bekas lain dan campurkan bersama bahan-bahan yg telah digaul di atas.

3. Bila semua bahan-bahan digaul sebati dan melekat, sedia untuk digoreng.

4. Boleh tambah oat bagi sesiapa yang nak elakkan penggunaan tepung gandum.

Resepi Cucur Udang Rangup

Resepi cucur udang yang rangup dan sedap sangat..sekejap je boleh buat!

Bahan untuk cucur :

3 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 sudu kecil baking powder- larutkan dengan setengah cawan air panas
ยฝ sudu kecil bikarbonat soda
300 gram udang sederhana
Taugeh dan kucai secukupnya
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Untuk membuat sos :

8 biji cili merah- dibuang biji
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
ยฝ cawan air
1 sudu besar tepung jagung
ยฝ sudu cuka makan

Cara:
Masukkan dan gaul semua bahan cucur kecuali larutan baking powder. Setelah sebati masukkan larutan baking powder tadi.Biarkan adunan selama 15 minit sebelum menggoreng.

Sementara itu, panaskan minyak bersekali dengan senduk acuan. Bila minyak panas, masukkan adunan ke dalam senduk dalam anggaran 2 sudu, letakkan udang dan goreng hingga kekuningan.

Untuk Sos :

Kisar cili dan bawang. Masak cili dengan air atas api kecil. Kemudian masukkan tepung jagung (kacau dengan 3 sudu air) dan cuka. kacau terus sehingga agak pekat dan angkat.

Resepi Cucur Udang Jagung Rangup

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
Sedikit gula (saya s**a bagi manis sedikit)
Sedikit garam

Cara-cara
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili

RESEPI CUCUR KENTANG RANGUP

Bahan-bahan:

3 biji kentang (dikupas dan diparut)
5 sdb tepung jagung
4 sdb tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar (dipotong)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit daun bawang (dihiris halus)
sedikit lada sulah
garam
minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1. Satukan kentang yang sudah diparut dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, bawang besar, serbuk lada sulah serta garam. Gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas supaya kentang tidak menyerap minyak.
3. Sudukan dalam kuali dan l***rkan, biarkan garing baru terbalikkan sebelah lagi.
4. Goreng hingga keperangan. Angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya serap minyaknya.
5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan sos cili.

RESEPI CUCUR JAGUNG MAK 'MAKAN TAK BOLEH BERHENTI' ๐Ÿ˜‚

BAHAN-BAHAN :

Jagung ikut hangpa nak letak banyak mana,lagi banyak lagi sedap
Tepung Gandum - 1/2kg
Cili Boh - 2 sudu besar
Cili Api - 3 tangkai (potong kecil) - nk pedas letak lebih
Bawang Besar - 1 labu
Ikan bilis - 2 sudu besar ditumbuk (guna serbuk bilik pun boleh)
Telur - 1 biji
Air garam ikut rasa

CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air garam tadi dan kacau sebati.
3. Goreng terus ke dalam minyak banyak
4. Angkat dan toskan.

TIPS ๐Ÿ’ก
Untuk dapatkan cucur jagung yang rangup di luar lenbut di dalam pastikan minyak betulยฒ panas sebelum menggoreng

Address

Kota Kinabalu
88000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi cikgu fauzi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category