20/06/2024
[5 TIPS DEKAN SETIAP SEM]
Dengar menarik kan? Setiap student mesti bercita-cita untuk dekan setiap sem tapi bagaimana nak capai target tersebut?
Seorang daripada bekas pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkongsi tentang tips-tips untuk dekan setiap sem. Korang mesti tak sabar nak dengar tips beliau kan.
•Jaga hubungan dengan Allah serta makhluk•
Perkara pertama yang beliau lakukan adalah menjaga hubungan vertikal dan harizontal. Hubungan vertikal adalah hubungan dengan Allah, manakala hubungan harizontal p**a ialah hubungan sesama makhluk merangkumi ibu bapa, guru dan seterusnya orang sekelilingnya.
•Hormat pensyarah•
Walaupun pensyarah boleh dimasukkan dalam point di atas, tetapi beliau mengasingkannya kerana perkara ini baginya amat penting untuk ditekankan. Rasa teruja, kagum dan hormat pada pensyarah atas ketinggian ilmu yang ada pada mereka perlu disemat dalam jiwa.
•Tetapkan matlamat yang ingin dicapai•
Pelajar yang hendak berjaya hendaklah meletakkan matlamat yang ingin dicapai pada masa hadapan. Sebagai contoh, semasa beliau sedang menyiapkan thesis, beliau tanamkan dalam minda untuk tidak menangguh-nangguhkan masa yang terluang dengan perkara tidak berfaedah.
•Study group•
Jangan bersikap dengan sifat kedekut ilmu. Jika beliau faham dengan sesuatu topik yang telah diajar oleh pensyarah, beliau akan kongsi ilmu tersebut dengan rakan-rakan lain seperti mengadakan study group.
•Ikhtiar dan tawakal•
Beliau sentiasa memperbaharui niat belajarnya supaya ikhlas menuntut ilmu kerana Allah. Apabila tiba waktu peperiksaan beliau akan tenangkan hati dan yakin bahawa beliau boleh menjawab dengan mudah. Malahan, sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan beliau akan menghubungi ibu bapanya supaya mendoakannya ketika menjawab peperiksaan.
Sekarang korang rasa boleh dapat tak dekan dengan pointer yang tinggi melalui tips-tips yang kami share ni. Kalau korang berjaya boleh cuba share kat kitorg melalui https://wa.me/+60189872109