23/01/2021
Serum VS Moisturizer
Yang mana paling cepat dalam rawatan 🤔
Ramai tertanya tanya, apa perbezaan serum dan pelembap kan. Jom baca ni 👇🏻
❤️Serum adalah produk penjagaan muka yg mempunyai cecair yg likat. Kandungan serum terdiri daripada vitamin dan bahan bahan untuk menangani masalah kulit. Serum mengandungi molekul yg sangat kecil. Sebab tu serum boleh pergi lebih jauh ke dalam kulit.
❤️Moisturiser. Pelembap biasanya digunakan untuk menghilangkan kulit kering. Struktur molekul pelembap lebih besar daripada serum dan ia memberikan penjagaan kulit dari luar serta menghidrat kulit dari luar sahaja.
Kedua dua produk ni saling memerlukan untuk kulit kita tau! Jadi, anda perlu check skincare routine anda skrg!