26/04/2025
Lepas semua staf dibuang, sales RM160 ribu dah tak nampak.
Ini luahan jujur seorang pemilik gym yang pernah capai top performance. Sales konsisten RM160,000 sebulan.
Tapi hari ini, beliau stuck.
Setiap bulan, angka sales makin menurun. Walaupun dah cuba buat sendiri, fokus balik pada operasi, namun hasilnya tetap mengecewakan.
Akhirnya beliau hadir ke seminar Grow Your Business (GYB) untuk cari solusi sebenar.
Antara soalan pertama yang beliau tanyakan.
“Perlu ke saya tambah staf semula untuk capai balik RM160K?
Atau saya kena kecilkan bisnes ikut kapasiti sekarang?”
Sebelum saya jawab soalan beliau itu, saya balas dengan satu soalan asas:
“Berapa breakeven bisnes sekarang?”
Jawapan beliau: RM70,000 sebulan.
Maksudnya, setiap bulan beliau perlu buat sekurang-kurangnya RM70K hanya untuk cover kos operasi asas.
Jadi, apa isunya?
Dalam keadaan sekarang, beliau struggle nak capai pun RM70K tu.
Sedangkan dulu dengan team yang beliau buang (atas faktor tertentu), beliau capai RM160K sebulan secara konsisten.
Bila saya gali lebih dalam, saya tanya,
“Apa yang buat team dulu boleh meletupkan sales tu?”
Beliau jawab, “Personal branding ex-staf saya sangat kuat.
Mereka ada pengaruh, ada passion, dan memang pandai tarik pelanggan masuk ke gym.”
Apabila saya dengar jawapan begitu. Saya kongsikan prinsip penting yang kami pegang di Hasbul Brothers.
“Talent itu adalah berlian. Dan berlian bukan satu.”
Ramai usahawan stuck sebab terlalu 'bercinta' dengan kenangan lama. Sayang dengan team lama sampai tak berani bina team baru.
Hakikatnya, berlian baru ada di luar sana. Cuma perlu usaha untuk cari dan gilap semula.
Jadi, apa solusi sebenar?
Berbalik kepada dilema tadi; nak tambah team atau resize?
Saya balas dengan soalan balik,
“Team yang ada sekarang, cukup tak nak grow balik ke RM160K?”
Kalau jujurnya: tak cukup.
Maka, jawapannya.
Bukan kecilkan bisnes. Tapi besarkan kapasiti dan cari team baru yang boleh ‘deliver’ semula RM160K.
Sebab apabila ditanya tentang sales average setiap bulan, beliau ada kemampuan untuk besarkan kapasiti bisnes beliau itu, dan mencari team baru yang lebih “fresh” masuk dalam company beliau.
Penjelasan & kiraan kasar.
1. Break-even: RM70,000
Ini adalah kos untuk kekal hidup. Kalau sales bawah paras ni, bisnes sebenarnya dah “negative”.
2. Target: RM160,000 (seperti dulu)
Mari kita buat kiraan ringkas:
Kalau ada 4 orang staf yang mampu bawa masuk RM40K seorang setiap bulan (dengan kombinasi kelas, client personal training, upsell produk dll) =
4 x RM40,000 = RM160,000 sales
Andaikata kos setiap staf (gaji + komisen + insentif) ialah RM6,000, maka:
4 x RM6,000 = RM24,000
Maka selepas tolak gaji staf, masih ada baki RM136,000 untuk bayar sewa, bil, marketing, tools, dan profit.
Dalam situasi ini, team adalah aset syarikat. Bukan kos yang perlu dikurangkan, tapi leverage yang perlu dibina semula."
Jika anda sedang alami isu sebagaimana pemilik bisnes ini, ini antara secebis nasihat kami kepada anda.
1. Kenal pasti semula kapasiti team sekarang. Kalau tak mampu capai target, itu tandanya perlu tambah team, bukan kecilkan bisnes.
2. Rekrut semula ‘berlian baru’. Bina personal branding mereka, latih, beri peluang.
3. Guna data lama sebagai benchmark. Tengok siapa yang perform, dan apa behaviour yang staf itu bawa. Rekrut dengan kriteria yang sama atau lebih baik.
4. Ukur semula potensi pasaran. Kalau permintaan masih ada, tak ada sebab untuk mengalah dan undur.
5. Gunakan breakeven sebagai titik tengah bisnes itu ‘sihat’ atau ‘tidak sihat’. Pastikan sales sentiasa di atas paras ini.
Sebab itu di seminar Grow Your Business (GYB) 24 dan 25 Mei di Cyberjaya, kami bukan ajar ilmu ‘kecilkan bisnes untuk selamat’.
Tapi kami ajar,
“Bagaimana nak bina semula sistem yang betul, tambah kapasiti dan grow bisnes anda ke tahap luar biasa, tanpa rasa takut untuk ambil risiko dengan strategi yang terbukti.”
Kalau anda pemilik bisnes yang pernah ada momentum tapi sekarang dah hilang arah, mungkin ini masa untuk anda hadir dan ‘reset’ balik strategi bersama kami.
Bukan untuk jadi kecil, tapi untuk grow dengan struktur yang betul.
Berapa yuran GYB ni? Hanya RM20 sahaja.
Jom daftar GYB jika anda serius nak kembangkan bisnes anda.
https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my