23/08/2025
“Aku Hanya Seorang Homebaker…”
Nama aku Aina. Seorang isteri, ibu kepada dua anak kecil... dan homebaker sepenuh masa dari rumah kecil di pinggir Bandar Baru Bangi.
Setiap hari, aku bangun sebelum Subuh. Bukan untuk bersiap ke pejabat, tapi untuk uli doh, panaskan oven, dan siapkan tempahan yang makin banyak... tapi untungnya makin tipis.
Sejak harga barang naik—telur naik, mentega naik, krim keju melambung—aku cuba bertahan. Tak pernah naik harga ikut s**a hati, malah selalunya aku masih jual harga sama macam 2 tahun lepas.
Tapi yang paling buat aku sedih... bila ada pelanggan datang tanya dulu "berapa ringgit?", lepas tu minta diskaun.
“Ala kak, bagi harga kawanlah…”
“Kek ni macam simple je, boleh kurang lagi tak?”
“Orang lain buat harga lagi murah...”
“Tak boleh free delivery ke? Saya regular ni...”
Masa tu aku senyum. Tapi dalam hati... hanya Tuhan tahu.
Korang nampak kek cantik. Tapi korang tak nampak tangan aku yang dah mula berurat.
Korang nampak roti naik gebu. Tapi tak tahu malam sebelumnya aku tak cukup tidur.
Korang rasa kek mahal, tapi korang tak pernah tanya berapa sebenarnya kos mentega sekarang.
Aku bukan tak faham orang berjimat. Aku pun rakyat biasa. Tapi kenapa harga baju branded tak ditawar? Kenapa kopi mahal sanggup beli hari-hari, tapi kek buatan tangan minta potong harga?
Aku tak marah. Aku cuma letih.
Kadang aku fikir nak berhenti. Tapi bila ada pelanggan yang hantar mesej, “Kek akak sedap sangat, terima kasih buat birthday anak saya jadi bermakna…”
Masa tu, air mata aku gugur juga. Terasa penat ni ada makna.
Kalau korang baca ni, aku tak minta simpati. Cuma harap… hargailah kerja tangan kami. Kek bukan dari kilang. Ia dari dapur kecil kami dan dibuat dengan penuh kasih sayang.
Dari tangan seorang homebaker...
Yang tak kaya, tapi Ikhlas – Nur Aina Muslin
Admin RASA: Khas untuk homebakers, jom sertai Komuniti Bakers RASA. Daftar PERCUMA. Klik link untuk daftar : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYMDTgSj2101nwEUIwNKmZW9fPB7aOnUJmM_meldO1X7nOig/viewform