08/04/2021
CHEESE BAIK UNTUK KULIT??😱
Rasa sedap keju ataupun cheese memang tidak dapat disangkal lagi.
Tapi ramai yang menolak makanan ini dek takut gemuk. Tapi jangan tidak tahu makanan ini kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin B12, Vitamin C, kalsium, seng, fosfor, zat besi dan kalium. Selain rasanya yang enak dan berlemak, keju juga punyai banyak khasiatnya.
1. Mencegah kanser
Keju mengandungi bahan dipanggil Conjugated Linoleic Acid yang dapat membantu tubuh anda mencegah kanser. Vitamin B dalam keju juga membantu melindungi tubuh daripada penyakit.
2. Menguatkan tulang
Selain itu, keju adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium yang penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat serta mencegah osteoporosis. Di samping itu, vitamin B dalam keju juga membantu badan anda menyerap dan menyalurkan kalsium kepada tulang.
3. Menambahkan berat badan secara sihat
Buat si kurus melidi yang tengah berusaha nak menambahkan berat badan, bolehlah banyakkan mengambil keju dalam makanan seharian. Keju yang kaya dengan protien, kalsium dan lemak adalah cara sihat untuk anda menambahkan otot, lemak, berat dan kepadatan tulang.
4. Mencegah kerosakan gigi
Kasein yang terdapat dalam keju membantu melindungi enamel gigi dengan membentuk penapis yang nipis pada permukaan gigi untuk menghalangnya daripada rosak.
5. BAIK UNTUK KULIT
Seperti yang kita tahu, keju kaya dengan vitamin B. Ini menjadikan ia sangat baik untuk kulit kerana vitamin B amat diperlukan dalam pertumbuhan sel, menjadikan kulit bercahaya dan mengeluarkan noda yang menyebabkan kulit yang sihat dan anda boleh dapatkan vitamin tersebut dalam sepotong keju sahaja
6. Mengekalkan kesihatan mata
Keju juga mengandungi vitamin A yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan penglihatan