06/10/2019
{SEJARAH ROTI PAU}
Roti pau atau nama asalnya bāozi ini berasal dari negara China. Menurut lagenda, pau dicipta oleh Zhuge Liang seorang askar pengatur strategi pada kurun ketiga. Ketika itu, beliau dan bala tenteranya sedang dalam perjalanan ke selatan China dan tentaranya telah diserang wabak. Oleh itu, Zhuge Liang telah membuat makanan berbentuk kepala manusia dan dalamnya berintikan daging sebagai makan kepada tenteranya yang terkena wabak untuk menyembuhkannya. Pau juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow. Pau dicipta selepas wujudnya ‘mántaó’ iaitu sejenis ban kosong yang dikukus tanpa inti didalamnya.
Di China, terdapat pelbagai variasi pau antaranya, xiâolòngbāo iaitu pau kecil yang berintikan daging yang menyerupai dumpling. Shēngjiān mántaó p**a ialah pau kecil yang digoreng berintikan daging dari Shanghai. Manakala, tāngbāo ialah pau bersaiz besar berintikan sup yang pekat. Terdapat juga pau yang berintikan pes kacang merah, pes benih teratai, kastard kuning, bijan hitam dan pau yang berintikan rempah, daging dan sayur.
Inti pau ini tidak banyak bezanya dengan inti karipap orang Melayu. Disebakan kepercayaan orang Melayu yang beragama Islam, pau ini halal dan tidak mengadungi daging khinzir. Pau dijual dari warung tepi jalan dan pasar malam. Kini, penjualan kuih pau semakin meningkat dan disukai oleh semua penduduk di Malaysia.
https://www.facebook.com/Roti-Pau-Online-102891397755208/?modal=admin_todo_tour
https://www.facebook.com/Roti-Pau-Online-102891397755208/?modal=admin_todo_tour
https://www.facebook.com/Roti-Pau-Online-102891397755208/?modal=admin_todo_tour
WWW.Wasap.my/60179818591
WWW.Wasap.my/60179818591
WWW./Wasap.my/60179818591
Bakery