20/03/2024
TIP SEMAKIN SIHAT LEBIH BERTENAGA
PUASA & manfaat kesihatan.
🟢 Menurunkan Berat Badan dan Mengurangkan Lemak -puasa boleh membawa kpd pengurangan pengambilan kalori, menggalakkan penurunan berat badan.
🟢Peningkatan Sensitiviti Insulin -membantu mengawal paras gula dlm darah dgn meningkatkan metabolisme glukosa.
🟢 Repair sel-sel dan Autophagy - puasa merangsang autophagy, satu proses di mana sel membuang komponen yg rosak, menggalakkan pembaikan dan pembaharuan sel-sel seterusnya membaikpulih fungsi organ2..
🟢 Pencegahan Kanser - puasa mempunyai kesan anti-kanser melalui peningkatan immuniti
🟢Pengurangan Keradangan
🟢 Selain pankreas, sistem penghadaman juga mula2 mendapat impak yg baik utk peningkatan fungsinya..dgn kata lain puasa memulih dan menguatkan sistem penghadaman.
Adalah penting utk menjalankan ibadah puasa dgn betul. JANGAN JADIKAN BULAN PUASA BULAN PESTA MAKAN.. Semak kualiti dan kuantiti makanan kita....
Adalah penting juga utk menyedari bahawa berpuasa tidak sesuai utk semua orang, dan tindak balas individu boleh berbeza-beza... Bagi mereka yg ada masalah kesihatan dan tidak mampu utk puasa, rujuk kpd pakar kesihatan anda.
Selain itu, mengekalkan diet seimbang dan berkhasiat semasa sahur dan berbuka puasa adalah penting utk memastikan kita mendapat manfaat sepenuhnya dari ibadah mulia ini.