30/08/2025
💔 PENGUMUMAN HARI TERAKHIR 💔
Hari ini… adalah hari terakhir Sweet Mama Bakery beroperasi.
Dengan hati yang sangat berat, kami terpaksa menutup tirai perjuangan kecil ini.
Bertahun kami cuba bertahan, menjamu korang dengan roti seringgit, kek rakyat, tiramisu murah… semua dengan niat nak bagi orang kampung dapat merasa dengan harga mampu. Tapi hari ini, kami terpaksa akur – kenaikan harga barang mentah dah tak tertanggung lagi.
Kami mohon jasa baik semua, datanglah support kali terakhir. Bantu kami clearkan apa yang ada, biar semua licin jadi kenangan manis terakhir di Sweet Mama.
Terima kasih kerana pernah singgah, pernah tersenyum, pernah bawa anak-anak, mak ayah, jiran & kawan-kawan ke kedai kecil kami ini. Semua itu akan jadi kenangan paling indah untuk kami.
Hari ini, biarlah Sweet Mama tutup dengan penuh kasih sayang dari korang semua.
Doakan kami kuat hadapi hari esok tanpa Sweet Mama lagi.
– Sweet Mama Bakery, Rantau Panjang, Klang