Rose Nia Oven

Rose Nia Oven Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rose Nia Oven, Bakery, Klang.

-RoseNia Oven adalah sebuah perniagaan online dari rumah.
- Fokus kami adalah untuk menyajikan makanan yang memuaskan hati setiap pelanggan kami.
- Menu kami berasaskan makanan sampingan dan pencuci mulut.
- Whatsapp/Call 0192060649 untuk tempahan

Haritu sis dapat ws dari seorang ibu yang nak surprisekan anak dia Kek Harijadi yang lain dari yang dorang dah biasa mak...
10/09/2021

Haritu sis dapat ws dari seorang ibu yang nak surprisekan anak dia Kek Harijadi yang lain dari yang dorang dah biasa makan. Sis memang tak pernah lagi buatkan kek birthday untuk orang lain, ada pun untuk suami dan ahli keluarga. Itu pun simple yang amat je sis buat. Bolehlah dari takda, kan? 🤭.

Nasib baik juga si ibu ni bagitau kat sis 3 hari awal sebelum tarikh birthday anaknya tu. Sempatlah sis nak buat persiapan barang yang perlu, lepastu fikir kek yang sesuai ikut citarasa dan kriteria seperti yang diminta si ibu ni tadi.

Si ibu ni tadi minta nak kek moist tapi versi tower. Pada mulanya, sis takut nak ambil tempahan ni, tapi kesungguhan si ibu ni membuatkan sis tak mampu nak menolak. Sis kena cuba juga cabar diri, kalau tidak sampai bila² pun sis takkan boleh buat kek macam ni.

Dengan bantuan si suami dan mak mertua, Tadaaa!! terhasillah kek harijadi pertama air tangan sis untuk si ibu ini meraikan ulangtahun anaknya. Kek ni sis beri nama "Moist Chocolate Ganache Cake Tower".

Terima kasih pada Sis Anita dari Bayuemas kerana memilih RoseNiaOven untuk menyediakan kek yang istimewa buat insan tersayang.

Kek ni available untuk tempahan harijadi, anniversary atau lain² hari yg istimewa.

Apa yg sis belajar dari penghasilan kek ni ialah jangan pernah merasa takut untuk mencuba sesuatu yang belum pernah kita buat sebelum ni. Yakin pada kemampuan diri sendiri dan buat saja. Ketakutan hanyalah penghalang kecil untuk kita berjaya. Salam Sayang dari RoseNiaOven 😊

Salam hujung minggu semua. Ada tak peminat churros kat sini ? Mesti best time minum petang air kopi/teh panas, ada pulak...
21/08/2021

Salam hujung minggu semua.

Ada tak peminat churros kat sini ?

Mesti best time minum petang air kopi/teh panas, ada pulak churros terhidang dengan sprinkle cinnamon sugar, takpun sos coklat lagi-lagi nutella 🤤. Memang akan berebut dengan anak².

Dapatkan churros box anda bermula dari RM 8 sahaja 🤗

21/08/2021

Salam hujung minggu semua.
Moga kita diberi kesihatan dan perlindungan dariNya.
Jaga diri dan keluarga

18/08/2021

Hi Assalamualaikum.. Selamat pagi. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang like page Rose Nia Oven😊

11/08/2021

Taa Daaa!

Haa ni lah rupa kek tadi sebelum dipotong.

Saiz kek loyang 10'. Gebu, gemuk dan padat dengan inti. Kek premium dengan harga kasih sayang, hanya RM 20 sahaja per roll. Memang tak rugi poket.

Penghantaran seluruh bandar klang dan shah alam 😊. Kalau yang jauh², jangan risau, kami boleh pos..

Cubalah sekarang !

Kek yang semakin mendapat tempat dihati para penggemar coklat.. Kek Tapak Kuda Nutella. Kalau coklat dia tengah cair tu,...
11/08/2021

Kek yang semakin mendapat tempat dihati para penggemar coklat..

Kek Tapak Kuda Nutella.

Kalau coklat dia tengah cair tu, tambah dengan kek yang lembut dan gebu, fuhhh! Mantap habis 👍

Terliur tak ?🤤

Tak payah susah² nak cari di luar, wassap atau comment je di bawah. Cuba dulu, baru tahu puas ke tak puas 😊

Kek Tapak Kuda Pilihan topping yang available :-- Nutella - Kitkat - Kinder Bueno - CadburyTerima kasih kepada yang sudi...
11/07/2021

Kek Tapak Kuda
Pilihan topping yang available :-
- Nutella
- Kitkat
- Kinder Bueno
- Cadbury
Terima kasih kepada yang sudi berkongsi rezeki

Address

Klang
41200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rose Nia Oven posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category