21/02/2021
6 TIPS SEBELUM MEMBUAT APAM PISANG🍌
Morning & happy weekend!!☺️
Seronok dapat bersama dengan keluarga dihujung minggu kan..hari biasa papa mama dah penuh jadual dengan bekerja, anak anak p**a dengan kelas online.
Sekali sekala mommies nak juga buat kuih hasil tangan sendiri, ye tak?
Sekarang ni mudah, nak cari resepi, search jer..dah boleh buat...senangkan😊
Tapi...tapi...
Ada yang menjadi dan ada yang mengecewakan..sebab tak ada tips atau cara sebelum memulakan masakan..dah rugi bahan, masa & tenaga..😔
6 TIPS sebelum membuat apam pisang🍌
1) Pilih pisang yang sesuai. Seeloknya jenis pisang berangan. Jangan beli terlalu muda & tidak terlalu masak.
2) Sebelum meletakkan adunan apam pisang di dalam acuan, pastikan acuan telah digris atau disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan apam pisang melekat sewaktu ingin dikeluarkan dari acuan.
3) Adunan yang ingin dimasukkan ke dalam acuan perlu diletakkan hanya 3/4 penuh sahaja.Ini kerana terlalu penuh akan menyebabkan apam pisang terkeluar dari adunan.
4) Dah siap adunan diletakkan ke dalam acuan, pisang yang dihiris untuk hiasan perlu diletakkan ketika ingin memulakan kukusan.Ini kerana terlalu awal meletakkan pisang akan menyebabkan pisang menjadi hitam & tidak cantik.
5) Sebelum mengukus, pastikan semua acuan ditutup dengan aluminium foil.Ini akan mengelakkan titisan air menitis ke dalam apam pisang.
6) Mengukus apam pisang memerlukan api yang sederhana sahaja. Setelah masak keluarkan apam pisang segera dari acuan untuk mengelakkan ianya melekat jika dibiarkan terlalu lama.
Itu sahaja tips sebelum membuat apam pisang.
Selamat mencuba😍