JazaaIhsaan

JazaaIhsaan Founder Jazaa'ul Ihsaan
ChocoChipCookiezByEmma

🍪 Rahsia Di Sebalik Biskut Coklat Cip Sempurna! 🍫Pernah terfikir apa yang membuatkan biskut kami begitu sedap dan sukar ...
09/09/2024

🍪 Rahsia Di Sebalik Biskut Coklat Cip Sempurna! 🍫

Pernah terfikir apa yang membuatkan biskut kami begitu sedap dan sukar dilupakan? Jom intai rahsianya! ✨

👩‍🍳 Bahan Segar: Kami hanya gunakan bahan-bahan terbaik, dari coklat cip premium hingga tepung berkualiti tinggi, untuk memastikan setiap gigitan adalah kenikmatan!

🔥 Dibakar dengan Sempurna: Tak terlalu lembut, tak terlalu rangup—biskut kami dibakar pada suhu yang tepat untuk mendapatkan keseimbangan yang sempurna.

💖 Dibuat dengan Penuh Kasih Sayang: Setiap adunan dihasilkan dengan teliti oleh pembuat biskut berbakat dari Sabah, memberi anda rasa yang penuh kehangatan, seperti di rumah.

Dah terasa nak cuba? Dapatkan biskut anda hari ini dan rasai perbezaannya!

Tips Baking Biskut yang Sempurna 🍪1️⃣ Timbang Bahan dengan TepatGunakan penimbang digital untuk memastikan setiap bahan ...
07/09/2024

Tips Baking Biskut yang Sempurna 🍪

1️⃣ Timbang Bahan dengan Tepat
Gunakan penimbang digital untuk memastikan setiap bahan diukur dengan betul. Ini akan membantu biskut anda mendapat tekstur yang konsisten.

2️⃣ Campurkan Bahan dengan Betul
Mulakan dengan mentega dan gula, pastikan anda mengadun hingga sebati dan lembut. Jangan lupa untuk mengayak tepung supaya biskut lebih rangup!

3️⃣ Jangan Overmix
Bila campurkan tepung, gaul perlahan-lahan. Terlalu lama menguli boleh menyebabkan biskut jadi keras.

4️⃣ Rehatkan Adunan
Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dibakar. Ini membantu biskut mengekalkan bentuknya dan rasa lebih sedap!

5️⃣ Pantau Suhu Oven
Pastikan suhu oven betul-betul sesuai. Terlalu panas, biskut boleh cepat hangus di luar tapi belum masak di dalam.

Selamat mencuba! 💕✨

Mitos atau Fakta? 🍫"Coklat menyebabkan kegemukan dan menaikkan paras kolesterol!"Mitos!Makan coklat secara sederhana tid...
06/09/2024

Mitos atau Fakta? 🍫

"Coklat menyebabkan kegemukan dan menaikkan paras kolesterol!"

Mitos!

Makan coklat secara sederhana tidak akan menyebabkan kegemukan atau meningkatkan paras kolesterol. Malah, coklat gelap mengandungi lemak sihat yang boleh membantu meningkatkan paras kolesterol. Semuanya tentang keseimbangan—pengambilan apa sahaja jenis makanan secara berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan, tetapi sedikit coklat boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat!

Tahukah Anda? 🍪🤔Sejarah biskut Chocolate Chip bermula secara tidak sengaja pada tahun 1938! Seorang tukang masak bernama...
05/09/2024

Tahukah Anda? 🍪🤔

Sejarah biskut Chocolate Chip bermula secara tidak sengaja pada tahun 1938! Seorang tukang masak bernama Ruth Wakefield dari Massachusetts, Amerika Syarikat, ingin membuat biskut coklat tetapi kehabisan serbuk coklat. Dia menggunakan kepingan coklat sebagai gantinya, berharap ia akan cair. Namun, coklat tersebut tidak cair sepenuhnya, dan itulah asal usul biskut Chocolate Chip yang kita semua nikmati hari ini! 🍫✨

Nak rasa versi biskut Chocolate Chip yang sedap dari JazaaIhsaan? Tempah sekarang dan rasai keajaiban sejarah dalam setiap gigitan! 😋

Yang Mana Pilihan Anda? 🤔🍪 Ini: Biskut Coklat Chip dengan tekstur lembut dan kenyal.ATAU🍪 Itu: Biskut Coklat Chip dengan...
04/09/2024

Yang Mana Pilihan Anda? 🤔

🍪 Ini: Biskut Coklat Chip dengan tekstur lembut dan kenyal.
ATAU
🍪 Itu: Biskut Coklat Chip dengan tekstur rangup dan garing.

Kongsikan pilihan anda! 💬

Apa yang pasti keduanya sedap dinikmati bersama segelas susu panas ataupun sejuk.

04/09/2024

Assalamualaikum dan Selamat pagi! 🌅

Bangun pagi terasa lebih indah bila ditemani sesuatu yang manis, kan? Nda perlu apa-apa yang mewah, cuma sebiji atau dua biskut Chocolate Chip yang lembut dan penuh rasa dari JazaaIhsaan.

Sempurna untuk menceriakan pagi anda, tak kira di mana pun anda berada.

Selamat menikmati hari anda! 😊

🍪Resepi Mudah Coklat Chip Rangup🍪Mau sesuatu yang manis? Cuba resepi biskut coklat cip yang mudah, sedap dan dijamin ran...
03/09/2024

🍪Resepi Mudah Coklat Chip Rangup🍪

Mau sesuatu yang manis? Cuba resepi biskut coklat cip yang mudah, sedap dan dijamin rangup ni!

Bahan-bahan:

✅ 227g mentega
✅ 180g gula
✅ 180g gula perang
✅ 2 biji telur
✅ 1 sudu teh esen vanilla
✅ 384g tepung
✅ 8g soda penaik
✅ 350g coklat cip
✅ 140g kacang badam

Cara membuatnya:

📌 Kacau mentega, gula dan gula perang.
📌Masukkan telur dan esen vanilla, kacau lagi.
📌 Masukkan tepung, soda penaik, coklat cip dan kacang badam
📌Senduk adunan ke atas dulang pembakar
📌Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit
📌Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara

Siap! Nikmati biskut yang lazat!🍪

Rumit mau buat? Jom dapatkan biskut coklat cip yang rangup daripada kami

[Cara Tempahan]
WhatsApp: 011-5904 4778
Instagram:

JazaaIhsaan - Setiap Biskut, Setiap Saat Menjadi Lebih Manis!

JazaaIhsaan - Biskut Coklat Chip Terbaik Untuk Setiap Saat Sedang mencari biskut yang rangup di luar bersama coklat chip...
02/09/2024

JazaaIhsaan - Biskut Coklat Chip Terbaik Untuk Setiap Saat

Sedang mencari biskut yang rangup di luar bersama coklat chip yang cair di mulut?

Biskut Coklat Chip JazaaIhsaan adalah jawapannya! Dibuat dengan bahan-bahan yang premium dan penuh kasih sayang, Setiap gigitan memberikan kepuasan yang tiada tandingan.

Sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, dijadikan hadiah, atau sebagai snek harian anda. Setiap biskut diadun dengan sempurna Untuk memastikan rasa yang kaya dan tekstur yang memuaskan.

Kenapa pilih Biskut Coklat Chip kami?

Coklat Chip Premium: Cair dan manis, memberikan rasa mewah.
Bahan Berkualiti Tinggi: Hanya bahan terbaik digunakan.
Homemade dengan Cinta: Setiap biskut dibuat dengan penuh perhatian.
Rasa Yang Tak Dapat Dilupakan: Sekali cuba, pasti nak lagi!
Dapatkan segera dan nikmati biskut yang menceriakan hari anda. Jangan tunggu lagi, tempah segera sebelum kehabisan stok!

[Cara Tempahan]
WhatsApp: 011-5904 4778
Instagram:

JazaaIhsaan - Setiap Biskut, Setiap Saat Menjadi Lebih Manis!

Open for Order!Magalab pepper kini kembali lagi. Lada putih special yang digoreng. Membangkitkan aroma pedas dan lazat. ...
01/08/2024

Open for Order!

Magalab pepper kini kembali lagi. Lada putih special yang digoreng. Membangkitkan aroma pedas dan lazat. Kepada peminat makanan pedas makanan ini sememangnya untuk anda🥰

Apa kelebihan lada putih goreng ni?🤔

Lebih pedas✅️
Lebih rangup✅️
Lada yang segar sebab ditanam sendiri✅️
Hasil tempatan SABAH✅️
Dijamin halal dan tanpa pengawet tambahan✅️

Address

Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JazaaIhsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JazaaIhsaan:

Share